(MUZIK YANG MENGANGKAT)
BUDAK LELAKI: (BERTERIAK)
Bacalah mengenainya!
Bacalah mengenai Kedatangan Kristus!
Bacalah mengenainya!
Aku teringin sekali melihat pemandangan
di atas awan-awan itu.
PEREMPUAN: Tidak lama lagi.
Semua kita.
BUDAK LELAKI: (BERTERIAK)
Bacalah mengenai kedatangan Kristus!
Dapatkan surat khabar!
Bacalah mengenainya!
LELAKI: Aku mahu satu.
Adakah orang ramai tertarik
dengan khabar kedatangan Tuhan?
Semua orang ingin mendengar mengenai
akhir zaman.
(ORANG RAMAI BERBUAL-BUAL)
(BUNYI DUIT SYILING)
BUDAK LELAKI: Bacalah mengenainya!
Bacalah mengenai kedatangan Kristus!
(MERIAM MENEMBAK DAN LETUPAN BERGEMA)
LELAKI: (BERTERIAK) Kapten Miller,
Tuan?!
LELAKI: (BERTERIAK) Tidak! Sudah habis!
(LETUPAN DAN TERIAKAN BERTERUSAN)
LELAKI: Kapten, kita sudah
kehabisan peluru!
Kapten?! Kapten?!
Kapten Miller?!
(MENGHELA NAFAS)
(BERNAFAS KENCANG)
(MENGHELA NAFAS)
(BACA) "Bagaimana mungkin seorang Tuhan
yang sangat baik,
"Yang sangat mempedulikan
anak-anak yang dikasihiNya,
"Namun masih mengizinkan
berlakunya kejahatan?
"Tuhan telah datang untuk
membebaskan bangsa yang ditawan -
"Dia mengunjungi bumi
namun tidak mengubah keadaannya."
(KHINZIR MENDENGUS)
Anak-anak mencari engkau.
Mahukah engkau bawakan roti
bersama mentega dan keju ini kepada mereka?
Sudah tentu, sayangku.
(MENGELUH) Dan apakah yang engkau
fikirkan hari ini, En. Miller?
Voltaire.
Voltaire percaya bahawa ada satu
kuasa yang lebih besar.
Tetapi dia tidak percaya yang Tuhan
pedulikan kita.
Aku...terselamat dari pertempuran
di Plattsburgh, Lucy dan...
...Aku perlu tahu kenapa.
Maknanya tulisan Voltaire tidak
memberikan jawaban?
(PERBUALAN YANG TIDAK JELAS)
Tuhan turun hingga ke medan peperangan
untuk...campur tangan dalam hidup manusia?
Ini tidak masuk akal, William
Ini tidak logik.
Kalaulah kamu semua melihat peluru
dan darah pada hari itu,
kamu semua akan tahu bahawa penjelasan
untuk kemenangan kami
adalah kerana campur tangan Tuhan.
Jadi, bagaimana dengan orang lain yang
mati di sekelilingmu?
Adakah tangan Tuhan juga yang telah
membunuh mereka?
Aku tidak ada jawabannya, Abner.
Apa yang aku tahu ialah,
sepatutnya aku sudah mati.
Mungkin jawabannya ada di dalam Alkitab.
En. Miller.
Alkitab hanyalah cerita dongeng purba.
Engkau tidak ada bukit mengenai kebenarannya.
WILLIAM: Engkau juga tidak ada bukti
yang dapat menentangnya.
Kedua pendapat memerlukan
lonjakan iman.
Tentu kedua pendepat ini
perlu dipertimbangkan.
Maksudmu, tulisan purba itu
menjadi panduanmu dalam segala perkara?
Mungkin jawaban yang ku cari ada di sana.
Baiklah, aku akan katakan apakah
yang aku cari.
Minum lagi.
William...
Hello.
Kita perlukan petugas
untuk kebaktian hari ini...
(PERBUALAN YANG TIDAK JELAS BERTERUSAN)
(ORGAN GEREJA DIMAINKAN)
Abner jatuh sakit.
-Oh.
-Oleh itu, mereka...
Mereka meminta agar aku
membacakan khutbah.
Apakah katamu...?
Inilah akibatnya bercakap
didepan Mother.
Aku katakan kepadanya, aku akan
membacakannya apabila Elihu tidak hadir.
Mungkin dia telah katakan itu kepada elder.
"Benar, semua arahan dari ibu bapa,
Jika tidak dilakukan bersama perbuatan,
"bukan hanya akan mendedahkan
apa yang difikirkan,
"bahkan para ibu bapa..."
"Masih ramai yang keras hatinya,
"lalai untuk mengajarkan mengenai Tuhan
sang pencipta dan Yesus yang sudah menebus.
(LELAKI BATUK)
"Jangan disesatkan, ibu bapa
yang kukasihi.
"Jika kamu ingin melatih anak-anak kamu
ke jalan yang harus mereka tempuhi,
"kamu jangan hanya memberikan arahan,
"sebaliknya perbuatan kamu juga
harus se...
"..se..
"...perbuatan kamu juga harus selaras
dengan panggilan Tuhan keatas hati kamu."
(ORANG BERBISIK)
(BACA) "Kerana begitu besar kasih
Tuhan keatas dunia ini,
"sehingga Dia telah memberikan
AnakkNya yang tunggal,
"supaya setiap orang yang percaya
kepada-Nya tidak binasa,
"melainkan beroleh hidup yang kekal."
"Aku mengasihi engkau dengan
kasih yang kekal,
"sebab itu Aku melanjutkan..."
"Akulah Tuhan, Allahmu,
Juruselamatmu..."
"Demikian pula Kristus hanya satu kali saja mengorbankan
diri-Nya untuk menanggung dosa banyak orang,
"sesudah itu Ia akan menyatakan
diri-Nya sekali lagi..."
"Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali."
Anakku...
Apa yang terjadi?
Anak burung ini telah mati.
Oh...
Anakku yang manis.
Bersabarlah.
Semuanya akan baik-baik saja.
Tidak.
Tidak begitu.
Ayuh.
Kita rehatkan anak burung ini.
Ayah...
..aku tidak mahu mati.
Oh, anakku yang kuhasihi.
Mmm.
Hidupmu masih panjang.
Tapi...
..satu hari nanti kita semua pasti
akan direhatkan juga.
Tidakkah ayah takut akan hal itu?
Tidak.
Tidak lagi.
Kerana sekarang Yesus ialah sahabat ayah.
Ogos 16, 1818.
"Setelah mengkaji selama dua tahun,
"aku berpuas hati bahawa banyak
nubuatan dari Alkitab
"sudah digenapi.
"dan itu membuat aku tertanya-tanya,
"mengapa janji Kedatangan Kedua kali
masih belum digenapi?"
LUCY: Kembali kepada
penglihatan Daniel, bukan?
Baiklah, katakanlah, agar
seluruh keluarga dapat mendengarnya.
"Kemudian kudengar seorang
kudus berbicara...
.."Sampai berapa lama
berlaku penglihatan ini
"tempat kudus yang diserahkan
dan bala tentara yang diinjak-injak?"
"Maka ia menjawab,
"Sampai lewat dua ribu tiga ratus
petang dan pagi -
"lalu tempat kudus itu akan dipulihkan
dalam keadaan yang wajar."
Hmm, pastinya itu masa yang lama
untuk ditunggu pada zaman Daniel.
Aku fikir lebih dari itu.
Tempat kudus itu merujuk
kepada bumi...
..dan...
Tempat kudus merujuk
kepada bumi
dan pengudusan
pastinya..pengudusan bumi ini
setelah kedatangan Kristus Kedua Kali.
Jika setiap hari melambangkan
satu tahun...
William, apakah yang
kau temui?
Yesus akan datang.
KemunculanNya yang agung,
sudah tentu.
Satu hari nanti.
Pengharapan kita semua.
Lucy, Engkau tidak mengerti.
Jika...
..setiap hari dalam Daniel
adalah satu tahun,
dan...maka 2,300 hari
adalah 2,300 tahun hingga kedatangan
Kristus kedua kali,
dan kiraan waktu itu bermula pada 457 BC,
seperti yang ditunjukkan oleh Daniel 9,
dan disahkan oleh sejarahwan,
itu akan membawa kita ke...
..1843.
Kristus akan datang.
Juruselamatku dari Plattsburgh
akan datang.
1843.
(JAM BERBUNYI)
(JAM BERDETIK)
William?
William, sayang?
- (MENGERANG)
- Ayuh tidur di bilik.
(MENGELUH)
Alkitab ada jawaban kepada waktunya
kedatangan Juruselamat kita.
Firman Tuhan sudah bertahan berabad
lamanya.
Alkitab ini pasti masih ada di sini
pagi besok.
Percayakah engkau dengan apa yang
Tuhan sudah tunjukkan kepada kita?
Sudah tentu.
Mulai hari ini aku tidak akan meragukan
lagi firman Tuhan.
"FirmanMu pelita bagi kakiku
"dan terang bagi jalanku."
(KUDA MERENGIK DAN MENDENGUS)
LELAKI: Hanya...
LUCY: Apakah yang mereka temui?
Aku tidak pasti.
Apapun itu, ia pasti tidak akan
dapat dialihkan.
LUCY: Mm.
Tanah itu sama degilnya seperti tuan tanah
Lucy...
Aku sudah jelaskan pendirianku.
Gereja Baptist, Methodist,
Presbyterians,
Mereka semua percaya yang
Kristus akan datang
pada penghujung millennium
seperti kata Wahyu.
Seperti...kita boleh menikmati seribu
tahun yang aman tanpa Tuhan!
(BERNAFAS)
Kalaulah ada pelajaran yang sudah ku
pelajari setelah belajar Alkitab sekian lama,
pelajaran itu ialah, Kristus akan
datang untuk menguduskan bumi
pada permulaan seribu tahun, bukan
pada penghujungnya.
Penemuan ini harus dikongsikan
kepada orang lain.
Engkau harus kongsikan ini, William.
Aku bukan ahli teologi.
Aku tidak pernah diminta
untuk menjadi penjaga.
Benarkah begitu?
(MENGELUH) Lucy...
..Aku adalah seorang petani yang budiman.
Tidak lama lagi aku akan berumur 50 tahun.
Aku terlalu tua untuk menyahut cabaran ini.
Jadi "Bagaimana orang dapat memanggil
Tuhan jika mereka tidak percaya?"
"Dan bagaimana orang boleh percaya
jika tidak pernah mendengarkan?"
"Dan bagaimana orang dapat mendengar
jika tiada pengkhutbah?"
Aku akan berjanji kepada Tuhan.
Aku akan ajarkan jika ada yang minta.
Baiklah, itu pilihanmu.
Adakah engkau ini batu,
ataupun alat bajak?
Dan berapa lama lagi harus kau tunggu
hingga ada yang mahu mendengarkanmu?
(KETUKAN DI PINTU)
LUCY: Silakan masuk.
- Irving.
- Mak cik Lucy.
Apa yang membawa kau ke sini?
Uh, pendeta di Gereja Baptist kita
telah diberhentikan.
Oleh itu, Mother dan Father berharap agar
pak cik boleh berkhutbah menggantikan pendeta.
Mereka harap pak cik
boleh kongsikan mengenai nubuatan
yang pak cik sudah pelajari dari Alkitab.
WILLIAM: Aku bukan ahli teologi,
dan tidak ada sesiapa yang
meminta aku untuk menjadi penjaga.
LUCY: Adakah engkau ini batu
atau alat pembajak?
Dan berapa lama harus engkau tunggu...
WILLIAM: Aku ingin membuat perjanjian
dengan Tuhan.
Aku akan kongsikan jika ada yang minta.
Tidak!
Tuhan! Tidak!
Aku tidak boleh berkhutbah!
Aku tidak layak dan aku bukan penjaga.
Aku merayu, janganlah letakkan beban ini
di atas bahuku!
Kirimlah orang lain!
(MENANGIS)
Tapi aku sudah berjanji kepadaMu.
Bagaimana mungkin aku menolaknya sekarang?
Mana mungkin aku dapat menyangkal Tuhan
yang benar-benar telah mengampuniku -
yang telah menyelamatkan aku?
(MENGELUH) Tidak mungkin.
Seperti yang kita ketahui, ada banyak
bukti dari penglihatan Daniel
bahawa pengudusan Tempat Kudus
ialah simbolik kepada kedatangan Kristus
untuk menguduskan bumi ini,
yang telah kita rosakkan dengan
peperangan dan dosa.
Namun buktinya sangat kuat
bahawa penglihatan Daniel
bermula pada 457 BC.
Sekarang ini...
..ambillah 457 dari 2,300
dan kamu akan mendapat 1,843 AD,
ketika itulah penglihatan itu akan digenapi.
Oleh itu, kesimpulannya,
sekitar tahun 1843,
Juruselamat kita, Yesus Kristus,
akan datang untuk membawa kita pulang.
(BERBISIK-BISIK)
Aku fikir ipar mu ini sudah gila.
Sahabat-sahabat dan saudaraku
yang kukasihi,
Adakah kamu sudah semua bersedia
untuk peristiwa yang penting ini?
Adakah kamu semua sudah bersedia
menyambut Yesus?
Di sini...
..sangat kuat buktinya di sini
bahawa waktunya sudah hampir tiba.
Ingatkah lagi kamu akan dunia yang lama?
Mereka fikir bahawa Nuh itu orang gila,
tapi ternyata air bah benar-benar datang.
Berjaga-jagalah - pergilah ke bahtera,
berlindunglah dalam janji
Yesus Kristus yang indah,
yang berkata, "Aku akan datang lagi."
..dan apa yang kukatakan hari ini,
Aku berharap agar kita boleh memanggil
sesama kita, saudara.
