Ia merupakan perkahwinan yang sempurna,
sangka para tetamu
Pengantin lelaki ialah Orfeus,
penyajak dan pemuzik yang terunggul.
Pengantin perempuan ialah Euridice,
seorang nimfa hutan.
Sesiapa pun tahu bahawa pasangan itu
sedang dilamun cinta
Tiba-tiba, Euridice tersungkur
lalu jatuh ke tanah.
Apabila Orfeus bergegas ke sisinya,
dia telah meninggal dunia
dan ular yang telah menggigitnya itu
lari menyelinap ke dalam semak.
Selepas upacara pengebumian Euridice,
Orfeus dirundung kesedihan
Sehingga dunia tidak dapat menghalangnya
oleh itu dia bertindak untuk pergi
ke alam maut,
tempat yang mana tiada makhluk hidup
pernah kembali, demi menyelamatkan kekasihnya.
Apabila Orfeus tiba di pintu gerbang
alam mati, dia mula memetik lyrenya.
irama itu begitu indah sehingga Cerberus,
anjing berkepala tiga yang menjaga orang mati,
berbaring apabila Orfeus lalu dihadapannya.
Charon, nakhoda feri yang kenakan bayaran
terhadap roh mati untuk melintasi Sungai Styx,
begitu terharu oleh muzik itu sehingga dia
mengangkut Orfeus tanpa bayaran.
Sebaik sahaja Orfeus memasuki
istana Hades dan Persefone,
raja dan ratu alam maut,
dia mula menyanyi.
Nyanyiannya tentang cintanya kepada Euridice,
bahawa nyawanya diambil terlalu awal.
Harinya akan tiba juga apabila dia,
seperti semua makhluk hidup,
akan hidup di alam maut buat selama-lamanya,
jadi tidakkah dapat Hades memberikannya
beberapa tahun lagi di bumi?
Sejurus selepas Orfeus selesai,
seluruh neraka berhenti sejenak.
Sisifus tidak lagi menggolek batunya
naik ke atas bukit,
Tantalus tidak lagi mencapai air
yang dia dilarang untuk minum.
Malah Furies,
dewi-dewi dendam yang jahat, pun menangis.
Hades dan Persefone memenuhi
rayuan Orfeus, dengan satu syarat.
Semasa dia mendaki kembali dari alam maut,
dia tidak boleh menoleh ke belakang
untuk tengok sama ada Euridice mengikutinya.
Jika dia berbuat demikian, dia akan kembali
ke alam maut buat selama-lamanya.
Orfeus mula mendaki.
Dengan setiap langkahnya,
dia semakin risau sama ada Euridice
berada di belakangnya.
Dia tidak dapat dengar apa-apa pun --
di manakah bunyi tapak kakinya?
Akhirnya, apabila dia dekat pintu keluar
alam maut,
dan menuju ke cahaya terang siang hari,
dia mengalah kepada godaan.
Orfeus cuba untuk kembali ke alam maut,
tetapi tidak dibenarkan masuk.
Berpisah daripada Euridice,
Orfeus bersumpah tidak akan lagi
mencintai wanita yang lain.
Sebaliknya, dia duduk di kawasan pepohon
dan mendendangkan lagu kekasih.
Lagunya tentang Ganimede, jejaka yang tampan,
Zeus menjadikannya pembawa minuman dewa-dewi.
Terdapat juga tentang Mirah, dia dihukum kerana
mencintai ayahnya,
dan Pigmalion, yang mengukir
wanita idamanya daripada gading,
lalu berdoa kepada Venus
sehingga patung tersebut hidup.
Dan juga tentang Venus,
kekasihnya Adonis yang kacak
dibunuh oleh seekor babi hutan.
Seolah-olah cinta dan kehilangan yang dialami Orfeus
membuatkannya dapat melihat ke dalam
hati dewa-dewi dan manusia di semua tempat.
Namun, bagi sesetengah orang, sajak tidak memadai.
Sekumpulan wanita liar yang dipanggil Maenad
tidak dapat menerima hakikat bahawa
seorang penyajak yang lagu cintanya begitu merdu
tidak ingin mencintai mereka.
Perasaan cemburu mereka membuatkan
mereka gila lalu membunuh Orfeus.
Burung-burung, penyanyi alam semula jadi,
berkabung demi Orfeus,
begitu juga sungai-sungai,
yang menghasilkan irama semasa mengalir.
Dunia telah kehilangan dua jiwa yang agung.
Begitu dalamnya cinta antara Orfeus dan Euridice
sehingga apabila mereka terpisah,
Orfeus dapat memahami suka dan duka
kekasih di mana-mana sahaja.
dan sejenis bentuk seni baharu,
puisi cinta, pun lahirlah.
Semasa dunia bersedih, Orfeus mendapat
ketenangan dan kekasihnya, di alam maut.
Di sana, sehingga ke hari ini, dia bersama dengan Euridice
bersiar-siar di tebing Sungai Styx.
Kadang-kadang mereka berdampingan;
kadangkala, Euridici di depan;
dan sekali-sekala, Orfeus memimpinnya,
menoleh kebelakang sekerap yang dia ingini.