(MUZIK YANG MENGANGKAT) BUDAK LELAKI: (BERTERIAK) Bacalah mengenainya! Bacalah mengenai Kedatangan Kristus! Bacalah mengenainya! Aku teringin sekali melihat pemandangan di atas awan-awan itu. PEREMPUAN: Tidak lama lagi. Semua kita. BUDAK LELAKI: (BERTERIAK) Bacalah mengenai kedatangan Kristus! Dapatkan surat khabar! Bacalah mengenainya! LELAKI: Aku mahu satu. Adakah orang ramai tertarik dengan khabar kedatangan Tuhan? Semua orang ingin mendengar mengenai akhir zaman. (ORANG RAMAI BERBUAL-BUAL) (BUNYI DUIT SYILING) BUDAK LELAKI: Bacalah mengenainya! Bacalah mengenai kedatangan Kristus! (MERIAM MENEMBAK DAN LETUPAN BERGEMA) LELAKI: (BERTERIAK) Kapten Miller, Tuan?! LELAKI: (BERTERIAK) Tidak! Sudah habis! (LETUPAN DAN TERIAKAN BERTERUSAN) LELAKI: Kapten, kita sudah kehabisan peluru! Kapten?! Kapten?! Kapten Miller?! (MENGHELA NAFAS) (BERNAFAS KENCANG) (MENGHELA NAFAS) (BACA) "Bagaimana mungkin seorang Tuhan yang sangat baik, "Yang sangat mempedulikan anak-anak yang dikasihiNya, "Namun masih mengizinkan berlakunya kejahatan? "Tuhan telah datang untuk membebaskan bangsa yang ditawan - "Dia mengunjungi bumi namun tidak mengubah keadaannya." (KHINZIR MENDENGUS) Anak-anak mencari engkau. Mahukah engkau bawakan roti bersama mentega dan keju ini kepada mereka? Sudah tentu, sayangku. (MENGELUH) Dan apakah yang engkau fikirkan hari ini, En. Miller? Voltaire. Voltaire percaya bahawa ada satu kuasa yang lebih besar. Tetapi dia tidak percaya yang Tuhan pedulikan kita. Aku...terselamat dari pertempuran di Plattsburgh, Lucy dan... ...Aku perlu tahu kenapa. Maknanya tulisan Voltaire tidak memberikan jawaban? (PERBUALAN YANG TIDAK JELAS) Tuhan turun hingga ke medan peperangan untuk...campur tangan dalam hidup manusia? Ini tidak masuk akal, William Ini tidak logik. Kalaulah kamu semua melihat peluru dan darah pada hari itu, kamu semua akan tahu bahawa penjelasan untuk kemenangan kami adalah kerana campur tangan Tuhan. Jadi, bagaimana dengan orang lain yang mati di sekelilingmu? Adakah tangan Tuhan juga yang telah membunuh mereka? Aku tidak ada jawabannya, Abner. Apa yang aku tahu ialah, sepatutnya aku sudah mati. Mungkin jawabannya ada di dalam Alkitab. En. Miller. Alkitab hanyalah cerita dongeng purba. Engkau tidak ada bukit mengenai kebenarannya. WILLIAM: Engkau juga tidak ada bukti yang dapat menentangnya. Kedua pendapat memerlukan lonjakan iman. Tentu kedua pendepat ini perlu dipertimbangkan. Maksudmu, tulisan purba itu menjadi panduanmu dalam segala perkara? Mungkin jawaban yang ku cari ada di sana. Baiklah, aku akan katakan apakah yang aku cari. Minum lagi. William... Hello. Kita perlukan petugas untuk kebaktian hari ini... (PERBUALAN YANG TIDAK JELAS BERTERUSAN) (ORGAN GEREJA DIMAINKAN) Abner jatuh sakit. -Oh. -Oleh itu, mereka... Mereka meminta agar aku membacakan khutbah. Apakah katamu...? Inilah akibatnya bercakap didepan Mother. Aku katakan kepadanya, aku akan membacakannya apabila Elihu tidak hadir. Mungkin dia telah katakan itu kepada elder. "Benar, semua arahan dari ibu bapa, Jika tidak dilakukan bersama perbuatan, "bukan hanya akan mendedahkan apa yang difikirkan, "bahkan para ibu bapa..." "Masih ramai yang keras hatinya, "lalai untuk mengajarkan mengenai Tuhan sang pencipta dan Yesus yang sudah menebus. (LELAKI BATUK) "Jangan disesatkan, ibu bapa yang kukasihi. "Jika kamu ingin melatih anak-anak kamu ke jalan yang harus mereka tempuhi, "kamu jangan hanya memberikan arahan, "sebaliknya perbuatan kamu juga harus se... "..se.. "...perbuatan kamu juga harus selaras dengan panggilan Tuhan keatas hati kamu." (ORANG BERBISIK) (BACA) "Kerana begitu besar kasih Tuhan keatas dunia ini, "sehingga Dia telah memberikan AnakkNya yang tunggal, "supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, "melainkan beroleh hidup yang kekal." "Aku mengasihi engkau dengan kasih yang kekal, "sebab itu Aku melanjutkan..." "Akulah Tuhan, Allahmu, Juruselamatmu..." "Demikian pula Kristus hanya satu kali saja mengorbankan diri-Nya untuk menanggung dosa banyak orang, "sesudah itu Ia akan menyatakan diri-Nya sekali lagi..." "Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali." Anakku... Apa yang terjadi? Anak burung ini telah mati. Oh... Anakku yang manis. Bersabarlah. Semuanya akan baik-baik saja. Tidak. Tidak begitu. Ayuh. Kita rehatkan anak burung ini. Ayah... ..aku tidak mahu mati. Oh, anakku yang kuhasihi. Mmm. Hidupmu masih panjang. Tapi... ..satu hari nanti kita semua pasti akan direhatkan juga. Tidakkah ayah takut akan hal itu? Tidak. Tidak lagi. Kerana sekarang Yesus ialah sahabat ayah. Ogos 16, 1818. "Setelah mengkaji selama dua tahun, "aku berpuas hati bahawa banyak nubuatan dari Alkitab "sudah digenapi. "dan itu membuat aku tertanya-tanya, "mengapa janji Kedatangan Kedua kali masih belum digenapi?" LUCY: Kembali kepada penglihatan Daniel, bukan? Baiklah, katakanlah, agar seluruh keluarga dapat mendengarnya. "Kemudian kudengar seorang kudus berbicara... .."Sampai berapa lama berlaku penglihatan ini "tempat kudus yang diserahkan dan bala tentara yang diinjak-injak?" "Maka ia menjawab, "Sampai lewat dua ribu tiga ratus petang dan pagi - "lalu tempat kudus itu akan dipulihkan dalam keadaan yang wajar." Hmm, pastinya itu masa yang lama untuk ditunggu pada zaman Daniel. Aku fikir lebih dari itu. Tempat kudus itu merujuk kepada bumi... ..dan... Tempat kudus merujuk kepada bumi dan pengudusan pastinya..pengudusan bumi ini setelah kedatangan Kristus Kedua Kali. Jika setiap hari melambangkan satu tahun... William, apakah yang kau temui? Yesus akan datang. KemunculanNya yang agung, sudah tentu. Satu hari nanti. Pengharapan kita semua. Lucy, Engkau tidak mengerti. Jika... ..setiap hari dalam Daniel adalah satu tahun, dan...maka 2,300 hari adalah 2,300 tahun hingga kedatangan Kristus kedua kali, dan kiraan waktu itu bermula pada 457 BC, seperti yang ditunjukkan oleh Daniel 9, dan disahkan oleh sejarahwan, itu akan membawa kita ke... ..1843. Kristus akan datang. Juruselamatku dari Plattsburgh akan datang. 