Kerana Yesuslah sahabat kita.
(MUZIK BERMAIN DIATAS DIALOG)
LUCY: Benarkah kau harus
keluar lagi besok?
Benar. Ke Exeter.
Hmm.
Bilakah kau akan kembali?
(MENGELUH)
Aku akan siapkan keperluanmu,
tapi jangan lupa untuk rehat
dan jagalah dirimu.
Aku pasti akan lakukan itu.
Adakah...aku mengecewakan mu?
Tentu sekali tidak.
Engkau sedang menjawab panggilanmu.
Adakalanya...aku mengharapkan ini
tidak terjadi.
Tidak lama lagi Juruselamat
kita akan datang.
Bayangkan suasana Syurga nanti.
Maksud sebenar nubuatan 70 minggu -
bahawa satu hari bersamaan
dengan satu tahun -
dan kebanyakan pengkaji Kristian juga
bersetuju dengan pandangan ini,
termasuklah ahli fizik yang terkenal
Sir Isaac Newton,
maka kesimpulannya sungguh tidak
dapat dielakkan lagi.
Bahawa penglihatan 2,300 tahun Daniel
akan digenapi pada tahun 1843.
Tidak.
Kita...kita tidak boleh
melayani dua tuan.
(BERBISIK-BISIK)
Kita ti...
..kita tidak boleh mencintai dunia
yang penuh kejahatan ini
dan melayani Tuhan
dalam masa yang sama.
Mungkin kita berbangga sebagai orang benar -
Aku juga seperti itu...
(TAPAK KAKI SEMAKIN MENJAUH)
..kita akan sedar nanti...
..bahawa kita ini hanyalah orang
yang malang, miskin dan buta.
(SUARA SUNGUTAN)
(BUNYI LOCENG)
LELAKI: Oh, Saudara Miller?
Saudara Miller!
Joshua Himes.
Aku telah mengirim surat untuk menjemputmu
ke gerejaku di Boston pada bulan lepas.
Ah... Hello, Saudara...
Himes, Joshua Himes.
Aku berkhutbah mengenai pertarakan
dari minuman keras dan penghapusan hamba
tapi anggota gerejaku tidak pernah
mendengar mesej seperti yang kau sampaikan tadi.
Berapa segerakah engkau boleh sampai
ke Boston? Dua minggu?
Boston?
Baiklah. Kita katakan sahaja tiga minggu.
(KETAWA KECIL) Uh, pendeta ini
mengenali ku.
Engkau...mahu aku datang ke Boston?
Chardon Street. Pada 8 hari bulan.
Sampaikan mesej yang engkau
khutbahkan tadi.
Tapi aku hanyalah seorang petani.
Seorang petani dengan mesej
yang harus didengar.
Kami semua akan menantikanmu
pada 8 hari bulan nanti.
Siapakah lelaki itu?
Itulah Joshua V. Himes.
Seorang yang harus dikenali.
Dia mempromosikan pertarakan
dan memulakan pergerakan penghapusan
hamba dan hukuman mati, di Boston.
Engkau tahu gerejanya?
Ya. Chardon Street Chapel.
Oh! Kau harus ke sana.
Calvinists dan Dunkeres,
Muggletonians dan Agrarians,
Quakers bergabung dengan Unitarians
dan ahli falsafah -
mereka semua berkumpul untuk
mencari peluang.
Tempat dimana orang berkhutbah,
berdoa dan...
..menunjuk perasaan.
Nampaknya engkau akan ke bandar
besar, saudara Miller.
WILLIAM: Oleh itu, jika semua tanda-tanda
ini sudah berlalu,
bukankah seharusnya kita menjangkakan juga
kegenapan kepada janjiNya yang agung?
Oleh itu, kesimpulannya,
Jelas dikatakan di Alkitab -
Yesus akan datang dalam tempoh
empat tahun lagi.
(PERBUALAN ORANG YANG TERUJA)
Lagi bagus dari pagi tadi,
Saudara Miller!
(KETAWA)
Sangat bagus. Rehatlah.
Besok mereka akan datang lagi.
Kehebatan khutbahmu memang
tidak dapat disangkal.
Ini bukanalah kerana kebolehanku, Joshua,
bukan juga mesejku.
Ini adalah kebenaran Tuhan, dan Tuhanlah
yang menggunakan mulutku ini untuk berbicara.
Dan lihatlah betapa menariknya mesej
yang keluar dari mulut itu!
Kata ayah pak cik pernah
bertempur pada 1812.
Peluru meriam meletup tidak
jauh dari jarak pakcik dan ibumu.
Pak cik fikirkan pasti
pak cik akan mati.
(BUNYI LETUPAN)
Benar.
Tetapi apabila asap tidak ada lagi,
ternyata, pakcik telah deselamatkan
oleh Tuhan yang pengasih.
Adakah itu benar-benar terjadi?
Oh, di mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi.
Maafkanlah anak kami kerana
kurang sopan.
Itulah kebenarannya.
Dan kebenaran yang berikutnya yang kamu
harus tahu adalah, telah tiba masa untuk tidur.
Ucapkan selamat malam kepada
Father Miller dan ayah.
- Selamat malam.
- BUDAK PEREMPUAN: Selamat malam.
Adakah engkau benar-benar percaya dengan
doktrin yang engkau khutbahkan itu?
Dahulunya aku sesat dan
sekarang tidak lagi.
Jika Tuhan boleh selamatkan aku, Joshua,
Dia pasti boleh selamatkan orang lain.
Jadi kenapa engkau terus
sembunyikan terang ini?
Baltimore, Rochester,
Philadelphia, New York juga -
17 juta jiwa di Amerika Syarikat -
bukankah mereka juga harus tahu?
Bagaimana dengan seluruh dunia ini?
Aku telah bekerja keras sejak
beberapa tahun ini
dan aku telah melihat ramai yang
menerima kebenaran Tuhan.
Tapi...
..Aku perlukan pertolongan.
Aku mahukan pertolongan.
Kerana kekuatan dari keyakinanmu,
Aku sanggup menyerahkan segala yang
aku ada untuk membantumu.
Tapi, tolong jawab soalan ini dahulu...
Mahukah engkau terus berdiri di sampingku
jika aku mengikut engkau?
Sudah tentu aku akan lakukan itu.
Kalau begitu, bersiaplah untuk berkempen.
Jika Kristus akan datang
tidak lama lagi,
kita harus sebarkan berita ini
dengan secepat mungkin.
Kita harus berkhutbah dengan lebih keras,
pintu-pintu akan dibuka di setiap kota
dan khabar baik ini akan tersebar
hingga ke hujung dunia,
kerana mula dari hari ini, Saudara Miller,
aku akan membantumu.
(BUNYI LOCENG)
(BATUK)
Aku hanyalah seorang petani tua.
Tetapi Alkitablah yang menjadi
kegembiraanku.
Pemahaman dari Buku Daniel dan Wahyu
yang kita bincangkan hari ini
adalah hasil daripada kajianku
selama bertahun-tahun.
Dan perlu juga untuk aku katakan
kepada kamu semua
bahawa aku tidak sendirian
dalam kepastian ini.
Ramai orang diselurah negara ini
yang kini mempercayai
kebenaran ini.
Mesej kita adalah sama,
kerana semuanya jelas tertulis
di Alkitab untuk kita baca.
Dan ini harus diberitakan secepat mungkin
kerana, saudaraku yang ku kasihi,
kedatangan Kristus sudah hampir.
Jangan hanya melihat kepada
perkara yang remeh.
Kerana hari kedatangan Kristus
sudah semakin hampir.
Kenalilah Dia dahulu. Cari Dia dahulu.
Marilah kita saling mengasihi,
kerana kasih datang dari Tuhan.
Dan mereka yang mengasihi adalah
dari Tuhan dan mereka mengenal Tuhan.
Tuhan akan menghapuskan segala air mata.
Tidak akan ada lagi kematian.
Begitu juga dengan
kesedihan dan tangisan.
Kesakitan juga akan dihapuskan.
Kerana semuanya itu telah berlalu.
Ellen, engkau harus tidur.
Ayah, sebentar lagi.
Engkau perlu berehat, anakku.
Ayuh, Ellen. Kita berdoa agar besok
engkau akan lebih kuat.
Setiap pagi, sebelum aku membuka mata,
aku berdoa agar aku dapat
melupakan kemalangan itu.
Tapi apabila aku membuka mata,
kenangan itu datang kembali. (MENGELUH)
Percayalah, anakku, Bapa kita di Syurga
tidak pernah melupakanmu.
Aku impikan hari yang dikatakan oleh
Father Miller tadi di gereja.
Tidak ada lagi sakit.
Belum pernah ku dengar orang katakan
Yesus sebagai penyembuh sebelum ini.
Aku pernah dengar mengenai murkaNya...
..dan penghakiman,
tapi belum pernah...
PenyembuhanNya.
Sangat indah.
(KETAWA KECIL)
(KETAWA DAN PERBUALAN SENYAP)
Aku rindukan Miller yang dulu.
Dia selalu memikirkan
tentang Syurga.
Benar, dan dia asyik
berkata mengenai itu.
Dia tidak minum arak lagi.
Yang bermaksud masih
banyak untuk kita semua.
Ah!
Siapa yang menyangka, seorang
petani dari desa dapat melakukan ini,
dan memulakan revolusi agama?
Miller bukanlah orang yang
tidak peduli.
Barnaby Larson baru
pulang dari Britian
dan dia berkata bahawa idea mengenai
hari kiamat sedang hangat di England,
dan ianya sedang menular ke Eropah.
Adakah ini benar?
Benar.
Fahaman mengenai Kedatangan Kedua kali ini
sudah menular ke Afrika dan India.
Ya, dan para ahli kimia berfikir bahawa
mereka boleh mengubah logam menjadi emas.
Tidak bermaksud jika ada yang percaya,
perkara itu adalah benar.
Penemuan ini adalah...
(MUZIK BERMAIN DIATAS KHUTBAH)
..1,843 AD,
maka penglihatan itu akan digenapi.
HIMES: Walaupun
khutbah hari ini bagus,
tapi belum cukup bagus lagi.
Joshua, semangat mu seperti
orang muda.
Sungguh bersemangat dan
menjengkelkan dalam masa yang sama.
Banyak soalan datang
dari pelbagai tempat.
Engkau boleh berbicara di setiap gereja
dari sini hinggalah ke Florida.
Tolonglah, aku sudah hampir mati.
Dua kali sehari - masih tidak mencukupi.
Dan jangan lupa untuk mencukupkan
keperluan isteriku
hingga hari Penghakiman nanti.
Baiklah, langkah seterusnya ialah
melalui penerbitan.
Penerbitan bukan hanya
menjangkau telinga,
tetapi ramai pembaca
untuk setiap lembaran.
Kita harus sebarkan suaramu.
Dan jangan katakan, "Tapi aku
hanyalah petani biasa."
Tapi aku memang petani biasa.
Siapakah yang meminta pertolongan!
Aku tidak sangka ini akan berlaku.
Surat khabar mengkritik
usahamu selama ini.
Kita harus menjawab kritikan itu.
Tetapi dengan cara kita sendiri.
Aku sudah tua dan keletihan.
Dan aku memiliki mesin cetak?
Lihat!
Ini tentang ajaran ayah.
- Aku ingin lihat!
- "Sombong adalah punca kejatuhan."
Janganlah kita hanya
pentingkan diri sendri.
Adakah itu ayat dari Alkitab?
Itu adalah nasihat dari ibumu.
"Sampai lewat 2,300 petang dan pagi,
"lalu tempat kudus itu akan dipulihkan
dalam keadaan yang wajar."
Encik Miller dan mereka yang
mendengarkan dia
sebenarnya telah diperdaya.
Mereka katakan bahawa Yesus akan datang
pada satu tarikh.
Benar, ini bukanlah kali pertama
hari kiamat dinubuatkan oleh orang bodoh.
Dan pasti bukan yang terakhir.
Aku bimbang apabila hari itu berlalu,
orang-orang yang tidak percaya
akan memanggil kamu kafir
..dan ramai antara kamu yang
akan hilang.
Sebenarnya, kiamat tidak akan berlaku
dalam tempoh terdekat ini.
Tidak.
Tetapi hari itu akan tiba nanti.
Dan apabila saat itu
benar-benar tiba...
..adakah kamu sudah bersedia,
hai orang-orang berdosa?!
Dapatkah kamu bertahan di hadapan
murka Tuhan yang suci
sementara Dia melihat kesalahan-
kesalahanmu,
dan berteriak, "Enyah dari Ku hai kamu
yang melakukan kejahatan!"
Kemudian api neraka akan membakar
mereka yang murtad
kerana ajaran-ajaran Miller.
Oh, api untuk Miller pasti lebih
panas lagi.
Ampunkanlah segala kesalahanku
selamatkanlah aku dari si jahat.
Apakah yang harus
ku lakukan untuk selamat?
Ibu!
Kasihilah aku.
Kasihilah jiwaku yang malang ini.
Ampunkanlah segala kesalahanku.
Apakah yang harus
ku lakukan untuk selamat?
Ellen, sayangku, apakah yang berlaku?
Bagaimanakah kalau aku
sudah disesatkan, Ibu?
Mengapa kau berkata seperti itu?
Aku sangat takut.
Ibu, pengkhutbah tadi mengatakan
perkara yang buruk mengenai Father Miller.
Jangan engkau dengarkan khutbahnya itu.
Tapi aku sudah dengar.
Kita semua sudah mendengarkan!
Kita bersama-sama di gereja.
Tidak ada penghiburan di sana.
Ayuh tidur.
Ayuh.
(BATUK)
Ibumu berkata bahawa engkau sangat
terganggu malam tadi.
