[K.Sargsyan] Saya mula menterjemah TEDTalks selepas menonton ucapan William Kamkwamba mengenai cara merealisasikan impian dan saya memberitahu perkara ini kepada anak saya Dia tak mempercayai saya "Tapi dia kena buang sekolah." Katanya. "Dia tak akan tahu Bahasa Inggeris Bagaimana dia nak lakukannya?" Jadi, saya cakap "Ibu akan terjemahkannya" "Saya mahu dia baca setiap patah perkataan." [W. Davis] Bahasa bukan sekadar himpunan kosa kata ataupun peraturan tatabahasa. Bahasa ialah sebahagian daripada jiwa manusia. Ianya adalah cara untuk menjiwai setiap budaya yang wujud di dunia nyata. Setiap apa yang kita lakukan di TED adalah berpandukan misi yang sama iaitu menyebarkan idea. Dan jika tujuan anda adalah menyebarkan idea, pada satu tahap, anda akan menghadapi kenyataan bahawa anda hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris. Perkara yang paling utama yang kita buat adalah mengenai hubungan. Terlalu ramai orang yang boleh menjadi sebahagian yang membentuk masa depan orang lain. Ia perbuatan yang tidak masuk akal untuk mengecualikan mereka. [K. Aparta] Saya mencadangkan untuk bual bicara ini perlunya ada sari kata bagi orang bermasalah pendengaran, dan juga terjemahan bagi orang dari luar negara Wajib ada seorang yang begitu bersemangat tentang bual bicara tertentu, yang mahukan sari kata ada dalam bahasa ibundanya. Pada awalnya, saya hanya menterjemah untuk adik saya. Dia tinggal bersama ibu bapa saya di pekan yang kecil dari tempat asal saya iaitu Khazakhstan Dan dia tidak begitu mempunyai peluang untuk menerokai dunia. Tapi selepas itu, saya menyedari bukan hanya keluarga saya. Semua orang yang bertutur Bahasa Uzbek boleh manfaatkannya. [M. Pagel] Sepertimana sayap membolehkan burung untuk terbang, bahasa membolehkan manusia untuk memanfaatkannya Kesemua pemidato kita adalah pakar dalam bidang tersendiri, dan disebabkan itu dari segi bahasa, terlalu banyak istilah yang mereka gunakan tidak anda temui dalam kamus. Sebenarnya, banyak kajian perlu dijalankan untuk menterjemah TedTalk dengan tepat. Bergantung kepada seberapa teknikal dan berapa banyak perkataan yang perlu dicari, ianya boleh memakan masa sehingga 10 jam. Saya membaca mengenai pemidato dan buku-bukunya supaya saya dapat memahami keseluruhan konteks. Oleh sebab komuniti penterjemah ini kami secara tiba-tiba mempunyai keupayaan untuk mencari idea-idea hebat yang datang daripada pemidato pelbagai bahasa dan membawa mereka ke dunia Anglosfera dan seterusnya. Pendapat yang mengatakan saya bukan berseorangan. Terdapat ramai orang yang kecewa Juga ramai orang yang sebenarnya berkongsi impian yang sama Tunjukkan kepada mereka bahawa tiada apa lebih kosong berbanding batasan dan bahawasanya idea-idea itu tidak bersempadan Saya menterjemah kerana saya mahu lebih ramai dapat mengakses idea-idea ini Ia adalah simbol kebaikan daripada orang ramai hanya dengan berkongsi ilmu Untuk menginspirasi dan memberi harapan kepada orang lain Perubahan ini telah mengubah banyak perkara di dunia. (Muzik latar)