1843. (JAM BERBUNYI) (JAM BERDETIK) William? William, sayang? - (MENGERANG) - Ayuh tidur di bilik. (MENGELUH) Alkitab ada jawaban kepada waktunya kedatangan Juruselamat kita. Firman Tuhan sudah bertahan berabad lamanya. Alkitab ini pasti masih ada di sini pagi besok. Percayakah engkau dengan apa yang Tuhan sudah tunjukkan kepada kita? Sudah tentu. Mulai hari ini aku tidak akan meragukan lagi firman Tuhan. "FirmanMu pelita bagi kakiku "dan terang bagi jalanku." (KUDA MERENGIK DAN MENDENGUS) LELAKI: Hanya... LUCY: Apakah yang mereka temui? Aku tidak pasti. Apapun itu, ia pasti tidak akan dapat dialihkan. LUCY: Mm. Tanah itu sama degilnya seperti tuan tanah Lucy... Aku sudah jelaskan pendirianku. Gereja Baptist, Methodist, Presbyterians, Mereka semua percaya yang Kristus akan datang pada penghujung millennium seperti kata Wahyu. Seperti...kita boleh menikmati seribu tahun yang aman tanpa Tuhan! (BERNAFAS) Kalaulah ada pelajaran yang sudah ku pelajari setelah belajar Alkitab sekian lama, pelajaran itu ialah, Kristus akan datang untuk menguduskan bumi pada permulaan seribu tahun, bukan pada penghujungnya. Penemuan ini harus dikongsikan kepada orang lain. Engkau harus kongsikan ini, William. Aku bukan ahli teologi. Aku tidak pernah diminta untuk menjadi penjaga. Benarkah begitu? (MENGELUH) Lucy... ..Aku adalah seorang petani yang budiman. Tidak lama lagi aku akan berumur 50 tahun. Aku terlalu tua untuk menyahut cabaran ini. Jadi "Bagaimana orang dapat memanggil Tuhan jika mereka tidak percaya?" "Dan bagaimana orang boleh percaya jika tidak pernah mendengarkan?" "Dan bagaimana orang dapat mendengar jika tiada pengkhutbah?" Aku akan berjanji kepada Tuhan. Aku akan ajarkan jika ada yang minta. Baiklah, itu pilihanmu. Adakah engkau ini batu, ataupun alat bajak? Dan berapa lama lagi harus kau tunggu hingga ada yang mahu mendengarkanmu? (KETUKAN DI PINTU) LUCY: Silakan masuk. - Irving. - Mak cik Lucy. Apa yang membawa kau ke sini? Uh, pendeta di Gereja Baptist kita telah diberhentikan. Oleh itu, Mother dan Father berharap agar pak cik boleh berkhutbah menggantikan pendeta. Mereka harap pak cik boleh kongsikan mengenai nubuatan yang pak cik sudah pelajari dari Alkitab. WILLIAM: Aku bukan ahli teologi, dan tidak ada sesiapa yang meminta aku untuk menjadi penjaga. LUCY: Adakah engkau ini batu atau alat pembajak? Dan berapa lama harus engkau tunggu... WILLIAM: Aku ingin membuat perjanjian dengan Tuhan. Aku akan kongsikan jika ada yang minta. Tidak! Tuhan! Tidak! Aku tidak boleh berkhutbah! Aku tidak layak dan aku bukan penjaga. Aku merayu, janganlah letakkan beban ini di atas bahuku! Kirimlah orang lain! (MENANGIS) Tapi aku sudah berjanji kepadaMu. Bagaimana mungkin aku menolaknya sekarang? Mana mungkin aku dapat menyangkal Tuhan yang benar-benar telah mengampuniku - yang telah menyelamatkan aku? (MENGELUH) Tidak mungkin. Seperti yang kita ketahui, ada banyak bukti dari penglihatan Daniel bahawa pengudusan Tempat Kudus ialah simbolik kepada kedatangan Kristus untuk menguduskan bumi ini, yang telah kita rosakkan dengan peperangan dan dosa. Namun buktinya sangat kuat bahawa penglihatan Daniel bermula pada 457 BC. Sekarang ini... ..ambillah 457 dari 2,300 dan kamu akan mendapat 1,843 AD, ketika itulah penglihatan itu akan digenapi. Oleh itu, kesimpulannya, sekitar tahun 1843, Juruselamat kita, Yesus Kristus, akan datang untuk membawa kita pulang. (BERBISIK-BISIK) Aku fikir ipar mu ini sudah gila. Sahabat-sahabat dan saudaraku yang kukasihi, Adakah kamu sudah semua bersedia untuk peristiwa yang penting ini? Adakah kamu semua sudah bersedia menyambut Yesus? Di sini... ..sangat kuat buktinya di sini bahawa waktunya sudah hampir tiba. Ingatkah lagi kamu akan dunia yang lama? Mereka fikir bahawa Nuh itu orang gila, tapi ternyata air bah benar-benar datang. Berjaga-jagalah - pergilah ke bahtera, berlindunglah dalam janji Yesus Kristus yang indah, yang berkata, "Aku akan datang lagi." ..dan apa yang kukatakan hari ini, Aku berharap agar kita boleh memanggil sesama kita, saudara. Kerana Yesuslah sahabat kita. (MUZIK BERMAIN DIATAS DIALOG) LUCY: Benarkah kau harus keluar lagi besok? Benar. Ke Exeter. Hmm. Bilakah kau akan kembali? (MENGELUH) Aku akan siapkan keperluanmu, tapi jangan lupa untuk rehat dan jagalah dirimu. Aku pasti akan lakukan itu. Adakah...aku mengecewakan mu? Tentu sekali tidak. Engkau sedang menjawab panggilanmu. Adakalanya...aku mengharapkan ini tidak terjadi. Tidak lama lagi Juruselamat kita akan datang. Bayangkan suasana Syurga nanti. Maksud sebenar nubuatan 70 minggu - bahawa satu hari bersamaan dengan satu tahun - dan kebanyakan pengkaji Kristian juga bersetuju dengan pandangan ini, termasuklah ahli fizik yang terkenal Sir Isaac Newton, maka kesimpulannya sungguh tidak dapat dielakkan lagi. Bahawa penglihatan 2,300 tahun Daniel akan digenapi pada tahun 1843. Tidak. Kita...kita tidak boleh melayani dua tuan. (BERBISIK-BISIK) Kita ti... ..kita tidak boleh mencintai dunia yang penuh kejahatan ini dan melayani Tuhan dalam masa yang sama. Mungkin kita berbangga sebagai orang benar - Aku juga seperti itu... (TAPAK KAKI SEMAKIN MENJAUH) ..kita akan sedar nanti... ..bahawa kita ini hanyalah orang yang malang, miskin dan buta. (SUARA SUNGUTAN) (BUNYI LOCENG) LELAKI: Oh, Saudara Miller? Saudara Miller! Joshua Himes. Aku telah mengirim surat untuk menjemputmu ke gerejaku di Boston pada bulan lepas. Ah... Hello, Saudara... Himes, Joshua Himes. Aku berkhutbah mengenai pertarakan dari minuman keras dan penghapusan hamba tapi anggota gerejaku tidak pernah mendengar mesej seperti yang kau sampaikan tadi. Berapa segerakah engkau boleh sampai ke Boston? Dua minggu? Boston? Baiklah. Kita katakan sahaja tiga minggu. (KETAWA KECIL) Uh, pendeta ini mengenali ku. Engkau...mahu aku datang ke Boston? Chardon Street. Pada 8 hari bulan. Sampaikan mesej yang engkau khutbahkan tadi. Tapi aku hanyalah seorang petani. Seorang petani dengan mesej yang harus didengar. Kami semua akan menantikanmu pada 8 hari bulan nanti. Siapakah lelaki itu? Itulah Joshua V. Himes. Seorang yang harus dikenali. Dia mempromosikan pertarakan dan memulakan pergerakan penghapusan hamba dan hukuman mati, di Boston. Engkau tahu gerejanya? Ya. Chardon Street Chapel. Oh! Kau harus ke sana. Calvinists dan Dunkeres, Muggletonians dan Agrarians, Quakers bergabung dengan Unitarians dan ahli falsafah - mereka semua berkumpul untuk mencari peluang. Tempat dimana orang berkhutbah, berdoa dan... ..menunjuk perasaan. Nampaknya engkau akan ke bandar besar, saudara Miller. WILLIAM: Oleh itu, jika semua tanda-tanda ini sudah berlalu, bukankah seharusnya kita