Aku sangat ketakutan.
Saudara Stockman, aku tahu yang
engkau percayakan Father Miller.
Benar. Aku percaya.
Begitu juga dengan ramai pendeta
Methodist yang lain.
Father Miller mengongsikan
pengharapan Advent.
Pengajarannya beserta dengan kasih.
Namun, sekarang ini aku hanya
fikirkan kata-kata pendeta itu
mengenai dibakar selamanya
dalam api neraka.
Apakah pengharapan untukku...
..untuk kita semua,
jika Bapa Syurgawi kita jahat
dan gembira melihat hukuman kekal.
Penderitaan minda mu
adalah tanda Roh Kudus hadir
dalam hatimu.
Tuhan kita tidak gembira
melihat kemusahan mu.
Dan bukan juga sifatNya untuk menghukum,
melainkan untuk mencari yang hilang.
Bagaimanakah aku boleh yakin tentang itu?
Biarkan sahaja, Ellen.
Biarkan sahaja. Percaya pada Yesus.
Dia tidak akan menginggalkan orang
yang benar-benar mencariNya.
Terima kasih, Saudara Stockman.
Tidak perlu, Ellen.
Berterima kasihlah kepada Tuhan Yesus.
Kongsikan mesej Advent kepada
orang lain.
(BATUK)
Elder Himes dan Saudara Miller telah
mengumumkan pertemuan di Boston.
Adakah Elder Himes tahu
yang ayah sedang sakit?
Kita sudah mengirim surat, bukan?
Salam, sahabatku!
(HIMES KETAWA)
Seharusnya dia sudah tahu.
Dia tidak boleh keluar, Joshua.
Dia tidak boleh keluar!
Tidak. Tidak, tidak, tidak.
tentu sekali tidak.
Demam kepialu itu serius.
Sangat serius.
Aku tahu kamu berdua sudah...
bekerja keras untuk pertemuan ini.
Ini kali pertama kita semua orang
akan berkumpul di tempat yang sama,
dengan tujuan yang sama -
Baptists, Methodists,
Presbyterians -
semua memahami akan Advent yang
semakin hampir.
Oleh itu, engkau yang akan
bertemu mereka semua.
Kemudaian kembali ke sini dan katakan
kepada William mengenai pertemuan itu.
Aku ingin bertemu dengan dia,
hanya untuk memberikan kata semangat.
Boleh kan?
(MERUNGUT)
(WILLIAM MENGERANG)
Hello sahabatku.
Apakah khabar mu hari ini?
(MENGERANG) Masih belum sembuh lagi
Baiklah...
..aku akan biarkan kamu berdua,
untuk seketika.
Joshua, sebentar sahaja.
Dia tidak perlukan pelawat.
Sudah tentu. Baiklah!
(PINTU DITUTUP)
Adakah engkau pasti tidak boleh
menaiki kereta kuda?
Aku boleh siapkan katil yang terbaik
untukmu di belakang dengan selimut...
- Tidak...
- Udara yang segar...
Tidak, Joshua.
Orang boleh datang kepadamu
di pertemuan itu.
Aku terfikir untuk
menyediakan tempat...
Tidak, Joshua...
Acara ini lebih penting dari aku.
(BATUK)
Ini adalah kuasa Tuhan.
Ramai pendeta yang sudah bangkit.
Engkau tidak perlukan aku di sana.
Ya.
Benar. Aku... Engkau benar.
Aku akan mendoakanmu.
Terima kasih.
Adakah kau benar-benar yakin...?!
Pergi! Sekarang juga!
(BATUK)
(MENGERANG)
Oh!
Josepth Bates, adakah itu kamu?
- Sudah lama tidak bertemu.
- Benar Saudara Himes. Sudah lama.
(KETAWA) Aku telah mendengar mengenai
pelayananmu dalam pertarakan
bersama dengan Christian Connection.
Engkau telah menjadi terkenal
kerana berbicara mengenai
kezaliman perhambaan juga.
Aku hanyalah hamba Tuhan, Joshua.
Tuhan yang berkata, aku cuma menurut.
Tapi engkau memang layak mendapat pujian.
Adakah benar?
Saudara Miller tidak dapat hadir?
Benar. Uh, demam kepialu.
Malang sekali.
Oh! Oh, Saudara Bates,
perkenalkan kepadamu, Hiram Edson.
Uh, mungkin kamu sudah saling kenal
melalui Pr. Finney.
Oh, ya.
Pelayanan Saudara Finney mengenai
Pertarakan dan penghapusan hamba
sangat diketahui ramai.
Gembira bertemu dengan mu.
Ini Owen Crosier.
Gembira berkenalan dengan mu..
Bates: Aku mempelajari
ajaran Miller
sejak aku mendengarkannya
pada tahun lepas di New Bedford.
Sebagai kapten di lautan,
Aku mengembara serata dunia.
Tapi hari ini, aku telah mengembara
lebih jauh dari sebelumnya.
Aku menyatakan komitmenku
kepada mesej Advent.
EDSON: Aku juga merasakan
panggilan yang sama.
Aku juga.
Siapakah namamu saudara?
Manakah asalmu?
Samuel Snow.
Aku bekerja untuk The Investigator.
Aku tinggal di sini, di Boston.
Engkau tidak ada di sini
sewaktu pendedahan bukan?
Uh, tidak.
Aku harus jujur, bahawa
pada mulanya aku tidak percaya.
Tetapi setelah mempelajari
ajaran Miller
aku percaya ajaran ni benar.
JOSHUA: Ah!
(KETAWA)
Pertemuan sudah tamat dan,
perbincangan berterusan!
Aku cuma mahu menyatakan kepada
orang-orang ini bahawa aku sangat komited.
Aku gembira sekali mendengar itu.
Akan ku khabarkan itu kepada
Father Miller nanti.
Beritakan juga yang aku akan
membantu mambiayai
untuk menyebarkan mesej Advent ini.
Oh, ini satu berita yang baik!
Tujuanku ialah untuk menyokong
Father Miller and pelayanannya -
bukan untuk mendirikan gereja baharu.
Tetapi untuk memberitakan Advent
Kedua sudah dekat.
(PERBUALAN BERTERUSAN)
WILLIAM: Maksudmu, pertemuan itu berjaya?
Mereka datang dari Maine, New York,
Connecticut, Vermont,
New Hampshire, Rhode Island!
Sangat banyak pendapat yang dibincangkan!
Pertukaran pendapat dan
semangant yang sangat baik.
Kita menerima ramai penderma
dan tidak lama lagi,
kita akan lakukan lagi.
Kali ini, engkau akan mengambil bahagian,
begitu juga dengan Joseph Bates.
Bates. Rasanya aku ada bertemu dia
pada tahun lepas.
Seorang yang tinggi.
Tidak menggunakan tembakau.
Sungguh berbeza.
Benar. Dialah orangnya. Dia akan
menjadi orang yang penting untuk kita!
Sekarang, kita akan ada sumber kewangan!
Lebih banyak kota! Lebih banyak terbitan!
Kata-katamu akan menyentuh ramai jiwa.
Tolonglah, Joshua, ingat.
Itu bukanlah milik kita - itu milik Tuhan.
Baiklah.
(MUZIK YANG MENGANGKAT)
Sekarang...mungkin adalah masanya.
Mm.
(BERBISIK) Kita tidak boleh berkompromi.
Ajaran En. Miller dan
para pengikutnya adalah salah.
Mereka yang terpengaruh
dengan lidahnya yang manis
tidak ada tempat di dalam gereja ini.
Oleh itu...
..kamu harus, dalam nama Tuhan,
menolak ajaran radikal ini.
jika kamu tidak lakukan itu...
..kamu semua tidak dialu-alukan
di dalam gereja ini.
Engkau mungkin berfikir untuk
menyingkirkan kami.
Akan tetapi pemahaman Father Miller
mengenai kedatangan Kritus
harus diambil perhatian.
Kita harus menuruti firman Tuhan,
bukan peraturan manusia.
Kami tidak akan berdiam diri bersama
khabar baik ini.
Dan kalaulah itu bermaksud yang kami
harus tinggalkan gereja ini...
..kami sanggup lakukan itu.
Keluargaku sangat gembira akan
pengharapan kedatangan Kristus.
Kami merasakan kasih,
kasih Yesus.
Itu.. Itulah yang mengangkat kami,
itulah yang mendorong kami.
Dan itulah yang akan menyelamatkan kami.
Berani sungguh mereka berkata seperti
itu kepada kita.
Kita jangan biarkan satu orang
mempengaruhi yang lain.
Kita akan umumkan penyingkiran
mereka pada hari Ahad depan.
Mereka akan menjadi contoh.
Tradisi kita harus dihormati.
Pada hari Perjamuan yang suci ini,
Aku ingin memberikan cabaran
untuk mengasihi Tuhan,
dengan segenap hatimu.
untuk menuruti segala
hukum-hukum Tuhan.
Dan meghormatiNya dengan
memelihara hari SabatNya yang cuci.
HADIRIN: Amen.
Aku ingin bercakap dengannya.
Ibu...
Ibu, jangan.
Tidak perlu.
Kita orang baharu di sini.
Aku...
Kita ini orang luar.
Pasti Elder Wheeler akan tertarik dengan
apa yang ibu akan katakan.
Tidak...
Maafkan saya.
Aku ingin berbincang
secara spesifik
mengenai Hukum yang terdapat
dalam Alkitab...
Yeah.
Telah lama aku fikirkan,
terutama mengenai hari Sabat.
- Benar, Pn. Preston.
- Menurut Alkitab...
(MUZIK BERMAIN DIATAS DIALOG)
PN. PRESTON:
Dia telah dengar apa yang perlu ku katakan.
Dia benar-benar mendengar.
Jadi, dia akan menukar hari perbaktiannya
dari Ahad ke Sabtu,
seperti yang dikatakan oleh Alkitab?
Dia begitu tertarik dengan apa
yang kita kongsikan dari Alkitab.
Maksudnya...?
Dia berjanji untuk terus
menyelidiki idea itu...
LELAKI: Selamat pagi, Puan Preston.
- ...lebih lanjut.
Hello.
Dan ibu mengatakan yang ibu sudah menang?
Sabtu...
..adalah hari ketujuh dalam minggu.
Itu lah hari Sabat Tuhan.
Inilah hakikatnya.
Ibu!
Ada orang yang percaya
bahawa menantikan Advent
dan penghakiman
adalah lebih penting
berbanding hari perbaktian.
LELAKI: Selamat pagi.
Mungkin tidak lama lagi,
hari itu akan tidak penting lagi.
Aku telah menanam benihnya.
Sebagai seorang guru, anakku,
engkau harus lebih tahu bagaimana
pengetahuan bertumbuh.
BUDAK LELAKI: (TERIAK)
Bacalah mengenainya!
Bacalah mengenai kedatangan Kritus!
Bacalah khabar terbaharu
mengenai kedatangan Kristus!
LELAKI: Sayur!
WILLIAM: Aku mahu satu.
Mereka harus diberi pujian.
Aku kelihatan sangat kacak.
Mengapakah mereka berkeras untuk
jadikan aku kelihatan gemuk?
Berapa ramaikah orang yang akan hadir?
Inilah khemah yang terbesar pernah
didirikan di Amerika!
sudah ditambah kepada
6,000 tempat duduk!
Dan masih ramai lagi yang akan datang!
Khemah gergasi.
Selepas ini apa lagi?
Aku sungguh tidak menjangkakan ini.
Engkau seharusnya sudah tahu.
Kita seharusnya
sudah bergerak.
Ada satu pertemaun kecil yang sedang
berlangsung. Aku...mahu ke sana.
Khemah gergasi!
Kita harus ke sana.
Joshua, dunia kini penuh
dengan harapan.
Bukan semuanya mengikut
perancangan.
Aku sudah katakan kepada Saudara Bates
aku akan ke sana.
Tapi...
..dia juga harus berada
di khemah gergasi itu!
Whoa, Whoa!
Aku sedang mencari Joseph Bates.
Dimanakah pertemuan itu?
LELAKI: Di sana.
BATES: Benar -
1843 kini telah berlalu.
Ramai yang mula bimbang.
Tertanya-tanya mengapa
Juruselamat kita belum datang
dan ingin tahu bilakah
hari itu akan tiba?
Aku berkata kepada kamu
bahawa inilah masanya
iman kita diuji.
Ketika aku bertugas sebagai
kapten di tengah lautan,
kami tidak melompat ke
laut ketika ribut melanda.
Tidak.
Kami tetap bertahan.
Kami berdoa bersama-sama.
Sekarang ini, saudaraku,
janganlah kita putus harapan,
sebaliknya menggandakan usaha.
Pengantin lelaki akan datang.
Pelayanan kita tidak sia-sia.
Benar, kita berharap bahawa, sekarang ini,
hari itu...
- (KUDA MENGHAMPIRI)
- ..telah tiba.
Dan...saat-saat akhir ini
sangat penting.
(ORANG BERBISIK)
Aku ada berita.
Izinkinlah saudaraka bercakap.
Dia datang membawa berita untuk kita.
(BERBISIK)
Saudara Snow membawa kebenaran
untuk kita dari Tuhan.
Izinkanlah dia untuk
menyampaikan mesejnya.
Silakan...
Tuhan sudah berjanji
kepada kita...
..Dia akan datang lagi...
..untuk membawa kita
dekat kepadaNya.
Apabila Yesus datang untuk
pertama kalinya,
Injil berkata kepada kita
"Masanya telah digenapi."
Masa apakah yang telah digenapi?
Masa nubuatan!
Benar. Benar.
Sejarahwan mengesahkan bahawa
Yesus mati pada musim bunga 31 AD,
tepat sekali jatuh pada tengah-tengah
nubuatan 70 minggu Daniel.
