Contohnya, di sini ada nombor 5, berapa yang perlu ditambah dengan 5 menjadi 0? Mungkin anda sudah tahu jawapannya, tapi mari kita lukiskan Garis Nombor, 0 berada di sini, dan nombor 5 berada di sini. Untuk sampai ke 0, kita perlu ke kiri sebanyak 5 tempat. Jika ke kiri, maksudnya kita tambah (-5). Tambahkan (-5) dan kita sampai ke titik 0. Ini dipanggil "Penambahan Songsang" atau "Additive Inverse Property" dalam Bahasa Inggeris. "Penambahan Songsang"; dimana jika ditambahkan songsangan sesuatu nombor pada nombor itu sendiri, ataupun ditambahkan negatif kepada nombor itu, jawapannya ialah 0, kerana boleh dianggapkan ianya sama saiz. Kedua-duanya bernilai 5, bezanya; samada 5 ke kanan atau 5 ke kiri. Sama juga jika bermula dari (-3), iaitu anda berada 3 tempat ke kiri, berapakah nilai yang perlu ditambah supaya menjadi 0? Jadi anda perlu bergerak 3 tempat ke kanan, ke kanan maksudnya arah (+). Jadi tambahkan (+3). 3 + (-3) = 0. Contoh lagi; 1,725,314..; berapakah nilai yang perlu ditambahkan supaya menjadi 0? Kita perlu tambah ke arah bertentangan; iaitu ke kiri. Jadi kita tolak dengan nilai yang sama, atau tambahkan songsangan atau negatif kepada nombor tadi. Jadi kita tambah dengan (-1,725,314) sama dengan 0. Berapakah nilai yang perlu ditambah dengan (-7) menjadi 0? Dari (-7), tambah (+7) iaitu ke kanan menjadi 0. Semuanya berasaskan pengetahuan am, 5 + (-5); 5 + negatif kepada 5, atau songsangan 5, sama seperti 5 - 5, anda ada 5 barang, dan anda berikan 5 barang itu, jawapannya ialah 0.