menjangkakan juga kegenapan kepada janjiNya yang agung? Oleh itu, kesimpulannya, Jelas dikatakan di Alkitab - Yesus akan datang dalam tempoh empat tahun lagi. (PERBUALAN ORANG YANG TERUJA) Lagi bagus dari pagi tadi, Saudara Miller! (KETAWA) Sangat bagus. Rehatlah. Besok mereka akan datang lagi. Kehebatan khutbahmu memang tidak dapat disangkal. Ini bukanalah kerana kebolehanku, Joshua, bukan juga mesejku. Ini adalah kebenaran Tuhan, dan Tuhanlah yang menggunakan mulutku ini untuk berbicara. Dan lihatlah betapa menariknya mesej yang keluar dari mulut itu! Kata ayah pak cik pernah bertempur pada 1812. Peluru meriam meletup tidak jauh dari jarak pakcik dan ibumu. Pak cik fikirkan pasti pak cik akan mati. (BUNYI LETUPAN) Benar. Tetapi apabila asap tidak ada lagi, ternyata, pakcik telah deselamatkan oleh Tuhan yang pengasih. Adakah itu benar-benar terjadi? Oh, di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Maafkanlah anak kami kerana kurang sopan. Itulah kebenarannya. Dan kebenaran yang berikutnya yang kamu harus tahu adalah, telah tiba masa untuk tidur. Ucapkan selamat malam kepada Father Miller dan ayah. - Selamat malam. - BUDAK PEREMPUAN: Selamat malam. Adakah engkau benar-benar percaya dengan doktrin yang engkau khutbahkan itu? Dahulunya aku sesat dan sekarang tidak lagi. Jika Tuhan boleh selamatkan aku, Joshua, Dia pasti boleh selamatkan orang lain. Jadi kenapa engkau terus sembunyikan terang ini? Baltimore, Rochester, Philadelphia, New York juga - 17 juta jiwa di Amerika Syarikat - bukankah mereka juga harus tahu? Bagaimana dengan seluruh dunia ini? Aku telah bekerja keras sejak beberapa tahun ini dan aku telah melihat ramai yang menerima kebenaran Tuhan. Tapi... ..Aku perlukan pertolongan. Aku mahukan pertolongan. Kerana kekuatan dari keyakinanmu, Aku sanggup menyerahkan segala yang aku ada untuk membantumu. Tapi, tolong jawab soalan ini dahulu... Mahukah engkau terus berdiri di sampingku jika aku mengikut engkau? Sudah tentu aku akan lakukan itu. Kalau begitu, bersiaplah untuk berkempen. Jika Kristus akan datang tidak lama lagi, kita harus sebarkan berita ini dengan secepat mungkin. Kita harus berkhutbah dengan lebih keras, pintu-pintu akan dibuka di setiap kota dan khabar baik ini akan tersebar hingga ke hujung dunia, kerana mula dari hari ini, Saudara Miller, aku akan membantumu. (BUNYI LOCENG) (BATUK) Aku hanyalah seorang petani tua. Tetapi Alkitablah yang menjadi kegembiraanku. Pemahaman dari Buku Daniel dan Wahyu yang kita bincangkan hari ini adalah hasil daripada kajianku selama bertahun-tahun. Dan perlu juga untuk aku katakan kepada kamu semua bahawa aku tidak sendirian dalam kepastian ini. Ramai orang diselurah negara ini yang kini mempercayai kebenaran ini. Mesej kita adalah sama, kerana semuanya jelas tertulis di Alkitab untuk kita baca. Dan ini harus diberitakan secepat mungkin kerana, saudaraku yang ku kasihi, kedatangan Kristus sudah hampir. Jangan hanya melihat kepada perkara yang remeh. Kerana hari kedatangan Kristus sudah semakin hampir. Kenalilah Dia dahulu. Cari Dia dahulu. Marilah kita saling mengasihi, kerana kasih datang dari Tuhan. Dan mereka yang mengasihi adalah dari Tuhan dan mereka mengenal Tuhan. Tuhan akan menghapuskan segala air mata. Tidak akan ada lagi kematian. Begitu juga dengan kesedihan dan tangisan. Kesakitan juga akan dihapuskan. Kerana semuanya itu telah berlalu. Ellen, engkau harus tidur. Ayah, sebentar lagi. Engkau perlu berehat, anakku. Ayuh, Ellen. Kita berdoa agar besok engkau akan lebih kuat. Setiap pagi, sebelum aku membuka mata, aku berdoa agar aku dapat melupakan kemalangan itu. Tapi apabila aku membuka mata, kenangan itu datang kembali. (MENGELUH) Percayalah, anakku, Bapa kita di Syurga tidak pernah melupakanmu. Aku impikan hari yang dikatakan oleh Father Miller tadi di gereja. Tidak ada lagi sakit. Belum pernah ku dengar orang katakan Yesus sebagai penyembuh sebelum ini. Aku pernah dengar mengenai murkaNya... ..dan penghakiman, tapi belum pernah... PenyembuhanNya. Sangat indah. (KETAWA KECIL) (KETAWA DAN PERBUALAN SENYAP) Aku rindukan Miller yang dulu. Dia selalu memikirkan tentang Syurga. Benar, dan dia asyik berkata mengenai itu. Dia tidak minum arak lagi. Yang bermaksud masih banyak untuk kita semua. Ah! Siapa yang menyangka, seorang petani dari desa dapat melakukan ini, dan memulakan revolusi agama? Miller bukanlah orang yang tidak peduli. Barnaby Larson baru pulang dari Britian dan dia berkata bahawa idea mengenai hari kiamat sedang hangat di England, dan ianya sedang menular ke Eropah. Adakah ini benar? Benar. Fahaman mengenai Kedatangan Kedua kali ini sudah menular ke Afrika dan India. Ya, dan para ahli kimia berfikir bahawa mereka boleh mengubah logam menjadi emas. Tidak bermaksud jika ada yang percaya, perkara itu adalah benar. Penemuan ini adalah... (MUZIK BERMAIN DIATAS KHUTBAH) ..1,843 AD, maka penglihatan itu akan digenapi. HIMES: Walaupun khutbah hari ini bagus, tapi belum cukup bagus lagi. Joshua, semangat mu seperti orang muda. Sungguh bersemangat dan menjengkelkan dalam masa yang sama. Banyak soalan datang dari pelbagai tempat. Engkau boleh berbicara di setiap gereja dari sini hinggalah ke Florida. Tolonglah, aku sudah hampir mati. Dua kali sehari - masih tidak mencukupi. Dan jangan lupa untuk mencukupkan keperluan isteriku hingga hari Penghakiman nanti. Baiklah, langkah seterusnya ialah melalui penerbitan. Penerbitan bukan hanya menjangkau telinga, tetapi ramai pembaca untuk setiap lembaran. Kita harus sebarkan suaramu. Dan jangan katakan, "Tapi aku hanyalah petani biasa." Tapi aku memang petani biasa. Siapakah yang meminta pertolongan! Aku tidak sangka ini akan berlaku. Surat khabar mengkritik usahamu selama ini. Kita harus menjawab kritikan itu. Tetapi dengan cara kita sendiri. Aku sudah tua dan keletihan. Dan aku memiliki mesin cetak? Lihat! Ini tentang ajaran ayah. - Aku ingin lihat! - "Sombong adalah punca kejatuhan." Janganlah kita hanya pentingkan diri sendri. Adakah itu ayat dari Alkitab? Itu adalah nasihat dari ibumu. "Sampai lewat 2,300 petang dan pagi, "lalu tempat kudus itu akan dipulihkan dalam keadaan yang wajar." Encik Miller dan mereka yang mendengarkan dia sebenarnya telah diperdaya. Mereka katakan bahawa Yesus akan datang pada satu tarikh. Benar, ini bukanlah kali pertama hari kiamat dinubuatkan