Alkitab juga berkata
bahawa pada musim bunga itu mereka
mengadakan paskah.
Hari Penghapusan Dosa diadakan
pada musim luruh.
Apakah yang dilakukan oleh
imam besar pada Hari Penghapusan Dosa?
Menguduskan tempat suci.
Benar.
Terima kasih, Saudara White.
Tuhan menguduskan tempat suci!
Tidakkah perkara yang sama akan berlaku,
bahawa Dia akan datang untuk
menguduskan tempat suci
tepat pada Hari Penghapusan Dosa?
- Benar!
- (BERBISIK)
Imamat mengatakan
Hari Penghapusan Dosa.
jatuh pada hari ke 10
pada bulan ke 7
Saudaraku, kita telah tersilap
menantikan Kristus pada musim bunga.
Menurut kalendar Yahudi,
hari ke 10 pada bulan ke 7 jatuh
pada tahun ini...
..pada Oktober 22.
(PARA HADIRIN TERUJA)
SNOW: Kita sudah tahu tarikhnya.
Oktober 22, 1844.
(PARA HADIRIN BERBISIK DAN TERUJA)
PEREMPUAN: Sangat bagus! Oh!
Dia sangat yakin.
Engkau tidak yakin?
Menetapkah tarikh adalah
satu kebodohan.
Tidak. Bukan sekarang, saudaraku.
Kita berharap agar Tuhan akan
terus memberikan penjelasan.
Tuan rumah membersihkan
bangsalnya sendiri.
Penetapan tarikh itu pastinya
sudah membuat kau kecewa.
Pengharapan kita bukanlah mengenai
hari atau waktu sahaja,
tetapi kedatangan Kristus
yang sudah dekat.
Apakah pendapat Joshua?
Kami berdua menolak.
Namun orang ramai
mahukan penjelasan.
Aku tersilap mengenai 1843.
Sepatutnya aku tidak mengira tahun 0
apabila mengira dari BC ke AD
Bukankah orang ramai
mula ragu-ragu?
Engkau tidak menyokong
sebarang tarikh?
Tidak. Aku tidak akan menyokong.
Tetapi kajian Saudara Snow mengenai
tempat kudus telah membuat ku berfikir.
Nampaknya, engkau harus terus
mempelajari kebenaran
dan penjelasan dari Tuhan mengenai
hal ini, William.
Alkitab sudah cukup jelas.
Tetapi, Saudara Snow adalah seorang
yang boleh dipercayai.
Aku akan mengkaji dan
mendoakan tarikh itu.
(KUDA BERBUNYI)
Isteriku dan aku sangat gembira
untuk membeli tempat ini.
Bolehkah aku bertanya,
ke manakah engkau dan isterimu akan
pergi selepas ini?
Ke Syurga.
Tapi bagaimanakah jika itu tidak berlaku,
adakah engkau mempunyai rancangan lain?
Tuhan ada rancangan yang terbaik
untuk kita semua.
Benar.
Sekarang...rumah ini juga sudah dijual
untuk membiayai pelayanan itu.
Anak kita fikir kita bodoh.
Hmm!
Tetapi engkau teguh
dengan keyakinanmu.
Benar, sayangku.
Masa semakin suntuk.
Hari yang Tuhan sudah tentukan
itu semakin hampir.
Engkau sungguh berselera, Ellen.
Kami semua gembira melihat
engkau seperti ini.
Kita hampir tiba.
Mengingatkan itu membuatkan aku kuat.
Sementara itu...
..kita harus sebarkan khabar baik ini
kepada orang lain.
(LANGKAH MENGHAMPIRI)
LELAKI: Ah, En. White. Risalahmu
sudah siap.
Kamu berdua kini menjadi pelanggan
ku yang terbaik.
Ah. Selamat pagi.
Engkau juga melayani
untuk menyebarkan khabar baik?
Benar. James White
dari Christian Connection.
Gembira untuk berkenalan denganmu
Saudara White. Namaku Robert Harmon.
Semuanya $1.20.
- Terima kasih.
- Masa kian suntuk.
Ayuh, kita lakukan ini bersama, anak muda.
Kita lihat apa yang kita boleh lakukan.
Tentu sekali.
LELAKI: Semoga berjaya.
Anak muda, Tuhan dan Juruselamat kita
akan datang dalam masa dua minggu.
(MENGELUH)
Kedatangan Tuhan.
Silakan...tuan-tuan...
Kristus akan kembali dalam dua minggu lagi.
Sediakan hatimu.
Baiklah, tolong katakan kepada Dia aku
akan percaya apabila Dia datang lagi.
Aku sangat sedih melihat orang-orang ini.
Encik...
- Tolonglah
- Terima kasih.
Encik...
William: "Oktober 6, 1844.
"Himes, saudaraku,
"Setelah kukaji dan berdoa,
"aku telah melihat kebenaran
didalam bulan ke 7,
"yang tidak pernah kulihat sebelum ini.
"Kita hampir tiba.
"Kemuliaan, kemuliaan, kemuliaan."
WILLIAM: Datanglah kepada Yesus Kristus,
Domba yang telah mati,
dan sekarang ini hidup, agar kita semua
beroleh hidup.
Patuhilah kata-kataNya...dan percayalah.
Jangan kita berlengah.
Jangan pernah padamkan
pengharapan itu.
Jangan pernah walau sesaat.
Tidakkah kamu semua inginkan rumah
di Syurga yang dibina oleh Tuhan?
Oleh itu, Yesus berkata,
"Carilah dulu Kerajaan Syurga,"
"maka semuanya itu
"akan ditambahkan kepadamu."
(MUZIK)
LELAKI: Biarlah aku dihukum!
Kapal itu akan berlayar besok
dan inilah keputusanku!
Aku tidak mahu terus di sini dan meminta sedekah
sementara terus melihat ke langit.
BATES: Yesus akan datang besok, anakku!
Apabila Dia tiba nanti, katakan kepadaNya
untuk mencari aku ditengah lautan!
Joseph, tolonglah...kejarlah dia.
Anak kita akan hilang untuk selamanya!
Lakukan sesuatu!
Bapa, pada saat-saat akhir
sebelum kedatanganMu ini,
sembuhkanlah keluarga yang hancur ini.
Kasihilah anak kami.
Pulangkanlah dia kepada kami,
agar kami dapat menyambut Mu bersama.
Sangat baik, kita dapat bersama-sama,
pada saat-saat akhir ini.
Kita telah lakukan yang terbaik.
Benarkah begitu?
Oh...
Terima kasih...
..kerana memberitahukan
kepada dunia sebelum terlambat.
Apakah yang akan berlaku jika terlalu
awal dikhabarkan?
(BUNYI PIANO DIMAINKAN)
Saudaraku, bir percuma hingga ke
akhir zaman!
(SEMUA BERGEMBIRA)
(LOCENG BERBUNYI)
(LOCENG TERUS BERBUNYI)
(BUNYI TERAKHIR)
Nampaknya Tuhan Yesus
tidak dapat bersama dengan kita
pada malam ini...
..kerana kita masih boleh bergembira!
(KETAWA DAN BERBUAL)
(MUZIK BERTERUSAN)
PEMAIN PIANO: (MENYANYI)
♪ Funniest thing I ever saw
♪ A little tune called
Turkey in the Straw. ♪
(BUNYI GURUH)
(BUNYI BURUNG HANTU)
(PETIR MENYAMBAR)
(MUZIK MENYEDIHKAN)
(GURUH BERTERUSAN)
WILLIAM: Mesej Tuhan bukanlah
mengenai satu tarikh.
Kita belum kehilangan semuanya.
Lihatlah pergerakan yang engkau sudah mulakan.
Ribuan yang sudah percaya.
Apakah yang mereka percayakan,
Saudara Himes?
Kekecewaan? Kesedihan?
Kebenaran firman Tuhan.
Menetapkan tarikh membuatkan mesej
ini tidak boleh dipercayai.
Mengapakah aku harus menyokongnya?
Kita akan terus menunggu.
Berapa lama lagi?
Selama yang mungkin.
(BATUK)
Hiram, engkau masih di sini
pagi ini.
Begitu juga dengan ayammu.
Mungkin Yesus akan datang
jika engkau sediakan sarapan untuk Dia!
(KETAWA)
Adakah itu cuma cerita dongeng
yang sangat menarik, Esther?
Hiram, Jangan berkata seperti itu.
Tidak ada realiti kepada
pengharapan kita ini...
Oh, Hiram...
Apa yang kita harus lakukan?
Kita harus berdoa.
Saudarakau, marilah kita beroda
bersama memohon bimbingan.
Bimbingan?
Bukalah matamu, Hiram.
Tapi inilah masa yang perlu
untuk kita berkumpul.
Kami telah ditipu.
Adakah kita harus teruskan berada
dalam penipuan ini?
Kita berikanlah peluang kepada Tuhan...
Aku sudah lakukan itu.
HIRAM: Tuhan, sesungguhnya
Engkau sudah memberkati kami
sementara kami menunggu kedatanganMu.
Tangan kami telah menyembuhkan yang sakit.
Hati kami diteguhkan apabila melihat
ramai orang
percaya kepadaMu, dalam pengharapan
akan kedatanganMu.
Tuhan, kami masih teguh dalam iman,
tapi kami perlukan pengertian untuk mengerti
mengapakah Engkau belum datang lagi.
Kami perlukan petunjuk dariMu.
Terimalah doa kami, ya Bapa,
berikanlah kami terang
agar kekecewaan kami ini akan dapat
dijelaskan.
Kami mohon semuanya ini dalam nama
Yesus, AnakMu yang pengasih
Ayuh, saudaraku.
Pastinya Tuhan tidak meninggalkan kita.
Owen, ayuh temankan aku
ke rumah jiran-jiran.
Pasti mereka sangat bersedih
pada saat ini.
Kita akan dihiburkan apabila
kita berkumpul bersama.
Sudah tentu.
Hiram.
Hiram!
Tuhan sedang menjawab doa kita
pagi tadi.
Dia telah memberikan terang kepada
kekecawaan besar itu.
Kristian awal berfikir bahawa
Yesus datang
untuk mendirikan kerajaan duniawi,
bukan kerajaan syurgawi.
Setelah kematianNya di Salib,
mereka sangat kecewa
sama seperti kita pada saat ini.
Sangat jelas, tarikhnya salah,
Hiram.
Tidak, Dr. Hahn, aku fikir
tarikhnya betul.
Kalau begitu, mengapakah
Juruselamat kita masih belum datang?
Mungkin kerana kita tersalah
mengenai apa yang harus berlaku pada bulan Oktober.
Kristian awal ada tarikh yang tepat
mengenai Mesias,
tetapi pengharapan mereka salah.
Mungkin itulah yang berlaku
kepada kita.
Nubuatan Daniel mangatakan bahawa,
pada akhir 2,300 hari,
tempat kudus akan dikuduskan.
Mungkin kita telah tersalah tafsir
mengenai perkataan "tempat kudus?"
- Tapi bukankah tempat kudus itu ialah bumi.
- Benarkah begitu?
Daniel berkata, dalam fasal tujuh,
“..seorang seperti anak manusia; datanglah
ia kepada Yang Lanjut Usianya itu…”
Bukan datang ke bumi,
seperti yang kita percaya.
Dimanakah "Yang Lanjut Usianya" itu?
Di Syurga.
Selepas kematianNya di salib,
Yesus kini melayani sebagai Imam Besar,
dan pelayanan penebusan
berpindah dari tempat kudus di bumi
ke Tempat Kudus di Syurga.
Itu masuk akal...
..seperti apa yang dikatakan di
Buku Ibrani fasal lapan -
"kita mempunyai Imam Besar,
“dan yang melayani ibadah di tempat kudus,
yaitu di dalam kemah sejati,
"yang didirikan oleh Tuhan
dan bukan oleh manusia.”
Maksudnya Yesus masih akan datang kembali,
bukan?
Cuma kita tidak tahu bilakah
itu akan berlaku.
Tepat sekali, dan di tempat yang
mahakudus lah
pelayanan pengudusan itu berlangsung.
(MENGELUH)
(MENGELUH)
Lucy, apakah yang telah aku lakukan?
Engkau telah mengatakan isi hatimu
dan juga firman Tuhan,
firman yang telah melembutkan
ribuan hati.
Mungkinkah hati mereka
akan keras kembali?
Mungkin.
Mungkin Saudara Snow
akan datang lagi dengan kudanya
dengan membawa...
..tarikh yang baharu.
Apakah yang paling penting mengenai mesej
yang Tuhan sudah berikan kepadamu?
Itulah yang harus engkau fikirkan.
Ya.
"Bertahanlah.
"Jangan biarkan sesiapapun
mengambil mahkotamu.
"Aku menetapkan fikiranku kepada
masa yang lain,
"aku akan terus bertahan
hingga Tuhan berikan aku lebih penjelasan.
"Dan pada hari ini, hari ini, hari ini
hinggalah kedatangan Tuhan,
"aku akan melihat Dia,
yang amat ku rindui."
PN. HAINES: Kuatkanlah kami
dalam janjiMu, ya Bapa.
Walaupun kami tidak mengerti mengapa
Engkau belum datang,
Kami tetap berdoa agar Engkau
akan datang segera.
Kami doakan juga untuk saudara kami
yang sudah meninggalkan pengharapan Advent,
kasihilah mereka.
Berikanlah kami pengertian,
ya Tuhan...
Oh, tidak! Ellen! Apa
yang berlaku?!
PEREMPUAN: Adakah dia masih
bernafas?
ELIZABETH: Aku tidak tahu.
Ellen! Ellen!
Ellen!
SUARA: Akulah pesuruh Tuhan.
Lihat lagi.
