Contohnya, di sini ada nombor 5,
berapa yang perlu ditambah dengan 5 menjadi 0?
Mungkin anda sudah tahu jawapannya,
tapi mari kita lukiskan Garis Nombor,
0 berada di sini,
dan nombor 5 berada di sini.
Untuk sampai ke 0,
kita perlu ke kiri sebanyak 5 tempat.
Jika ke kiri, maksudnya kita tambah (-5).
Tambahkan (-5) dan kita sampai ke titik 0.
Ini dipanggil "Penambahan Songsang"
atau "Additive Inverse Property" dalam Bahasa Inggeris.
"Penambahan Songsang"; dimana jika ditambahkan
songsangan sesuatu nombor pada nombor itu sendiri,
ataupun
ditambahkan negatif kepada nombor itu,
jawapannya ialah 0,
kerana boleh dianggapkan ianya sama saiz.
Kedua-duanya bernilai 5, bezanya;
samada 5 ke kanan atau 5 ke kiri.
Sama juga jika bermula dari (-3),
iaitu anda berada 3 tempat ke kiri,
berapakah nilai yang perlu ditambah
supaya menjadi 0?
Jadi anda perlu bergerak 3 tempat ke kanan,
ke kanan maksudnya arah (+).
Jadi tambahkan (+3).
3 + (-3) = 0.
Contoh lagi;
1,725,314..;
berapakah nilai yang perlu ditambahkan
supaya menjadi 0?
Kita perlu tambah ke arah bertentangan;
iaitu ke kiri.
Jadi kita tolak dengan nilai yang sama,
atau tambahkan
songsangan atau negatif kepada nombor tadi.
Jadi kita tambah dengan (-1,725,314)
sama dengan 0.
Berapakah nilai yang perlu ditambah
dengan (-7) menjadi 0?
Dari (-7),
tambah (+7) iaitu ke kanan
menjadi 0.
Semuanya berasaskan pengetahuan am,
5 + (-5);
5 + negatif kepada 5, atau songsangan 5,
sama seperti 5 - 5,
anda ada 5 barang,
dan anda berikan 5 barang itu,
jawapannya ialah 0.