oleh orang bodoh. Dan pasti bukan yang terakhir. Aku bimbang apabila hari itu berlalu, orang-orang yang tidak percaya akan memanggil kamu kafir ..dan ramai antara kamu yang akan hilang. Sebenarnya, kiamat tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat ini. Tidak. Tetapi hari itu akan tiba nanti. Dan apabila saat itu benar-benar tiba... ..adakah kamu sudah bersedia, hai orang-orang berdosa?! Dapatkah kamu bertahan di hadapan murka Tuhan yang suci sementara Dia melihat kesalahan- kesalahanmu, dan berteriak, "Enyah dari Ku hai kamu yang melakukan kejahatan!" Kemudian api neraka akan membakar mereka yang murtad kerana ajaran-ajaran Miller. Oh, api untuk Miller pasti lebih panas lagi. Ampunkanlah segala kesalahanku selamatkanlah aku dari si jahat. Apakah yang harus ku lakukan untuk selamat? Ibu! Kasihilah aku. Kasihilah jiwaku yang malang ini. Ampunkanlah segala kesalahanku. Apakah yang harus ku lakukan untuk selamat? Ellen, sayangku, apakah yang berlaku? Bagaimanakah kalau aku sudah disesatkan, Ibu? Mengapa kau berkata seperti itu? Aku sangat takut. Ibu, pengkhutbah tadi mengatakan perkara yang buruk mengenai Father Miller. Jangan engkau dengarkan khutbahnya itu. Tapi aku sudah dengar. Kita semua sudah mendengarkan! Kita bersama-sama di gereja. Tidak ada penghiburan di sana. Ayuh tidur. Ayuh. (BATUK) Ibumu berkata bahawa engkau sangat terganggu malam tadi. Aku sangat ketakutan. Saudara Stockman, aku tahu yang engkau percayakan Father Miller. Benar. Aku percaya. Begitu juga dengan ramai pendeta Methodist yang lain. Father Miller mengongsikan pengharapan Advent. Pengajarannya beserta dengan kasih. Namun, sekarang ini aku hanya fikirkan kata-kata pendeta itu mengenai dibakar selamanya dalam api neraka. Apakah pengharapan untukku... ..untuk kita semua, jika Bapa Syurgawi kita jahat dan gembira melihat hukuman kekal. Penderitaan minda mu adalah tanda Roh Kudus hadir dalam hatimu. Tuhan kita tidak gembira melihat kemusahan mu. Dan bukan juga sifatNya untuk menghukum, melainkan untuk mencari yang hilang. Bagaimanakah aku boleh yakin tentang itu? Biarkan sahaja, Ellen. Biarkan sahaja. Percaya pada Yesus. Dia tidak akan menginggalkan orang yang benar-benar mencariNya. Terima kasih, Saudara Stockman. Tidak perlu, Ellen. Berterima kasihlah kepada Tuhan Yesus. Kongsikan mesej Advent kepada orang lain. (BATUK) Elder Himes dan Saudara Miller telah mengumumkan pertemuan di Boston. Adakah Elder Himes tahu yang ayah sedang sakit? Kita sudah mengirim surat, bukan? Salam, sahabatku! (HIMES KETAWA) Seharusnya dia sudah tahu. Dia tidak boleh keluar, Joshua. Dia tidak boleh keluar! Tidak. Tidak, tidak, tidak. tentu sekali tidak. Demam kepialu itu serius. Sangat serius. Aku tahu kamu berdua sudah... bekerja keras untuk pertemuan ini. Ini kali pertama kita semua orang akan berkumpul di tempat yang sama, dengan tujuan yang sama - Baptists, Methodists, Presbyterians - semua memahami akan Advent yang semakin hampir. Oleh itu, engkau yang akan bertemu mereka semua. Kemudaian kembali ke sini dan katakan kepada William mengenai pertemuan itu. Aku ingin bertemu dengan dia, hanya untuk memberikan kata semangat. Boleh kan? (MERUNGUT) (WILLIAM MENGERANG) Hello sahabatku. Apakah khabar mu hari ini? (MENGERANG) Masih belum sembuh lagi Baiklah... ..aku akan biarkan kamu berdua, untuk seketika. Joshua, sebentar sahaja. Dia tidak perlukan pelawat. Sudah tentu. Baiklah! (PINTU DITUTUP) Adakah engkau pasti tidak boleh menaiki kereta kuda? Aku boleh siapkan katil yang terbaik untukmu di belakang dengan selimut... - Tidak... - Udara yang segar... Tidak, Joshua. Orang boleh datang kepadamu di pertemuan itu. Aku terfikir untuk menyediakan tempat... Tidak, Joshua... Acara ini lebih penting dari aku. (BATUK) Ini adalah kuasa Tuhan. Ramai pendeta yang sudah bangkit. Engkau tidak perlukan aku di sana. Ya. Benar. Aku... Engkau benar. Aku akan mendoakanmu. Terima kasih. Adakah kau benar-benar yakin...?! Pergi! Sekarang juga! (BATUK) (MENGERANG) Oh! Josepth Bates, adakah itu kamu? - Sudah lama tidak bertemu. - Benar Saudara Himes. Sudah lama. (KETAWA) Aku telah mendengar mengenai pelayananmu dalam pertarakan bersama dengan Christian Connection. Engkau telah menjadi terkenal kerana berbicara mengenai kezaliman perhambaan juga. Aku hanyalah hamba Tuhan, Joshua. Tuhan yang berkata, aku cuma menurut. Tapi engkau memang layak mendapat pujian. Adakah benar? Saudara Miller tidak dapat hadir? Benar. Uh, demam kepialu. Malang sekali. Oh! Oh, Saudara Bates, perkenalkan kepadamu, Hiram Edson. Uh, mungkin kamu sudah saling kenal melalui Pr. Finney. Oh, ya. Pelayanan Saudara Finney mengenai Pertarakan dan penghapusan hamba sangat diketahui ramai. Gembira bertemu dengan mu. Ini Owen Crosier. Gembira berkenalan dengan mu.. Bates: Aku mempelajari ajaran Miller sejak aku mendengarkannya pada tahun lepas di New Bedford. Sebagai kapten di lautan, Aku mengembara serata dunia. Tapi hari ini, aku telah mengembara lebih jauh dari sebelumnya. Aku menyatakan komitmenku kepada mesej Advent. EDSON: Aku juga merasakan panggilan yang sama. Aku juga. Siapakah namamu saudara? Manakah asalmu? Samuel Snow. Aku bekerja untuk The Investigator. Aku tinggal di sini, di Boston. Engkau tidak ada di sini sewaktu pendedahan bukan? Uh, tidak. Aku harus jujur, bahawa pada mulanya aku tidak percaya. Tetapi setelah mempelajari ajaran Miller aku percaya ajaran ni benar. JOSHUA: Ah! (KETAWA) Pertemuan sudah tamat dan, perbincangan berterusan! Aku cuma mahu menyatakan kepada orang-orang ini bahawa aku sangat komited. Aku gembira sekali mendengar itu. Akan ku khabarkan itu kepada Father Miller nanti. Beritakan juga yang aku akan membantu mambiayai untuk menyebarkan mesej Advent ini. Oh, ini satu berita yang baik! Tujuanku ialah untuk menyokong Father Miller and pelayanannya - bukan untuk mendirikan gereja baharu. Tetapi untuk memberitakan Advent Kedua sudah dekat. (PERBUALAN BERTERUSAN) WILLIAM: Maksudmu, pertemuan itu berjaya? Mereka datang dari Maine, New York, Connecticut, Vermont, New Hampshire, Rhode Island! Sangat banyak pendapat yang dibincangkan! Pertukaran pendapat dan semangant yang sangat baik. Kita menerima ramai penderma dan tidak lama lagi, kita akan lakukan lagi. Kali ini, engkau akan mengambil bahagian, begitu juga dengan Joseph Bates. Bates. Rasanya aku ada