Lihat ke atas.
Bukanlah penghujungnya,
melainkan permulaan.
Bagaimana keadaanmu Ellen? Aku sangat risau.
Aku fikir kau sudah mati.
Aku mendapat penglihatan.
Aku dibawa ke tempat yang lain.
Tinggi di atas bumi ini, dan
aku... aku..
..terdengar suara.
Suara itu berkata kepadaku.
Siapa yang berkata kepadamu?
Ellen, aku mendoakanmu tadi.
- Adakah suaraku yang kau dengar?
- Bukan.
Aku fikir itu adalah suara malaikat.
(PEREMPUAN MENGHELA NAFAS)
Belum pernah ku dengar yang seperti itu.
Mungkin kepalanya terhantuk.
Aku melihat orang Advent sedang
berjalan menuju Syurga.
Dan selagi mata mereka
tertumpu kepada Yesus,
yang memimpin mereka ke kota itu...
...mereka selamat.
Engkau selamat sekarang, Ellen.
Dunia ini sangat gelap.
Aku telah melihat dunia yang lebih baik
dan aku sudah tidak sukakan bumi ini.
Aku rasakan seperti dikuatkan hari ini,
Elizabeth.
Aku melihat perkara yang menakjubkan.
Aku terdengar suara.
Adakah itu benar?
Elizabeth, aku tidak pernah berbohong.
Aku tidak katakan yang kau berbohong.
Engkau pengsan kerana penyakitmu.
Fikiranmu tidak boleh dipercayai.
- Engkau tidak tahu apa yang kau katakan.
- Tidak.
Elizabeth, Roh Kudus yang menunjukkan
kepada ku mengenai "Midnight Cry" itu
dan menjelaskan mengenai
kekecewaan kita.
Dia menguatkan pengharapan Advent kita.
Ada antara mereka yang tidak mendengar
lalu terjatuh dari jalanan itu.
Engkau pernah kemalangan ketika kecil.
itu membuatkan kau lemah.
Engkau tidak akan menikmati
hidup biasa, Ellen.
Engkau tidak akan berkahwin.
Engkau tidak akan dapat menyumbang.
Ini bukanlah caranya untuk
meminta perhatian.
Mengapa engkau berkata
seperti itu kepadaku?
Aku bersumpah,
aku mengatakan yang benar.
Baiklah, ini kebenaran dariku -
Kristus tidak akan datang segera
dan aku sudah bosan berdoa bersama.
- Tapi Elizabeth...
- Tidak. Engkau sudah dengar bukan?
Anggaplah aku sebagai salah seorang
yang telah jatuh dari jalanan itu.
PN. PRESTON: Nampaknya semua orang
berbicara mengenai Yesus yang belum datang
dan aku seorang diri sahaja dengan
komitmenku
untuk berbakti pada hari Sabat.
Ah, tapi Pn. Preston,
Aku fikir tidak ada gereja di sini
yang berbakti pada hari Sabtu.
Hmm. Kalaulah Elder Wheeler
di Hillsboro itu dekat dengan kita.
Ibu, tolonglah!
Keluarga Farnsworths sangat baik hati,
mengizinkin aku untuk tinggal di sini
Ibu hanya akan menyinggung
perasaan mereka.
Apa yang menyinggung Tuhan
ialah apabila kita berbakti pada hari yang salah.
Nasib baiklah Elder Wheeler mengerti
bahawa hari Sabtu - Sabtu -
ialah hari ketujuh dalam minggu.
Ada tertulis dalam hukum bahawa
kita harus berhenti dan memeliharanya.
Apakah bezanya dimata Tuhan
jika kita berbakti pada hari yang lain?
Sangat berbeza, William,
hingga Tuhan mengukirnya sendiri
dan mengirimnya turun dari gunung
bersama Musa.
Sabat ialah satu karunia -
kita tidak boleh hentikan, apalagi mengubahnya.
Tuhan gunakan perkataan "Ingatlah."
Walaupun gereja Saudara Wheeler itu dekat
dengan kita, dia adalah seorang Methodist,
dan kita juga sama dengan dia.
Denominasinya tidak penting bagi Tuhan,
Tapi Elder Wheeler percaya bahawa
ia adalah sebuah Hukum.
Kalaulah ia cuma 'Sepuluh Cadangan',
kita boleh memilih untuk menghormati Tuhan
pada bila-bila masa yang kita suka, atau tidak.
Ah, kereta kuda suda sedia.
Mungkin kita berbakti pada hari yang salah,
tapi kita tidak boleh lewat.
Bersama dengan semua yang
berkumpul di sini,
Aku juga merasa kecewa, dan malu
kerana Yesus tidak datang tahun lalu.
Aku tidak mengerti mengapa
Dia tidak datang,
namun aku tetap percaya dengan
janji-janjiNya di Alkitab
bahwa satu hari nanti Dia pasti akan datang.
Oleh sebab itulah aku berpegang teguh
kepada pengharapan Advent.
Terima kasih, Pn. Cooch.
Ada sesiapa lagi yang ingin
berbicara?
Aku memilih untuk percaya
bersama dengan mereka yang
memelihara Hari Sabat setiap minggu.
Mulai dari hari ini,
Aku berjanji untuk memelihara
hari Sabat...
..seperti yang diperintahkan oleh Tuhan
kepada kita.
Aku juga mahu menjadi pemelihara
hari Sabat...
..mulai dari saat ini.
(LAGU "ADA NEGERI YANG AMAT INDAH" BERMAIN)
"Hari-hari Sabat-Ku juga Kuberikan kepada
mereka menjadi peringatan di antara Aku dan mereka,
"supaya mereka mengetahui bahwa Akulah TUHAN.
"Jadi Anak Manusia adalah juga Tuhan atas hari Sabat,
"lalu Allah memberkati hari ketujuh itu
dan menguduskannya,
"karena pada hari itulah Ia berhenti
dari segala pekerjaan penciptaan,
"yang telah dibuat-Nya itu,
"sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan
langit dan bumi, laut dan segala isinya,
"dan Ia berhenti pada hari ketujuh."
Aku berjanji. Aku akan kembali
dengan semangat yang baharu.
Aku hanya perlu untuk meluangkan masa
bersama Reverend Wheeler
Apa yang kita perlukan ialah
jalan keluar dari kesusahan ini.
Kita sudah kehabisan wang, Joseph.
Isu Sabat ini akan membawa mu ke mana?
Aku mengikut kata hatiku.
Aku telah diyakinkan
oleh firman Tuhan.
Tidak ada cara lain untuk
menguji kebenaran.
Elder Wheeler telah mengongsikan
firman Tuhan kepadaku,
dan aku percaya dia benar.
Kristus sendiri memelihara hari ketujuh.
Adalah penting untuk mengikuti Dia.
Aku menyokong ajaran Sabat.
Bagaimana dengan gadis itu?
Yang mendapat penglihatan
di Maine.
Hmm.
Aku tidak mahu memberikan pendapat
sebelum bertemu sendiri dengan dia.
Walaupun begitu, aku fikir
dia meragukan.
Agak meragukan.
Kita berkumpul di tempat ini,
dari kepercayaan yang berbeza,
berkumpul kerana
komitmen kita kepada Yesus
dan kerana kita percaya bahawa Alkitab
adalah firman Tuhan yang menuntun kita.
Pagi ini, seorang dari kita, Ellen Harmon
telah diminta untuk berbicara.
Dia akan katakan apa yang Tuhan
sudah perlihatkan kepada dia.
(HADIRIN BERBISIK-BISIK)
Aku rasakan yang aku tidak mampu.
Percayalah.
Kehadiran mu di sini sudah menunjukkan
keberanianmu.
Cik Harmon.
Semasa aku berdoa di rumah Pn. Haines
di Portland.
Aku tidak sedarkan diri, dan merasakan
kehadiran Roh Kudus.
(BERBISIK)
Aku diangkat di atas bumi yang gelap ini
dan aku mencari para orang Advent, tapi
aku tidak melihat mereka.
Satu suara, seorang malaikat,
berkata kepadaku,
"Lihat kembali, dan pandanglah ke atas."
Kemudiannya aku terlihat satu jalan yang
lurus dan sempit di atas bumi yang gelap ini.
Orang-orang Advent sedang berjalan
di atas jalan itu
yang menuju kota terang dan suci.
Ada satu terang di belakang mereka,
malaikat berkata kepadaku, itu adalah
"Midnight Cry."
Malaikat itu mengesahkan bahawa
ajaran Father Miller itu benar,
dan tarikh itu adalah permulaannya,
bukan penghujung.
Dan semua orang yang tetap memandang
kepada Yesus akan selamat,
Dialah yang memimpin mereka
ke Kota Suci itu.
Ada yang menjadi lemah -
kerana kota itu masih jauh,
dan mereka berharap yang
mereka sudah lama tiba di sana.
Tapi Yesus memberikan mereka semangat...
sambil mengangkat tangan kananNya,
dari mana datangnya terang itu,
yang menerangi orang-orang Advent,
sementara itu berlaku, mereka berteriak,
"Hallelujah!"
OTIS: Saudara Sargent, jika penglihatan
Cik Harmon ini benar dari Tuhan...
Penglihatannya bukan dari Tuhan En. Nichols.
Adakah engkau pasti?
Saudara Otis, jika ada mesej yang ingin
disampaikan Tuhan kepada umatNya,
Tuhan tidak akan memilih
orang yang tidak layak?
Gadis itu hampir tidak mampu
untuk berjalan sendiri.
Dia bukan siapa-siapa.
Ayahnya cuma seorang pembuat topi.
Dia bukan berasal dari keluarga
pendeta.
Saudaraku, Tuhan Yesus sendiri berkata,
"Berjaga-jagalah terhadap nabi-nabi palsu,
"Yang akan datang seperti domba,
"tetapi sebenarnya adalah sarigala."
Aku dengar bahawa, ketika dia mendapat
penglihatan, dia seperti sedang berkhayal.
Aku mengenal seorang jiran.
Katanya gadis ini boleh dipercayai.
Sudahkah kamu berdua bertemu
dengan gadis itu?
Belum. Dan kami tidak akan
bertemu dengannya.
Penglihatan Ellen Harom adalah
penipuan dari si penyesat.
Khayal itu tidak akan berlaku
di hadapanku.
Benar. Itu tidak akan berlaku,
En. Robbins!
Iman kita akan mengekang
pekerjaan Syaitan.
Dia berbicara dengan penuh kelembutan
mengenai Firman Tuhan.
Saudara Nichols,
jangan terpedaya.
Sudahkah kau berbincang dengan mereka?
Adakah mereka percaya?
Kalaulah mereka bertemu dengan Ellen,
Aku yakin yang mereka akan
menjadi yakin dengan kebenaran Tuhan.
Jemputlah mereka ke sini.
- Sargent dan Robbins?
- Bukan, Ellen.
Dia berjalan bersama
kakaknya, Sarah.
Jemputlah Cik Harmon ke sini.
Tapi apakah yang akan dikatakan
oleh Robbins dan Sargent nanti?
Kita harus berikan peluang kepada
teman-teman kita untuk mendengarkan dia.
Dia pasti akan memberikan pengharapan
kepada hati mereka.
Ya.
Jika mesej Ellen itu berasal dari Tuhan...
..tentangan dari Sargent atau Robbins
tidak akan dapat menghalangnya.
Terima kasih kerana sudi bersama
aku hari ini, Sarah.
Aku gembira bersama dengan mu, adikku.
Ramai yang teruja untuk mendengarkanmu.
Aku rela untuk diam di rumah dan
tidak melakukan ini semua.
Tapi lihatlah, engkau menjadi
semakin kuat.
Engkau sendiri yang mengakuinya.
Benar.
Tapi aku tidak mahu menyusahkan
lagi keluarga kita.
Ellen, tidakkah kau sedar akan mesej yang
Tuhan sudah berikan kepadamu
telah menguatkan hati dan rohani kami?
(PERBUALAN)
Sudahkah engkau bertemu
dengan Harmon?
Saudara White, sudahkan kau bertemu
dengan Harmon?
Aku sudah minum.
Terima kasih kerana bertanya.
Silakan, berbuallah dengan mereka
sebelum lidahmu kelu
berkata-kata.
Gembira bertemu denganmu lagi,
Cik Harmon.
Namaku James White
Aku adalah pendeta
Christian Connection
Aku penah bertemu dengan ayahmu.
Kami pernah memberikan
risalah bersama...
Gembira bertemu denganmu, En. White.
Aku telah mendengar banyak perkara
mengenai pelayananmu.
Aku pernah mendengarnya sebelum ini
tapi aku masih merasa terkejut.
Bolehkah aku tahu berapakah umurmu,
Cik Harmon?
18 tahun pada hari jadi ku nanti.
Engkau pula, berapakah umur mu?
Umurku 23 tahun.
Dan engkau adalah pengerja Tuhan?
Benar.
Aku berhenti mengajar untuk
menyebarkan Firman Tuhan.
Hmm.
Selamat datang. Selamat datang.
Terima kasih kerana sudi datang.
Terima kasih kerana mengundang kami.
Pastinya gadis yang rendah hati, dan lemah
lembut ini bukanlah anak Sayitan.
En. Sargent, En. Robbins,
kejutan yang mengembirakan.
Kami perlukan pertolonganmu
dan kami mahu bermalam
bersama keluargamu malam ini.
Aku berdoa agar kamu boleh
bertemu dengan Ellen Harmon,
dan Tuhan sudah menjawab doaku.
- Ayuh, masuk.
- Harmon akan gadis itu?
..ada di sini?
Dia tiba beberapa hari yang lalu
untuk berbicara.
Uh, En. Robbins, um...
..kita terlupa untuk...melawat
teman mu yang sedang sakit.
