Gunakan Hukum Tukar Tertib Penambahan--biar saya gariskan
--Hukum Tukar Tertib Penambahan untuk menulis
expresi 5 campur 8 campur 5 dalam cara yang berlainan dan
kemudian carikan hasil tambahnya.
Undang-undang Tukar Tertib ini berbunyi seperti sesuatu yang sangat
istimewa, tetapi maksudnya ialah jika kamu kena
campurkan sejumlah nombor, ia tidak mengira susunan
penambahan nombor-nombor itu.
Kamu boleh campurkan ia sebagai 5 tambah 8 tambah 5.
Kita boleh susunkannya sebagai 5 tambah 5 tambah 8.
Kita juga boleh susunkannya sebagai 8 tambah 5 tambah 5.
Semua ini akan dicampurkan ke perkara yang sama, dan ianya
masuk akal.
Jika saya ada 5 dan saya tambahkan 8 lagi dan saya
tambahkan 5 lagi, saya akan mendapat hasil yang sama jika saya
mengambil 5, kemudian tambahkan dengan 5, dan tambah dengan 8.
Kamu boleh cuba buat semua ini.
Kamu akan mendapat jawapan yang sama.
Sekarang, mereka mahu kita buatnya dalam cara yang berlainan dan kemudian, carikan hasil tambahnya.
Yang paling senang ialah carikan hasil tambah--biar kita
buat semua.
Tapi yang paling senang, oleh sebab ramai orang
tahu serta-merta bahawa 5 campur 5 ialah 10, mungkin kita boleh
mulakan dengan 5 campur 5.
Jadi, kamu ada 5 campur 5, itu ialah 10, campur
8 dan ia sama dengan 18.
Sekarang, mari kita mengesahkan bahawa kedua-dua ini ialah perkara yang sama.
5 campur 8 ialah 13.
13 campur 5 ialah 18.
Ini juga adalah 18.
Jika kita pergi ke bawah sini, 8 campur 5 ialah 13.
13 campur 5 juga sama dengan 18.
Jadi, tidak kira apa cara yang kamu guna, dan tidak kira apa susunan yang kamu guna
--itulah Hukum Tukar Tertib Penambahan.
Bunyinya sangat istimewa, tetapi ia hanya bermaksud susunan adalah tidak
penting jika kamu sedang mencampurkan sejumlah perkara.