bertemu dia pada tahun lepas. Seorang yang tinggi. Tidak menggunakan tembakau. Sungguh berbeza. Benar. Dialah orangnya. Dia akan menjadi orang yang penting untuk kita! Sekarang, kita akan ada sumber kewangan! Lebih banyak kota! Lebih banyak terbitan! Kata-katamu akan menyentuh ramai jiwa. Tolonglah, Joshua, ingat. Itu bukanlah milik kita - itu milik Tuhan. Baiklah. (MUZIK YANG MENGANGKAT) Sekarang...mungkin adalah masanya. Mm. (BERBISIK) Kita tidak boleh berkompromi. Ajaran En. Miller dan para pengikutnya adalah salah. Mereka yang terpengaruh dengan lidahnya yang manis tidak ada tempat di dalam gereja ini. Oleh itu... ..kamu harus, dalam nama Tuhan, menolak ajaran radikal ini. jika kamu tidak lakukan itu... ..kamu semua tidak dialu-alukan di dalam gereja ini. Engkau mungkin berfikir untuk menyingkirkan kami. Akan tetapi pemahaman Father Miller mengenai kedatangan Kritus harus diambil perhatian. Kita harus menuruti firman Tuhan, bukan peraturan manusia. Kami tidak akan berdiam diri bersama khabar baik ini. Dan kalaulah itu bermaksud yang kami harus tinggalkan gereja ini... ..kami sanggup lakukan itu. Keluargaku sangat gembira akan pengharapan kedatangan Kristus. Kami merasakan kasih, kasih Yesus. Itu.. Itulah yang mengangkat kami, itulah yang mendorong kami. Dan itulah yang akan menyelamatkan kami. Berani sungguh mereka berkata seperti itu kepada kita. Kita jangan biarkan satu orang mempengaruhi yang lain. Kita akan umumkan penyingkiran mereka pada hari Ahad depan. Mereka akan menjadi contoh. Tradisi kita harus dihormati. Pada hari Perjamuan yang suci ini, Aku ingin memberikan cabaran untuk mengasihi Tuhan, dengan segenap hatimu. untuk menuruti segala hukum-hukum Tuhan. Dan meghormatiNya dengan memelihara hari SabatNya yang cuci. HADIRIN: Amen. Aku ingin bercakap dengannya. Ibu... Ibu, jangan. Tidak perlu. Kita orang baharu di sini. Aku... Kita ini orang luar. Pasti Elder Wheeler akan tertarik dengan apa yang ibu akan katakan. Tidak... Maafkan saya. Aku ingin berbincang secara spesifik mengenai Hukum yang terdapat dalam Alkitab... Yeah. Telah lama aku fikirkan, terutama mengenai hari Sabat. - Benar, Pn. Preston. - Menurut Alkitab... (MUZIK BERMAIN DIATAS DIALOG) PN. PRESTON: Dia telah dengar apa yang perlu ku katakan. Dia benar-benar mendengar. Jadi, dia akan menukar hari perbaktiannya dari Ahad ke Sabtu, seperti yang dikatakan oleh Alkitab? Dia begitu tertarik dengan apa yang kita kongsikan dari Alkitab. Maksudnya...? Dia berjanji untuk terus menyelidiki idea itu... LELAKI: Selamat pagi, Puan Preston. - ...lebih lanjut. Hello. Dan ibu mengatakan yang ibu sudah menang? Sabtu... ..adalah hari ketujuh dalam minggu. Itu lah hari Sabat Tuhan. Inilah hakikatnya. Ibu! Ada orang yang percaya bahawa menantikan Advent dan penghakiman adalah lebih penting berbanding hari perbaktian. LELAKI: Selamat pagi. Mungkin tidak lama lagi, hari itu akan tidak penting lagi. Aku telah menanam benihnya. Sebagai seorang guru, anakku, engkau harus lebih tahu bagaimana pengetahuan bertumbuh. BUDAK LELAKI: (TERIAK) Bacalah mengenainya! Bacalah mengenai kedatangan Kritus! Bacalah khabar terbaharu mengenai kedatangan Kristus! LELAKI: Sayur! WILLIAM: Aku mahu satu. Mereka harus diberi pujian. Aku kelihatan sangat kacak. Mengapakah mereka berkeras untuk jadikan aku kelihatan gemuk? Berapa ramaikah orang yang akan hadir? Inilah khemah yang terbesar pernah didirikan di Amerika! sudah ditambah kepada 6,000 tempat duduk! Dan masih ramai lagi yang akan datang! Khemah gergasi. Selepas ini apa lagi? Aku sungguh tidak menjangkakan ini. Engkau seharusnya sudah tahu. Kita seharusnya sudah bergerak. Ada satu pertemaun kecil yang sedang berlangsung. Aku...mahu ke sana. Khemah gergasi! Kita harus ke sana. Joshua, dunia kini penuh dengan harapan. Bukan semuanya mengikut perancangan. Aku sudah katakan kepada Saudara Bates aku akan ke sana. Tapi... ..dia juga harus berada di khemah gergasi itu! Whoa, Whoa! Aku sedang mencari Joseph Bates. Dimanakah pertemuan itu? LELAKI: Di sana. BATES: Benar - 1843 kini telah berlalu. Ramai yang mula bimbang. Tertanya-tanya mengapa Juruselamat kita belum datang dan ingin tahu bilakah hari itu akan tiba? Aku berkata kepada kamu bahawa inilah masanya iman kita diuji. Ketika aku bertugas sebagai kapten di tengah lautan, kami tidak melompat ke laut ketika ribut melanda. Tidak. Kami tetap bertahan. Kami berdoa bersama-sama. Sekarang ini, saudaraku, janganlah kita putus harapan, sebaliknya menggandakan usaha. Pengantin lelaki akan datang. Pelayanan kita tidak sia-sia. Benar, kita berharap bahawa, sekarang ini, hari itu... - (KUDA MENGHAMPIRI) - ..telah tiba. Dan...saat-saat akhir ini sangat penting. (ORANG BERBISIK) Aku ada berita. Izinkinlah saudaraka bercakap. Dia datang membawa berita untuk kita. (BERBISIK) Saudara Snow membawa kebenaran untuk kita dari Tuhan. Izinkanlah dia untuk menyampaikan mesejnya. Silakan... Tuhan sudah berjanji kepada kita... ..Dia akan datang lagi... ..untuk membawa kita dekat kepadaNya. Apabila Yesus datang untuk pertama kalinya, Injil berkata kepada kita "Masanya telah digenapi." Masa apakah yang telah digenapi? Masa nubuatan! Benar. Benar. Sejarahwan mengesahkan bahawa Yesus mati pada musim bunga 31 AD, tepat sekali jatuh pada tengah-tengah nubuatan 70 minggu Daniel. Alkitab juga berkata bahawa pada musim bunga itu mereka mengadakan paskah. Hari Penghapusan Dosa diadakan pada musim luruh. Apakah yang dilakukan oleh imam besar pada Hari Penghapusan Dosa? Menguduskan tempat suci. Benar. Terima kasih, Saudara White. Tuhan menguduskan tempat suci! Tidakkah perkara yang sama akan berlaku, bahawa Dia akan datang untuk menguduskan tempat suci tepat pada Hari Penghapusan Dosa? - Benar! - (BERBISIK) Imamat mengatakan Hari Penghapusan Dosa. jatuh pada hari ke 10 pada bulan ke 7 Saudaraku, kita telah tersilap menantikan Kristus pada musim bunga. Menurut kalendar Yahudi, hari ke 10 pada bulan ke 7 jatuh pada tahun ini... ..pada Oktober 22. (PARA HADIRIN TERUJA) SNOW: Kita sudah tahu tarikhnya. Oktober 22, 1844. (PARA HADIRIN BERBISIK DAN TERUJA) PEREMPUAN: Sangat bagus! Oh! Dia sangat yakin. Engkau tidak yakin? Menetapkah tarikh adalah satu kebodohan. Tidak. Bukan sekarang, saudaraku. Kita berharap agar Tuhan akan terus memberikan penjelasan. Tuan rumah membersihkan bangsalnya sendiri. Penetapan