Oh, uh, benar!
Aku ada seorang teman dan dia sedang sakit.
Kami telah berjanji untuk melawat dia.
Kamu tidak dapat masuk sebentar untuk
memperkenalkan diri?
- Tidak boleh.
- Tidak. Mohon dimaafkan.
Kalau begitu, aku akan menjemput
Cik Harmon untuk berbakti bersama.
Ahad ini. Kami akan bawa mereka
ke Boston untuk bertemu dengan kamu.
- Kami tidak akan izinkan...
- Uh, uh...
Ya, sudah tentu! Rancangan yang bagus.
(KETAWA KECIL)
Ya, ya. Jemputlah Cik Harmon ke Boston.
Kami akan bertemu dengannya
hari Ahad ini!
Semoga Tuhan beserta kamu, saudaraku.
Kita...doakan kesembuhan
untuk teman kamu itu.
(SUARA):
Akulah utusan Tuhan...
Pergilah ke Randolph...
Ikutlah terang itu.
Selamat pagi, Ellen.
Adakah engkau tidur nyenyak
malam tadi?
Aku.. Sebenarnya...
Apa yang berlaku? Katakanlah
kepada kami.
Kami sangat berterima kasih
atas layanan yang diberikan.
Aku tahu yang kamu benar-benar ingin
ke Boston.
Tapi aku telah diarahkan untuk
ke Randolph.
Kenapa...tidak ada apa-apa
di Randolph untukmu,
kecuali kau inginkan
kasut kulit yang baharu.
Engkau perlukan kasut baharu?
Aku inginkan kasut baharu.
Tuhan telah mengarahkan aku
dalam penglihatanku.
Kita harus ke rumah keluarga Thayer
di Randolph.
Apakah tujuannya? Katakanlah, Ellen.
Kami tidak mengerti.
Aku juga tidak mengerti.
Aku hanya mendapat terang
yang cukup untuk melihat arah tujuanku,
dan arah tujuan itu ialah Randolph.
Tuhan sudah berjanji untuk menyatakan
kepadaku tujuanNya apabila aku tiba di sana.
Kenapa? Keluarga Nichols!
Apa hajat kamu ke Randolph?
- Firman Tuhan
- Oh!
Ellen Harmon dan kakaknya, Sarah, dari
Maine, ada bersama kami.
Aku... Sebenarnya...
Kami...
Tidak tahu apa yang perlu kukatakan?
"Selamat datang" adalah
permulaan yang bagus.
Oh...
SARGENT: Saudaraku, Tuhan Yesus
sudah memberikan amaran,
"Berjaga-jagalah terhadap nabi-nabi
palsu yang akan datang seperti domba,
"tapi sebenarnya adalah sarigala,"
Saudaraku, Otis Nichols dan isterinya,
Mary, datang bersama tetamu.
Ellen Harmon dan kakaknya,
Sarah.
Bukankah kau katakan yang mereka
ingin berjumpa kita di Boston?
Nampaknya mereka memang tidak
mahu berjumpa dengan kita.
Baiklah, uh, saudaraku,
seperti yang ku katakan tadi,
Tuhan menyentuh hatiku, bahawa kita harus
saling menguatkan.
Kita akan menyambung firman Tuhan
selepas makan tengah hari.
EN. THAYER: Sebelum kamu tiba,
Mereka asyik berbicara
mengenai Cik Harmon.
Mereka katakan bahawa penglihatannya
berasal dari Syaitan.
Biarkan Ellen Harmon sendiri
buktikan siapakah dia.
Sungguh mengelirukan. Aku tidak
tahu kepada siapa harus ku percaya.
En. Sargent berkata, Ellen tidak akan
mendapat penglihatan jika dia berada disini
kerana dia orang benar.
Dan En. Sargent katakan kepadaku
beberapa hari yang lalu
untuk membawa Ellen untuk bertemu
dia dan En. Robbins di Boston hari ini.
Jadi mengapakah kau datang
ke Randolph?
Ellen menerima arahan
dari Tuhan malam tadi.
Oh...
♪ O, when shall I see Jesus
♪ And reign with Him above
♪ And shall hear the trumpet
sound in that morning?
♪ And from the flowing fountain
drink everlasting love
♪ And shall hear the trumpet
sound in that morning?
♪ O, shout, glory!
♪ For I shall mount
above the skies... ♪
Kemuliaan...
(LAGU BERKURANGAN)
ELLEN: Kemuliaan.
Adakah dia...?
Kemuliaan.
Ayuh teruskan menyanyi!
♪ O, shout glory! For I shall... ♪
Jauhi dia!
Ayuh membaca firman Tuhan!
"Janganlah...ada tuhan lain dihadapanku.
"Jangan membuat patung bagimu,
"atau apapun yang menyerupai
apapun yang di langit,
"atau pun yang didalam bumi,
"atau yang di dalam air dibawah bumi.
"Jangan menyembah kepadanya kerana Aku,
Tuhan..."
- Oh, diam, bodoh!
- Kamu sedang menyembah berhala!
Tidakkah kamu sedar?
Kamu sedang menyembah patung anak lembu emas!
Kata orang, penglihatan dari Syaitan
boleh dihentikan dengan meletakkan
Alkitab pada orang itu...
Ini dia. Letakkan ke atas dia.
Tidak. Tidak.
Baiklah. Biar aku yang lakukan.
Inilah kesaksian tentang Tuhan yang
telah diilhamkan.
"Aku yang meratap telah Kauubah
menjadi orang yang menari-nari."
"kain kabungku telah Kaubuka,
pinggangku Kauikat dengan sukacita,"
Oh!
"Ada jalan yang disangka orang lurus,
"tapi hujungnya menuju maut."
Dia membacakan ayat yang ada
di bawah jarinya.
(BERBISIK DENGAN TERUJA)
Halleluyah.
Aku tidak mengerti apa yang dituliskan
dalam surat-surat ini.
Izinkan aku membacanya untuk mu,
sayang.
"Saudara Miller,
"walaupun engkau tidak mengenaliku,
aku tetap ingin menuliskan surat ini
"Aku percaya bahawa Tuhan
sudah memanggilmu
"untuk memberitakan kedatangan
Tuhan pada tahun 1844,
"dan pastinya itulah yang akan terjadi.
"Dan jika masa itu tidak disebutkan,
"gereja dan dunia ini tidak akan
pernah berjaga-jaga.
"Aku sertakan bersama sebahagian
dari penglihatan Ellen Harmon, dari Portland.
"Aku yakin bahawa penglihatannya
berasal dari Syurga.
"Cik Harmon tinggal di rumahku
sejak lapan bulan yang lalu.
"Roh Tuhan bersama dengan dia
dengan giatnya
"Aku memohon agar engkau dapat
bersikap terbuka
"sehinggalah kau membaca dan
membandingkan nya dengan Alkitab dan kebenaran.
"Yang benar, menantikan kedatangan
Tuhan, Otis Nichols."
Hmm.
Nampaknya Saudara Nichols
benar-benar ikhlas.
Tapi itu semua pasti tidak benar.
Alkitab mengatakan, pada
akhir zaman nanti,
ada yang akan mendapat
penglihatan dari Tuhan.
Apa yang aku pasti adalah, tidak lama
lagi kita akan bertemu dengan Juruselamat.
PRUDENCE:
Engkau menerima surat lagi?
Fanatik di luar sana berkata mengenai
perkara yang tidak masuk akal.
Maksudmu, Ellen Harmon?
Aku tahu dia adalah
orang yang jujur dan setia.
Tapi aku risau mengenai
penglihatannya.
Ada yang berkata penglihatannya yang
terpanjang mencecah empat jam lamanya.
Penglihatan?
Bagiku penjelasan yang tepat adalah
kerana dia tidak sihat.
Mahukah kau bertemu dengan dia?
Dia semakin kerap dijemput
untuk berbicara.
Kami pasti akan bertembung nanti.
Joseph, kita sudah kehabisan
tepung untuk membuat roti.
Berapa banyak yang kau perlukan?
Sekurang-kurangnya dua cawan.
Engkau keluar untuk mencari
Yesus lagi, En. Bates?
- (LELAKI KETAWA)
- Rasanya Dia ke sana tadi.
Bukan, mugkin Dia ke sana...
(LELAKI TERUS KETAWA)
Apa yang kau perlukan,
Joseph?
Sedikit tepung.
Berapa banyak tepung untuk wang ini?
Inikah makan malam kita?
Ini sahaja yang ada.
Masih adakah jem atau
mentega epal?
Tidak ada jika tidak dibeli
sementara kau keluar tadi.
Prudy...
Aku telah gunakan wang terakhir yang
aku ada untuk membeli tepung itu tadi.
Kita sudah kehilangan ladang untuk
membiayai pergerekan Miller.
Kemudian kita dihina oleh teman-teman
dan keluarga kita.
Anak kita lari ke lautan.
Sekarang ini semua wang kita sudah habis?
Bagaimanakah kita akan menghadapi
situasi ini?
Kita harus berdoa. Tuhan
akan menyediakan.
Joseph, tolonglah...
..benarkah kau tidak ada apa-apa lagi?
Mungkin lebih baik aku mati.
Itukah doa yang harus ku layangkan?
Adakah surat untukku,
En. Drew?
Oh, ya, En. Bates.
Ya, memang ada.
Uh, semuanya lima sen.
Aku...
..Aku tidak ada wang.
Bayar kemudian apabila engkau
ada wang nanti.
Itu tidak baik.
Selama ini aku tidak
pernah berhutang.
Jospeh, aku percaya yang kau
akan bayar hutangmu itu.
Matthew, boleh kah...
tolong bukakan surat ini...
..Aku fikir itu lebih baik.
(KETAWA KECIL)
"Aku kirimkan ini kepadamu
dalam nama Tuhan..."
Apabila barang-barang ini tiba
di rumah nanti,
pasti isteriku bingung,
tapi usah pedulikan kata-katanya.
Tentu sekali, Kapten Bates.
Prudy!
(KETAWA)
- Joseph, ini satu mukjizat
- Benar.
LELAKI: Aku mengistiharkan kamu,
suami dan isteri.
Mr. dan Mrs. James White.
Tahniah.
Terima kasih.
Ellen White. Sangat bagus
nama itu kan?
Betul. Sangat bagus.
Nama itu sangat sesuai untuk mu...
Pn. White.
(KETAWA KECIL)
Apa yang berlaku?
Aku selalu mengharapkan
perkahwinan di gereja.
Tapi sekarang ini kita tidak
ada gereja sendiri.
Tulisan Saudara Bates ini
menyentuh hatiku.
Benar. Pendiriannya selari
dengan Alkitab.
Kajiannya mengenai Sabat telah
menjumpai permulaan Sabat
dan kemudian mengingatkan bahawa
Sabat adalah hukum yang penting.
Jika gereja awal memelihara
Sabat, hari ketujuh,
Maka kita juga harus mengikuti mereka.
JOSEPH: Jelas bahawa, pada akhir
zaman, sebelum kedatangan Yesus,
Pemeliharaan Hukum akan menjadi
satu isu yang besar.
Yohanes, dalam Buku Wahyu, fasal 12,
ayat 17, menyatakan kelompok orang,
"yang memelihara Hukum Tuhan dan
memiliki kesaksian Yesus.
Pada akhir zaman nanti, orang-orang
ini akan menjadi sasaran Syaitan.
Kemudian fasal 14, ayat 6
hingga 11,
Yohanes menyatakan
amaran terakhir dari Tuhan
untuk disampaikan kepada dunia sebelum
kedatangan Yesus,
yang dilambangkan dengan
perkhabaran tiga malaikat.
Ayat 12 menyatakan mengenai mereka
yang akan menyampaikan khabar itu kepada dunia.
Inilah "yang menuruti perintah Allah
"dan iman kepada Yesus."
Harus ada kedua-duanya.
Yesus sendiri berkata,
"Jika kamu mengasihiku,
turutilah segala Perintah-Perintahku."
Terima kasih, dan Tuhan memberkati.
Terima kasih, En. Bates.
Kata-kata yang sangat mengangkat,
Saudara Curtis.
Kami sangat gembira engkau dapat hadir
bersama dengan suamimu, Pn. White.
Tuhan telah menunjukkan kebenaran
dalam mesej Saudara Bates
mengenai hari Sabat.
Kemuliaan bagi Tuhan.
Ellen...
EN. CURTIS:
Berikan ruang kepada Pn. White.
ELLEN: Cahaya berkelipan.
Bintang-bintang.
Seperti pasir di pantai.
SUARA:
Lihatlah kemuliaan ciptaan Tuhan.
- Bagaimana keadaannya?
- Baik.
Penglihatan itu tidak pernah
melemahkan dia.
Sebenarnya, itu menyembuhkan dia.
Apa yang dia katakan tadi, walau tidak
pernah meninggalkan New England.
Aku...Aku berlayar selama 20 tahun dan
hanya tahu setengah dari apa yang dia katakan.
Bukankah kau pengkritiknya
yang kuat.
Sehinggalah hari ini, Saudara White.
Adalah mustahil
untuk dia tahu semua yang dia katakan tadi,
jika bukan Tuhan yang perlihatkan
itu kepadanya.
Percayalah. Kini aku telah
menjadi penyokongnya yang terkuat.
BATES: Aku telah
mempelajari mengenai Sabat
bersama dengan Saudara Edson dan
Saudara Crosier di Port Gibson,
Kemudian pergi ke rumah keluarga
Curtis di Topsham dan bertemu dengan White.
Adakah kau melihat Pn. White
pengsan?
Aku salah untuk meragukan dia, Prudy.
Dia mendapat khayal di hadapanku.
Aku percaya Tuhan menggunakan dia
untuk menyatakan kebenaran yang
Dia ingin sampaikan dari Alkitab.