tarikh itu pastinya sudah membuat kau kecewa. Pengharapan kita bukanlah mengenai hari atau waktu sahaja, tetapi kedatangan Kristus yang sudah dekat. Apakah pendapat Joshua? Kami berdua menolak. Namun orang ramai mahukan penjelasan. Aku tersilap mengenai 1843. Sepatutnya aku tidak mengira tahun 0 apabila mengira dari BC ke AD Bukankah orang ramai mula ragu-ragu? Engkau tidak menyokong sebarang tarikh? Tidak. Aku tidak akan menyokong. Tetapi kajian Saudara Snow mengenai tempat kudus telah membuat ku berfikir. Nampaknya, engkau harus terus mempelajari kebenaran dan penjelasan dari Tuhan mengenai hal ini, William. Alkitab sudah cukup jelas. Tetapi, Saudara Snow adalah seorang yang boleh dipercayai. Aku akan mengkaji dan mendoakan tarikh itu. (KUDA BERBUNYI) Isteriku dan aku sangat gembira untuk membeli tempat ini. Bolehkah aku bertanya, ke manakah engkau dan isterimu akan pergi selepas ini? Ke Syurga. Tapi bagaimanakah jika itu tidak berlaku, adakah engkau mempunyai rancangan lain? Tuhan ada rancangan yang terbaik untuk kita semua. Benar. Sekarang...rumah ini juga sudah dijual untuk membiayai pelayanan itu. Anak kita fikir kita bodoh. Hmm! Tetapi engkau teguh dengan keyakinanmu. Benar, sayangku. Masa semakin suntuk. Hari yang Tuhan sudah tentukan itu semakin hampir. Engkau sungguh berselera, Ellen. Kami semua gembira melihat engkau seperti ini. Kita hampir tiba. Mengingatkan itu membuatkan aku kuat. Sementara itu... ..kita harus sebarkan khabar baik ini kepada orang lain. (LANGKAH MENGHAMPIRI) LELAKI: Ah, En. White. Risalahmu sudah siap. Kamu berdua kini menjadi pelanggan ku yang terbaik. Ah. Selamat pagi. Engkau juga melayani untuk menyebarkan khabar baik? Benar. James White dari Christian Connection. Gembira untuk berkenalan denganmu Saudara White. Namaku Robert Harmon. Semuanya $1.20. - Terima kasih. - Masa kian suntuk. Ayuh, kita lakukan ini bersama, anak muda. Kita lihat apa yang kita boleh lakukan. Tentu sekali. LELAKI: Semoga berjaya. Anak muda, Tuhan dan Juruselamat kita akan datang dalam masa dua minggu. (MENGELUH) Kedatangan Tuhan. Silakan...tuan-tuan... Kristus akan kembali dalam dua minggu lagi. Sediakan hatimu. Baiklah, tolong katakan kepada Dia aku akan percaya apabila Dia datang lagi. Aku sangat sedih melihat orang-orang ini. Encik... - Tolonglah - Terima kasih. Encik... William: "Oktober 6, 1844. "Himes, saudaraku, "Setelah kukaji dan berdoa, "aku telah melihat kebenaran didalam bulan ke 7, "yang tidak pernah kulihat sebelum ini. "Kita hampir tiba. "Kemuliaan, kemuliaan, kemuliaan." WILLIAM: Datanglah kepada Yesus Kristus, Domba yang telah mati, dan sekarang ini hidup, agar kita semua beroleh hidup. Patuhilah kata-kataNya...dan percayalah. Jangan kita berlengah. Jangan pernah padamkan pengharapan itu. Jangan pernah walau sesaat. Tidakkah kamu semua inginkan rumah di Syurga yang dibina oleh Tuhan? Oleh itu, Yesus berkata, "Carilah dulu Kerajaan Syurga," "maka semuanya itu "akan ditambahkan kepadamu." (MUZIK) LELAKI: Biarlah aku dihukum! Kapal itu akan berlayar besok dan inilah keputusanku! Aku tidak mahu terus di sini dan meminta sedekah sementara terus melihat ke langit. BATES: Yesus akan datang besok, anakku! Apabila Dia tiba nanti, katakan kepadaNya untuk mencari aku ditengah lautan! Joseph, tolonglah...kejarlah dia. Anak kita akan hilang untuk selamanya! Lakukan sesuatu! Bapa, pada saat-saat akhir sebelum kedatanganMu ini, sembuhkanlah keluarga yang hancur ini. Kasihilah anak kami. Pulangkanlah dia kepada kami, agar kami dapat menyambut Mu bersama. Sangat baik, kita dapat bersama-sama, pada saat-saat akhir ini. Kita telah lakukan yang terbaik. Benarkah begitu? Oh... Terima kasih... ..kerana memberitahukan kepada dunia sebelum terlambat. Apakah yang akan berlaku jika terlalu awal dikhabarkan? (BUNYI PIANO DIMAINKAN) Saudaraku, bir percuma hingga ke akhir zaman! (SEMUA BERGEMBIRA) (LOCENG BERBUNYI) (LOCENG TERUS BERBUNYI) (BUNYI TERAKHIR) Nampaknya Tuhan Yesus tidak dapat bersama dengan kita pada malam ini... ..kerana kita masih boleh bergembira! (KETAWA DAN BERBUAL) (MUZIK BERTERUSAN) PEMAIN PIANO: (MENYANYI) ♪ Funniest thing I ever saw ♪ A little tune called Turkey in the Straw. ♪ (BUNYI GURUH) (BUNYI BURUNG HANTU) (PETIR MENYAMBAR) (MUZIK MENYEDIHKAN) (GURUH BERTERUSAN) WILLIAM: Mesej Tuhan bukanlah mengenai satu tarikh. Kita belum kehilangan semuanya. Lihatlah pergerakan yang engkau sudah mulakan. Ribuan yang sudah percaya. Apakah yang mereka percayakan, Saudara Himes? Kekecewaan? Kesedihan? Kebenaran firman Tuhan. Menetapkan tarikh membuatkan mesej ini tidak boleh dipercayai. Mengapakah aku harus menyokongnya? Kita akan terus menunggu. Berapa lama lagi? Selama yang mungkin. (BATUK) Hiram, engkau masih di sini pagi ini. Begitu juga dengan ayammu. Mungkin Yesus akan datang jika engkau sediakan sarapan untuk Dia! (KETAWA) Adakah itu cuma cerita dongeng yang sangat menarik, Esther? Hiram, Jangan berkata seperti itu. Tidak ada realiti kepada pengharapan kita ini... Oh, Hiram... Apa yang kita harus lakukan? Kita harus berdoa. Saudarakau, marilah kita beroda bersama memohon bimbingan. Bimbingan? Bukalah matamu, Hiram. Tapi inilah masa yang perlu untuk kita berkumpul. Kami telah ditipu. Adakah kita harus teruskan berada dalam penipuan ini? Kita berikanlah peluang kepada Tuhan... Aku sudah lakukan itu. HIRAM: Tuhan, sesungguhnya Engkau sudah memberkati kami sementara kami menunggu kedatanganMu. Tangan kami telah menyembuhkan yang sakit. Hati kami diteguhkan apabila melihat ramai orang percaya kepadaMu, dalam pengharapan akan kedatanganMu. Tuhan, kami masih teguh dalam iman, tapi kami perlukan pengertian untuk mengerti mengapakah Engkau belum datang lagi. Kami perlukan petunjuk dariMu. Terimalah doa kami, ya Bapa, berikanlah kami terang agar kekecewaan kami ini akan dapat dijelaskan. Kami mohon semuanya ini dalam nama Yesus, AnakMu yang pengasih Ayuh, saudaraku. Pastinya Tuhan tidak meninggalkan kita. Owen, ayuh temankan aku ke rumah jiran-jiran. Pasti mereka sangat bersedih pada saat ini. Kita akan dihiburkan apabila kita berkumpul bersama. Sudah tentu. Hiram. Hiram! Tuhan sedang menjawab doa kita pagi tadi. Dia telah memberikan terang kepada kekecawaan besar itu. Kristian awal berfikir bahawa Yesus datang untuk mendirikan kerajaan duniawi, bukan kerajaan syurgawi. Setelah kematianNya di Salib, mereka sangat kecewa sama seperti kita pada saat ini. Sangat jelas, tarikhnya salah, Hiram. Tidak, Dr. Hahn, aku fikir tarikhnya betul. Kalau begitu, mengapakah Juruselamat kita masih belum datang? Mungkin kerana kita tersalah mengenai apa yang harus berlaku pada bulan Oktober. Kristian awal ada tarikh yang tepat mengenai Mesias, tetapi pengharapan mereka salah. Mungkin itulah yang berlaku kepada kita. Nubuatan Daniel mangatakan bahawa, pada akhir 2,300 hari, tempat kudus akan dikuduskan. Mungkin kita telah tersalah tafsir mengenai perkataan "tempat kudus?" - Tapi bukankah tempat kudus itu ialah bumi. - Benarkah begitu? Daniel berkata, dalam fasal tujuh, “..seorang seperti anak manusia; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu…” Bukan datang ke bumi, seperti yang kita percaya. Dimanakah "Yang Lanjut Usianya" itu? Di Syurga. Selepas kematianNya di salib, Yesus kini melayani sebagai Imam Besar, dan pelayanan penebusan berpindah dari tempat kudus di bumi ke Tempat Kudus di Syurga. Itu masuk akal... ..seperti apa yang dikatakan di Buku Ibrani fasal lapan - "kita mempunyai Imam Besar, “dan yang melayani ibadah di tempat kudus, yaitu di dalam kemah sejati, "yang didirikan oleh Tuhan dan bukan oleh manusia.” Maksudnya Yesus masih akan datang kembali, bukan? Cuma kita tidak tahu bilakah itu akan berlaku. Tepat sekali, dan di tempat yang mahakudus lah pelayanan pengudusan itu berlangsung. (MENGELUH) (MENGELUH) Lucy, apakah yang telah aku lakukan? Engkau telah mengatakan isi hatimu dan juga firman Tuhan, firman yang telah melembutkan ribuan hati. Mungkinkah hati mereka akan keras kembali? Mungkin. Mungkin Saudara Snow akan datang lagi dengan kudanya dengan membawa... ..tarikh yang baharu. Apakah yang paling penting mengenai mesej yang Tuhan sudah berikan kepadamu? Itulah yang harus engkau fikirkan. Ya. "Bertahanlah. "Jangan biarkan sesiapapun mengambil mahkotamu. "Aku menetapkan fikiranku kepada masa yang lain, "aku akan terus bertahan hingga Tuhan berikan aku lebih penjelasan. "Dan pada hari ini, hari ini, hari ini hinggalah kedatangan Tuhan, "aku akan melihat Dia, yang amat ku rindui." PN. HAINES: Kuatkanlah kami dalam janjiMu, ya Bapa. Walaupun kami tidak mengerti mengapa Engkau belum datang, Kami tetap berdoa agar Engkau akan datang segera. Kami doakan juga untuk saudara kami yang sudah meninggalkan pengharapan Advent, kasihilah mereka. Berikanlah kami pengertian, ya Tuhan... Oh, tidak! Ellen! Apa yang berlaku?! PEREMPUAN: Adakah dia masih bernafas? ELIZABETH: Aku tidak tahu. Ellen! Ellen! Ellen! SUARA: Akulah pesuruh Tuhan. Lihat lagi. Lihat ke atas. Bukanlah penghujungnya, melainkan permulaan. Bagaimana keadaanmu Ellen? Aku sangat risau. Aku fikir kau sudah mati. Aku mendapat penglihatan. Aku dibawa ke tempat yang lain. Tinggi di atas bumi ini, dan aku... aku.. ..terdengar suara. Suara itu berkata kepadaku. Siapa yang berkata kepadamu? Ellen, aku mendoakanmu tadi. - Adakah suaraku yang kau dengar? - Bukan. Aku fikir itu adalah suara malaikat. (PEREMPUAN MENGHELA NAFAS) Belum pernah ku dengar yang seperti itu. Mungkin kepalanya terhantuk. Aku melihat orang Advent sedang berjalan menuju Syurga. Dan selagi mata mereka tertumpu kepada Yesus, yang memimpin mereka ke kota itu... ...mereka selamat. Engkau selamat sekarang, Ellen. Dunia ini sangat gelap. Aku telah melihat dunia yang lebih baik dan aku sudah tidak sukakan bumi ini. Aku rasakan seperti dikuatkan hari ini, Elizabeth. Aku melihat perkara yang menakjubkan. Aku terdengar suara. Adakah itu benar? Elizabeth, aku tidak pernah berbohong. Aku tidak katakan yang kau berbohong. Engkau pengsan kerana penyakitmu. Fikiranmu tidak boleh dipercayai. - Engkau tidak tahu apa yang kau katakan. - Tidak. Elizabeth, Roh Kudus yang menunjukkan kepada ku mengenai "Midnight Cry" itu dan menjelaskan mengenai kekecewaan kita. Dia menguatkan pengharapan Advent kita. Ada antara mereka yang tidak mendengar lalu terjatuh dari jalanan itu. Engkau pernah kemalangan ketika kecil. itu membuatkan kau lemah. Engkau tidak akan menikmati hidup biasa, Ellen. Engkau tidak akan berkahwin. Engkau tidak akan dapat menyumbang. Ini bukanlah caranya untuk meminta perhatian. Mengapa engkau berkata seperti itu kepadaku? Aku bersumpah, aku mengatakan yang benar. Baiklah, ini kebenaran dariku - Kristus tidak akan datang segera dan aku sudah bosan berdoa bersama. - Tapi Elizabeth... - Tidak. Engkau sudah dengar bukan? Anggaplah aku sebagai salah seorang yang telah jatuh dari jalanan itu. PN. PRESTON: Nampaknya semua orang berbicara mengenai Yesus yang belum datang dan aku seorang diri sahaja dengan komitmenku untuk berbakti pada hari Sabat. Ah, tapi Pn. Preston, Aku fikir tidak ada gereja di sini yang berbakti pada hari Sabtu. Hmm. Kalaulah Elder Wheeler di Hillsboro itu dekat dengan kita. Ibu, tolonglah! Keluarga Farnsworths sangat baik hati, mengizinkin aku untuk tinggal di sini Ibu hanya akan menyinggung perasaan mereka. Apa yang menyinggung Tuhan ialah apabila kita berbakti pada hari yang salah. Nasib baiklah Elder Wheeler mengerti bahawa hari Sabtu - Sabtu - ialah hari ketujuh dalam minggu. Ada tertulis dalam hukum bahawa kita harus berhenti dan memeliharanya. Apakah bezanya dimata Tuhan jika kita berbakti pada hari yang lain? Sangat berbeza, William, hingga Tuhan mengukirnya sendiri dan mengirimnya turun dari gunung bersama Musa. Sabat ialah satu karunia - kita tidak boleh hentikan, apalagi mengubahnya. Tuhan gunakan perkataan "Ingatlah." Walaupun gereja Saudara Wheeler itu dekat dengan kita, dia adalah seorang Methodist, dan kita juga sama dengan dia. Denominasinya tidak penting bagi Tuhan, Tapi Elder Wheeler percaya bahawa ia adalah sebuah Hukum. Kalaulah ia cuma 'Sepuluh Cadangan', kita boleh memilih untuk menghormati Tuhan pada bila-bila masa yang kita suka, atau tidak. Ah, kereta kuda suda sedia. Mungkin kita berbakti pada hari yang salah, tapi kita tidak boleh lewat. Bersama dengan semua yang berkumpul di sini, Aku juga merasa kecewa, dan malu kerana Yesus tidak datang tahun lalu. Aku tidak mengerti mengapa Dia tidak datang, namun aku tetap percaya dengan janji-janjiNya di Alkitab bahwa satu hari nanti Dia pasti akan datang. Oleh sebab itulah aku berpegang teguh kepada pengharapan Advent. Terima kasih, Pn. Cooch. Ada sesiapa lagi