Aku masih ragu-ragu.
Mungkin dengan membaca tulisanku
akan membantumu untuk mengerti.
Engkau akan menulis mengenai
penglihatannya?
Benar, dan mengenai Sabat, hari ketujuh.
Miller yang bersalah.
Pernahkah kamu bertemu dengannya?
Dialah yang telah memulakan
kegilaan ini.
Ah! Sejak dahulu lagi sudah ada
orang gila.
Dan ramai lagi selepas dia.
Aku dengar yang dia sedang sakit,
hanya terperap di ladangnya.
Mungkin aku perlu beroda,
tapi mungin tidak perlu.
Mengapakah pengikut Miller
yang kecewa ini
tidak kembali ke gereja asal mereka?
Sebahagain dari mereka sudah
berbuat demikan.
Tapi ada yang tidak mahu.
Kebanyakan mereka masih percaya
bahawa Yesus akan datang pada bila-bila masa.
Aku dengar mereka masih mencari
tarikh baharu dan mencari tanda di langit.
Kasihan William. Kasihan sekali
usaha kerasnya tidak berhasil.
Sekurang-kurang dia dan Saudara Himes
berjaya memulakan pergerakan.
- Maksudku, semuanya...
- Sia-sia.
Tidak ada kepimpinan,
tidak ada gereja.
Aku terdengar tentang seorang perempuan
yang mendapat penglihatan di Maine,
dan seorang kapten yang mengadakan
kebaktian pada hari Sabtu.
Sabtu? Itu satu kumpulan yang
aku tidak akan sertai.
(SEMUA KETAWA)
(SUARA BAYI)
Bates mencetak mengenai
Sabat lagi.
Tapi dari manakah dia mendapat
wang untuk itu?
JAMES: Aku...Belum ada.
Kita perlu mencari dana untuk
membayar kosnya.
Dari mana kita akan dapat $7.50?
Hari penghakiman telah tiba.
Tahun untuk menuai...
(MUZIK YANG MENGGEMBIRAKAN
BERMAIN DIATAS DIALOG)
- Amen.
- Amen.
Amen.
ELLEN: Kita telah berusaha keras
untuk mempelajari firman Tuhan,
tetapi aku masih tidak
dapat mengerti
apa yang kamu semua bincangkan.
Aku cuma mampu melihat dari jauh.
Ellen, apabila kami buntu,
Tuhan memberikan penjelasan
melalui penglihatanmu.
Tetapi bila aku tidak mendapat
penglihatan,
Aku tidak dapat berfikir untuk
memahami Alkitab
(BAYI MENANGIS)
JAMES: Mungkin ini adalah berkat.
Mungkin Tuhan melindungimu
agar orang ramai tidak dapat
mengecam mesej kita
dengan berkata, "itu adalah
penglihatannya, bukan dari Alkitab."
(BAYI MENANGIS)
Kita sudah menghadiri
tiga pertemuan
untuk mencari kebenaran Alkitab.
Perlukah kita ke Connecticut untuk
pertemuan di rumah keluarga Beldens?
Aku fikir, adalah baik untuk kita hadir.
Tapi kita tidak ada wang untuk itu, James.
Aku akan mendapat upahku
memotong kayu pada minggu hadapan.
Aku sepatutnya mendapat $10
untuk pekerjaanku.
Bagaimana dengan anak kita, mengembara,
James. Aku tidak boleh.
Bapa kita telah memanggil kita untuk
melayani. Dia tidak akan tinggalkan atau lupakan kita.
(BAYI TERUS MENANGIS)
Satu perbincangan yang sangat
bersemangat pagi tadi.
Kita mesti terus fokus.
Kebanyakan tanda
yang Yesus berikan kepada
muridnya dalam Buku Matius
sedang digenapi di sekeliling
kita sekarang ini.
Benar. Dan kita sudah
banyak berkembang.
Empat tahun lalu, siapa yang menyangka
kita akan berbakti pada hari Sabtu?
Benar. Kesepakatan terjadi apabila
kita bersatu.
Kita memelihara Hukum bukan untuk
diselamatkan, tetapi kerana kita sudah selamat.
Benar. Yesus berkata, "Jika kamu
mengasihi aku, turutilah..."
Jika engkau mengasihiku, tunggu dahulu
hingga semua orang sudah sedia untuk makan.
(SEMUA KETAWA KECIL)
Bates. (KETAWA)
OTIS: Engkau dan Ellen selalu
mengembara untuk menyebarkan firman Tuhan
tapi kamu tidak boleh berada
di semua tempat.
Kami juga tidak mahu seperti itu.
Meninggalkan anak kami di rumah
tidak membuatkan kami senang hati.
Tuhan memberikan aku penglihatan
mengenai cara untuk menjangkau
tanpa perlu banyak mengembara.
Kita mulakan penerbitan surat khabar.
Tapi kata Saudara Bates kita harus
memberikan perhatian
kepada risalah dan buku-buku.
bukan melalui surat khabar.
Saudara Nichols, dua cara berbeza,
dengan satu tujuan.
Kami tidak bertengkar mengenai
hal ini.
Suamiku telah bersedia untuk
memulakan tulisan berkala,
kerana ada kalanya buku
hanya disimpan di rak buku.
Dari manakah wang untuk membiayainya?
Kita mulakan dengan saiz yang kecil.
Pembaca kita nanti akan membantu
kita.
Tuhan telah menunjukkan kepadaku,
dari permulaan yang kecil ini,
suatu hari nanti ia akan dapat
menjangku seluruh dunia.
ANNIE: Berapakah kosnya?
$652, Annie.
600...
Oh, Tuhan kasihilah kami.
Hiram Edson yang membayarnya?
Ya.
Tapi tulisan itu sudah
diterbitkan di "Review",
bantuan akan datang
untuk membayar pinjaman kita.
Ini satu keajaiban.
JAMES: Benar.
Dan berita mengenai keajaiban
akan tersebar dengan pantas.
Bersedilah...
..kerana pelayanan kita sudah bermula.
ELLEN: Ini harus dipanggil
"Utusan yang Menyesatkan."
Tulisan ini penuh dengan pembohongan
mengenai pekerjaan Tuhan!
Mereka meracuni banyak jiwa, James.
Penulis yang kita terbitkan dahulu,
salah mentafsir Alkitab,
menyebarkan kesalahan.
Ada lagi berita buruk.
Di Wisconsin, khemah
untuk pertemuan telah hilang.
- Kita tidak boleh izinkan ini berlaku!
- Kita tidak mampu.
Kita tidak teratur.
kita tidak ada ketua.
(BATUK)
Kita harus mengubati
paru-parumu.
Masih ada surat dari John Andrews
dan John Loughborough.
- Moga-mogahan bukan berita buruk.
- Bacakanlah.
Mereka berdua keletihan.
Saudara Andrews bekerja sepanjang
minggu untuk mencari nafkah.
Penglihatanya semakin kabur.
Suaranya hampir hilang
akibat berkhutbah pada hujung minggu.
Betapa baiknya jika itu sahaja
masalah kita.
Apa maksudmu?
Tuan tanah telah memberikan kita notis
mengenai sewa untuk tahun depan.
$14.50 sebulan.
Apa yang harus kita lakukan?
Kita boleh berpindah.
Ke Vermont?
Ada yang mencadangkan Michigan.
Kita berkemas dan berpindah ke
arah Barat?
Kita pernah ke sana sebelum ini.
Engkau sendiri berkata orang-orang
di situ baik hati.
Saudara di Battle Creek mahu
membantu dalam penerbitan.
Battle Creek.
Seperti tidak menarik.
(KETAWA KECIL)
Bukankah kau "berjuang"
sepanjang hidupmu?
Sangat sesuai untuk kau tinggal
di tempat itu.
Benarkah?
Para wanita akan menyediakan
tempat tidur,
dan meja bersama dua kerusi.
Bangunan di hujung sana ada ruangan
yang besar untuk anak-anak bermain.
Gereja kita yang pertama akan sedia
untuk digunakan tidak lama lagi.
Terima kasih, Uriah.
Engkau adalah berkat untuk kami.
Sebelum aku pergi, aku ada
meminjam wang
untuk membeli makanan.
Kami akan membayarnya nanti.
(BATUK)
Ayuh.
Tunjukkan tingkap itu kepada Ayah.
ELLEN: "Tidak ramai yang
mempedulikan Alkitab,
"Tuhan telah memberikan terang kecil
untuk memimpin semua orang
"kepada terang yang lebih besar -
Alkitab.
"Aku tidak meminta agar kamu
percaya kepada kata-kataku.
"Ketepikan Ellen White.
"Jangan gunakan tulisanku sebelum
kamu menjadi penurut Alkitab.
"Aku mengangkat Firman Tuhan
dihadapan kamu.
"Pendirian dan iman kita adalah
dari Alkitab."
JAMES: Aku mahu kau tahu,
Rumah ini telah aku wariskan kepadamu.
Aku tidak mahu dengar itu.
Hmm.
Kau tidak ada pilihan lain.
(BATUK)
Jika kau berehat, kesihatanmu akan
beransur baik.
Engkaulah pewaris rumah ini.
Jika Tuhan harus merehatkan aku,
Aku tidak ingin meninggalkan seorang
balu beranak tiga, tanpa rumah.
Tidak.
Aku percaya yang Tuhan tidak akan
mengambil engkau dari kami.
Masih banyak kerja yang kau
harus lakukan En. White.
Sekarang ini kita sudah ada lebih dari
2,000 orang yang percaya.
Ellen, aku sudah berusaha...
Tidak, engkau sudah pun berjaya.
Kita harus terus menunggu hingga
kedatangan Tuhan.
(BATUK)
Pemilikan seharusnya bukan hak individu.
Aku adalah pemilik mesin cetak, dan itu
tidak baik, Saudara Bell.
Aku yang memiliki tanah
dimana gereja kita dibina.
Atas nama siapakah ia
harus didaftarkan?
Aku fikir, tiada sesiapa yang layak.
Saudara Andrew sudah mencadangkan
agar tidak perlu untuk
menjadi gereja yang sah.
Tetapi dibawah undang-undang Michigan
kita boleh menubuhkan persatuan.
Persatuan?
Gereja yang terawal juga begitu.
Kita harus mengadakan perbincangan.
Kita adakan pertemuan
di sini, di Battle Creek.
Kita mesti mencari persetujuan,
tidak kisahlah berapa lama
masa yang diperlukan
(LELAKI BERBUAL)
(PERBUALAN BERHENTI)
Ada sesiapa mencadangkan untuk
menubuhkan persatuan penerbitan?
LELAKI: Ada. Ada. Ada.
ANDREWS: Saudara sekalian,
dibawah undang-undang Michigan,
kita tidak boleh mendaftarkan jabatan
penerbitan sehinggalah kita didaftarkan.
- (BERBISIK)
- LELAKI: Benar Saudara Andrews!
LELAKI: Aku setuju dengan
Saudara Andrews.
Saudara, mari kita terus fokus kepada apa
yang sudah kita bincangkan selama dua hari ini.
Pergerakan kita kini sudah ditubuhkan,
ia semakin berkembang, dan
bukankah sangat aneh
jika kita tidak mempunyai nama sendiri?
Kita telah dipanngil orang sebagai
pintu tertutup...
..kerana kita percaya bahawa pintu
Bilik Suci telah tertutup,
dan pintu Bilik Yang Maha Suci di
dalam Tempat Kudus di Syurga sudah dibuka.
Haruskah itu menjadi nama kita?
(BERBISIK)
Apapun nama yang kita pilih...
..ia harus boleh diterima oleh
semua orang.
Sudah dua hari kami berbincang.
Dan masih belum mendapat
keputusan?
Sudah ada perkembangan.
Tapi masih ada yang membantah.
Kita harus mendengar pendapat
semua orang, James.
(SUARA BAYI)
Baiklah, John Herbert, kami akan
mendengar pendapatmu.
Anak kita yang keempat inilah yang
paling lantang.
Entah, siapakah yang mewariskan itu?
(MENGELUH)
(PERBUALAN)
BATES: Saudara-saudara...
Bertenang.
Kita namakan persatuan kita sebagai
"The Church of God."
Sudah ada yang menggunakan nama itu.
Dan nama itu seperti
meninggi diri.
Benarkah?
(BERBISIK-BISIK)
(MEMUKUL MEJA)
Mungkin kita harus melihat
kepada dua dasar iman kita -
Hari Sabat dan
Kedatangan Yesus kedua kali.
Bagaimana jika kita dipanggil sebagai,
"Seventh-day Adventist?"
(BERBISIK DAN SETUJU)
Ada sesiapa yang mencadang?
Aku mencadangkan agar kita dipanggil
sebagai "Seventh-day Adventist."
SEMUA: Setuju!
(MUZIK YANG GEMBIRA)
Hari yang luar biasa.
Akhirnya...
(BAYI MENANGIS KERAS)
Jangkitan sudah merebak,
tidak apa yang dapat kulakukan.
Berdoa sahaja.
- (TANGISAN BERTERUSAN)
- Anak kita sangat panas.
(BAYI BATUK)
(TANGISAN)
Shhh...
ELLEN: James...
(NANGIS) Anak kita!
James...
ELLEN: 29 hari yang lalu...
..anak kami, John, telah meninggal.
Sekarang kau mengerti kesedihan Raja Daud
apabila dia kehilangan anaknya.
"Anakku...Anakku, kalau aku mati
menggantikan engkau."
Aku akan terus berpegang
kepada janji Bapa kita.
bahawa, "Allah turut bekerja dalam segala sesuatu
untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia."
Pada hari ni, Januari 12, 1861...
..bahawa Tuhan sudah berikan aku
penglihatan
bahawa lebih banyak negeri akan
menyertai South Carolina untuk menarik diri
dan peperangan yang dahsyat akan berlaku.
Aku melihat tentera yang banyak akan
datang dari Utara dan Selatan.
Aku melihat perang meletus,
aku terdengar letupan merian.
Ramai yang mati dan cedera.
Dan aku dibawa ke rumah-rumah mereka
yang sudah kehilangan saudara mereka
akibat peperangan.
Dan pemilik rumah itu...
ada dikalangan kita pada hari ini,
mereka yang akan kehilangan orang
yang tersayang.
Peperangan ini tercetus kerana
isu perhambaan
dan kerana kedegilan orang-orang
untuk melihat kepada kebenaran Tuhan.
Undang-undang yang mengarahkan kita
untuk memulangkan hamba kepada tuannya,
seharusnya jangan kita turuti.
"Oleh itu, aku, Abraham Lincoln,
Presiden Amerika Syarikat,
"dengan kuasa yang ada padaku
"yang telah diberikan oleh Konstitiusi
dan undang-undang,
"memikirkan bahawa adalah baik untuk,
"aku mengarahkan agar...
"..semua militan dari beberapa negeri
dalam Kesatuan ini,
"yang berjumlah sekitar 75,000 orang...
"..untuk menghentikan perselisihan,
"agar undang-undang dapat dijalankan."
JAMES: Peperangan itu merupakan
tragedi kepada negara kita.
JOSEPH: Benar. Alangkah baiknya jika
manusia ingin mendengarkan Tuhan.
Bagaimana dengan kesihatanmu, White?
Engkau perlukan lebih banyak rehat.
Hari ini, enam conference mengundi untuk
membentuk General Conference
dengan John Byington sebagai
presiden kita yang pertama.
Berita itu membuatkan kau
semakin sihat.
Pekerjaan Tuhan kini dapat diteruskan
tanpa halangan.
Tuhan memimpin dan kita hanya ikut Dia.
Bukankah dia sihat apabila kami keluar
beberapa hari yang lalu?
- Memang Dia sihat. Benar. Dia..
- Doktor katakan dia menghidap radang paru-paru.
Benarkah begitu?
Ibu!
Akhirnya ayah dan ibu sudah kembali.
Henry?
Henry, bolehkah kau dengarkan ibu?
Berjanjilah...ibu...
kalau aku mati...kebumikan aku disamping
adikku, John Herbert...
..agar kami akan diangkat bersama...
..sewaktu Kebangkitan nanti.
Tuhan akan berikan yang terbaik, anakku.
Aku tidak dapat menanggungnya.
Kehilangan John yang berumur tiga bulan...
Seperti kita hanya meminjamnya
dari Tuhan. Tapi ini!
Ibu...
..Kita akan bertemu nanti di Syurga,
kerana aku tahu ibu juga akan ada di sana...
(MENANGIS) Tidak, Henry!
Henry!
Henry! (MENANGIS)
(TANGISAN BERTERUSAN)
Masih menulis lagi.
Sudah berbulan-bulan engkau
asyik menulis di meja itu.
Aku lebih memahaminya apabila
aku menuliskannya.
Penglihatan mengenai kesihatan.
Bolehkah kau bacakan sedikit untukku?
Perkara yang paling penting ialah
mengenai hubungan antara
jiwa dan tubuh kita.
Ramai antara kita yang bekerja keras
dalam pelayanan Tuhan.
Aku melihat tembakau sebagai
racun yang perlahan dan membahayakan.
Tapi ada yang mengatakan tembakau boleh
menyembuhkan...
Aku hanya mengatakan apa
yang ku lihat (KETAWA KECIL)
Alkohol, teh dan kopi
haruslah dielakkan.
Ah. Teruskan.
Kita harus mengelakkan pengambilan daging,
sebaliknya kembali kepada diet
di taman Eden -
biji-bijian, sayuran,
kacang-kacangan, buah-buahan.
JAMES: Benarkah Tuhan sudah
tunjukkan itu kepadamu?
(KETAWA KECIL)
Bagaimakah kita boleh hidup
tanpa makan daging?
- Ada yang lebih teruk lagi.
- Ah.
Kek dan pie yang manis harus
dielakkan juga.
(KETAWA BERSAMA)
Penjual daging, penjual rokok
dan bar...semua mereka
akan marah dengan kita.
- Oh, tukang roti juga
- Ada lagi.
Tubuh kita perlukan air, senaman
dan udara yang segar.
Kesihatan berkait rapat dengan
kerohanian kita.
Aku telah melihat bahawa adalah satu tugas
yang suci untuk bukan hanya menjaga diri sendiri
tetapi juga untuk mengajarkan ini
kepada orang lain.
ELLEN: Edson!
Tangan.
Bapa Syurgawi,
kamu bersyukur kepadaMu atas
makanan
yang sedap ini.
Dalam namaMu, kami mengucap syukur.
Amen.
DUA ORANG: Amen.
Edson, kenapakah kau tidak makan?
Kerana dia kenyang dengan makanan
yang dia tidak boleh makan.
Willie, jangan susahkan saudaramu.
Kita jangan fikirkan mengenai
makanan yang tidak baik.
Penting untuk kamu mengerti bahawa
tubuhmu adalah kaabah Tuhan,
dan engkau harus menjaganya.
Kamu mengerti?
- Ya.
- ELLEN: Bagus.
Ayah, boleh berikan bawang?
(JATUH)
ELLEN: James. James!
- James!
- Ayah!
Anakku, panggil doktor. James!
James...
Hey, hey. Aku ada di sini.
Aku ada di sini.
James, pandang aku.
Suamimu diserang strok lagi.
- Dia sudah bertambah sihat...
- (JAMES CUBA BERCAKAP)
Jangan cuba bercakap.
Engkau menghidap lumpuh muka.
Ini perkara biasa selepas kejadian
seperti ini.
Apakah yang harus kami lakukan?
Rehat adalah perkara yang paling penting.
Rehat yang banyak.
Selain itu, aku mencadangkan
membuang darah.
Membuang darah? Aku
fikir itu bukan pilihan yang baik.
Aku akan memberikan arahan kepada
tukang gunting rambut di Main Street.
Dia ada peralatan untuk pembedehan ini.
Mengurangkan darah dikenali sebagai
cara yang paling berkesan selepas strok.
Kita perlu pertimbangkan cara ini
apabila James cukup sihat untuk dibedah.
Engkau bukan seorang doktor, Pn. White.
Aku akan kembali lagi pagi besok.
Strok sebenarnya sangat bahaya.
Engkau bernasib baik En. White.
ELLEN: Terima kasih. Anakku, tunjukkan
jalan keluar kepada doktor ini.
Dua orang dari anak kita sudah
meninggal, En. White.
Engkau tidak akan kemana-mana.
Tuhan sedang menggunakan engkau
untuk dijadikan sebagai bukti
Dia akan menyatakan cara terbaik
untuk menyembuhkan mu.
(MUZIK DIATAS DIALOG BERMAIN)
Hari ini kita merasmikan
"Western Health Reform Institute."
Inispirasi kita untuk projek ini
ialah atas perkembangan kesihatan
saudara James yang kita kasihi.
Pn. White menggunakan kaedah yang
telah diperlihatkan Tuhan kepadanya,
ternyata, kita masih
ada banyak tugasan.
Ke depan, penjagaan kesihatan akan
menjadi perkara asas untuk gereja kita.
Aku telah melihat bahawa rehat sahaja
tidak mendatangkan kesembuhan.
Kita perlukan juga senaman, diet dan iman
kepada Tuhan.
Ramai antara kamu yang sudah mengerti
mengenai kepentingan air,
dan mengambil buah-buahan, bijian,
kacang-kacangan dan sayur-sayuran.
Pemakanan kita adalah sangat penting.
Kaedah ini bukan hanya untuk mengubati
tetapi juga untuk mencegah.
Semoga Tuhan memberkati penurutan kita,
dan terus memberikan kekuatan untuk
terus melayaniNya
dalam menyebarkan mesej mengenai
KedatanganNya yang kedua kali ke dunia.
(TEPUKAN)
(TEPUKAN)
Ini Bourdeau.
B-O-U-R-D-E-A-U.
Loughborough dan
Bourdeau telah pergi ke Calfornia,
tapi dimakan yang lain yang berkata,
"Tuhan, ini aku, kirimlah aku"?
Kita tidak boleh melupakan semua
orang yang memerlukan.
Pendidikan dan penyembuhan harus
bergerak bersama.
Tidak baik jika tubuh disembuhkan
namun fikiran tidak diisi.
Yesus meluangkan lebih banyak masa
menyembuhkan, berbanding berkhutbah.
Itu benar.
Kita perlukan lebih ramai pekerja.
(MENGELUH) Benar.
Kita perlu melatih lebih ramai anak muda
untuk melayani.
Anak-anak muda kita mula bekerja
selepas kelas Grammar.
Adalah perlu untuk memberikan
mereka pendidikan yang lebih baik.
Bolehkah kamu berdua membantuku
menyusun kayu ini?
Terima kasih.
Aku Bell. Goodloe Bell.
Bagaimanakah engkau boleh menjadi
tukang potong kayu?
- Ini bukan pekerjaanku...
- States. Namanya George States.
Aku Edson White.
Memotong kayu bagus untuk
kesihatan ku.
Isteriku baru meninggal tahun lepas.
Dan aku mula tidak
menghiraukan kesihatanku.
Takziah.
Tapi...bagaimanakah memotong kayu
boleh membantu?
Aku belajar untuk menggunakan tubuhku,
dan tidak bergantung kepada ubat-ubatan.
Dan sekarang ini engkau sedang bersenam?
Minda yang tajam sama pentingnya
dengan kapak yang tajam.
Apakah pekerjaanmu sebelum engkau
mula memotong kayu?
Aku pernah menjadi guru dalam tempoh
masa yang lama.
Kemudian sebagai pemeriksa sekolah.
Aku bertemu dengan seorang lelaki di
"Health Institute" minggu ini.
- Mm.
- Namanya Goodloe Bell.
- Aku fikir aku pernah bertemu dengannya
- Ya.
Dia datang dalam keadaan yang tidak sihat.
Sekarang ini dia lebih suka memotong kayu.
Mm, benar - bersenam dan berada di luar
adalah baik untuk kesihatan.
Selepas kami berbicara dengan dia, Aku
dan George terfikir mengenai sesuatu...
ELLEN: Mm-hm?
Memotong kayu?
Bukan, Willie - mengenai pergi ke sekolah.
ELLEN: "Mengajar adalah satu pekerjaan
yang tepat untuk semua orang
"untuk mendidik minda orang-orang muda.
"Kita harus mendidik orang muda
dengan cermat -
"ada pelbagai cara untuk mengajar
"untuk menjemput kuasa Tuhan
ke dalam fikiran anak-anak."
John Harvey Kellogg.
William K. Kellog.
George States.
Edson White.
William White.
SUARA:
Dunia ini adalah rumahmu.
(MUZIK YANG MENGANGKAT)
Sudah dua tahun berlalu
sejak Joseph Bates direhatkan oleh Tuhan...
..dan sudah 30 tahun sejak Tuhan
memanggil para pelopor ini.
Dalam penglihatan ku yang terkini,
malaikat berkata kepadaku,
"Engkau terlalu memikirkan mengenai
ajaran yang engkau tidak mengerti pada saat ini."
"Dunia ini adalah rumahmu."
Kita telah membelanjakan sumber yang banyak
ke dalam penerbitan "Signs of the Times."
LELAKI: Apakah rancangan kita
untuk "Pacific Press"?
Kita sudah mengirim Saudara Loughborough
dan Bourdeau ke California -
dengan bersusah payah -
hanya untuk menjangkau
ke seberang lautan?
- (BERBISIK)
- Kita tidak ada wang.
(ORANG BERBISIK BERTERUSAN)
Kita gunakan sahaja semua sumber
yang kita ada di sini - di "rumah" kita.
"Dunia ini adalah rumahmu."
Kita harus keluar agar
semua orang berpeluang
untuk menerima kebenaran.
Mesej yang kita pikul ini adalah
untuk seluruh dunia.
Mesej ini akan sangat berkuasa hingga
ke Oregon,
Eropah, Australia, ke kepulauan
di tengah lautan,
kepada semua negara, bahasa dan
bangsa.
(BERBISIK)
Bertenang!
ANDREW:
Tugas ini tidak dapat dipertikaikan.
Jiwa yang tersesat harus diselamatkan.
Saudara Andrews, aku mencadangkan
agar kita bincangkan isu ini
ketika general conference Ogos ini.
Kita harus mengundi mengenai penjangkauan
ke luar negara.
Kita semua pasti akan terkesan dengan
usaha ini.
Mereka mengirim Saudara Andrews
ke Switzerland!
(GEMBIRA DAN BERTEPUK TANGAN)
(MENGHELA NAFAS)
Mengembara merentas lautan -
Saudara Bates mesti sukakan ini.
Benar.
Kita yakin bahawa Tuhanlah yang
memimpin kita.
JAMES: Jaga diri,
Saudara Andrews.
Kami sekeluarga akan terus mendoakanmu.
Hati-hati
Selamat jalan.
Dia akan menyebarkan khabar baik mengenai
Kedatangan Kristius yang tidak lama lagi di Eropah.
Lebih dari itu,
kita harus beritakan kepada dunia.
ELLEN: "Tidak ada yang harus kita takutkan
di masa akan datang
"kecuali kalau kita melupakan
bagaimana Tuhan sudah memimpin kita,
"dan pengajaranNya sepanjang
sejarah kita.
(MUZIK YANG MENGGEMBIRAKAN)
("ANGKAT NAFIRI" BERMAIN)