yang ingin berbicara? Aku memilih untuk percaya bersama dengan mereka yang memelihara Hari Sabat setiap minggu. Mulai dari hari ini, Aku berjanji untuk memelihara hari Sabat... ..seperti yang diperintahkan oleh Tuhan kepada kita. Aku juga mahu menjadi pemelihara hari Sabat... ..mulai dari saat ini. (LAGU "ADA NEGERI YANG AMAT INDAH" BERMAIN) "Hari-hari Sabat-Ku juga Kuberikan kepada mereka menjadi peringatan di antara Aku dan mereka, "supaya mereka mengetahui bahwa Akulah TUHAN. "Jadi Anak Manusia adalah juga Tuhan atas hari Sabat, "lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, "karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan, "yang telah dibuat-Nya itu, "sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, "dan Ia berhenti pada hari ketujuh." Aku berjanji. Aku akan kembali dengan semangat yang baharu. Aku hanya perlu untuk meluangkan masa bersama Reverend Wheeler Apa yang kita perlukan ialah jalan keluar dari kesusahan ini. Kita sudah kehabisan wang, Joseph. Isu Sabat ini akan membawa mu ke mana? Aku mengikut kata hatiku. Aku telah diyakinkan oleh firman Tuhan. Tidak ada cara lain untuk menguji kebenaran. Elder Wheeler telah mengongsikan firman Tuhan kepadaku, dan aku percaya dia benar. Kristus sendiri memelihara hari ketujuh. Adalah penting untuk mengikuti Dia. Aku menyokong ajaran Sabat. Bagaimana dengan gadis itu? Yang mendapat penglihatan di Maine. Hmm. Aku tidak mahu memberikan pendapat sebelum bertemu sendiri dengan dia. Walaupun begitu, aku fikir dia meragukan. Agak meragukan. Kita berkumpul di tempat ini, dari kepercayaan yang berbeza, berkumpul kerana komitmen kita kepada Yesus dan kerana kita percaya bahawa Alkitab adalah firman Tuhan yang menuntun kita. Pagi ini, seorang dari kita, Ellen Harmon telah diminta untuk berbicara. Dia akan katakan apa yang Tuhan sudah perlihatkan kepada dia. (HADIRIN BERBISIK-BISIK) Aku rasakan yang aku tidak mampu. Percayalah. Kehadiran mu di sini sudah menunjukkan keberanianmu. Cik Harmon. Semasa aku berdoa di rumah Pn. Haines di Portland. Aku tidak sedarkan diri, dan merasakan kehadiran Roh Kudus. (BERBISIK) Aku diangkat di atas bumi yang gelap ini dan aku mencari para orang Advent, tapi aku tidak melihat mereka. Satu suara, seorang malaikat, berkata kepadaku, "Lihat kembali, dan pandanglah ke atas." Kemudiannya aku terlihat satu jalan yang lurus dan sempit di atas bumi yang gelap ini. Orang-orang Advent sedang berjalan di atas jalan itu yang menuju kota terang dan suci. Ada satu terang di belakang mereka, malaikat berkata kepadaku, itu adalah "Midnight Cry." Malaikat itu mengesahkan bahawa ajaran Father Miller itu benar, dan tarikh itu adalah permulaannya, bukan penghujung. Dan semua orang yang tetap memandang kepada Yesus akan selamat, Dialah yang memimpin mereka ke Kota Suci itu. Ada yang menjadi lemah - kerana kota itu masih jauh, dan mereka berharap yang mereka sudah lama tiba di sana. Tapi Yesus memberikan mereka semangat... sambil mengangkat tangan kananNya, dari mana datangnya terang itu, yang menerangi orang-orang Advent, sementara itu berlaku, mereka berteriak, "Hallelujah!" OTIS: Saudara Sargent, jika penglihatan Cik Harmon ini benar dari Tuhan... Penglihatannya bukan dari Tuhan En. Nichols. Adakah engkau pasti? Saudara Otis, jika ada mesej yang ingin disampaikan Tuhan kepada umatNya, Tuhan tidak akan memilih orang yang tidak layak? Gadis itu hampir tidak mampu untuk berjalan sendiri. Dia bukan siapa-siapa. Ayahnya cuma seorang pembuat topi. Dia bukan berasal dari keluarga pendeta. Saudaraku, Tuhan Yesus sendiri berkata, "Berjaga-jagalah terhadap nabi-nabi palsu, "Yang akan datang seperti domba, "tetapi sebenarnya adalah sarigala." Aku dengar bahawa, ketika dia mendapat penglihatan, dia seperti sedang berkhayal. Aku mengenal seorang jiran. Katanya gadis ini boleh dipercayai. Sudahkah kamu berdua bertemu dengan gadis itu? Belum. Dan kami tidak akan bertemu dengannya. Penglihatan Ellen Harom adalah penipuan dari si penyesat. Khayal itu tidak akan berlaku di hadapanku. Benar. Itu tidak akan berlaku, En. Robbins! Iman kita akan mengekang pekerjaan Syaitan. Dia berbicara dengan penuh kelembutan mengenai Firman Tuhan. Saudara Nichols, jangan terpedaya. Sudahkah kau berbincang dengan mereka? Adakah mereka percaya? Kalaulah mereka bertemu dengan Ellen, Aku yakin yang mereka akan menjadi yakin dengan kebenaran Tuhan. Jemputlah mereka ke sini. - Sargent dan Robbins? - Bukan, Ellen. Dia berjalan bersama kakaknya, Sarah. Jemputlah Cik Harmon ke sini. Tapi apakah yang akan dikatakan oleh Robbins dan Sargent nanti? Kita harus berikan peluang kepada teman-teman kita untuk mendengarkan dia. Dia pasti akan memberikan pengharapan kepada hati mereka. Ya. Jika mesej Ellen itu berasal dari Tuhan... ..tentangan dari Sargent atau Robbins tidak akan dapat menghalangnya. Terima kasih kerana sudi bersama aku hari ini, Sarah. Aku gembira bersama dengan mu, adikku. Ramai yang teruja untuk mendengarkanmu. Aku rela untuk diam di rumah dan tidak melakukan ini semua. Tapi lihatlah, engkau menjadi semakin kuat. Engkau sendiri yang mengakuinya. Benar. Tapi aku tidak mahu menyusahkan lagi keluarga kita. Ellen, tidakkah kau sedar akan mesej yang Tuhan sudah berikan kepadamu telah menguatkan hati dan rohani kami? (PERBUALAN) Sudahkah engkau bertemu dengan Harmon? Saudara White, sudahkan kau bertemu dengan Harmon? Aku sudah minum. Terima kasih kerana bertanya. Silakan, berbuallah dengan mereka sebelum lidahmu kelu berkata-kata. Gembira bertemu denganmu lagi, Cik Harmon. Namaku James White Aku adalah pendeta Christian Connection Aku penah bertemu dengan ayahmu. Kami pernah memberikan risalah bersama... Gembira bertemu denganmu, En. White. Aku telah mendengar banyak perkara mengenai pelayananmu. Aku pernah mendengarnya sebelum ini tapi aku masih merasa terkejut. Bolehkah aku tahu berapakah umurmu, Cik Harmon? 18 tahun pada hari jadi ku nanti. Engkau pula, berapakah umur mu? Umurku 23 tahun. Dan engkau adalah pengerja Tuhan? Benar. Aku berhenti mengajar untuk menyebarkan Firman Tuhan. Hmm. Selamat datang. Selamat datang. Terima kasih kerana sudi datang. Terima kasih kerana mengundang kami. Pastinya gadis yang rendah hati, dan lemah lembut ini bukanlah anak Sayitan. En. Sargent, En. Robbins, kejutan yang mengembirakan. Kami perlukan pertolonganmu dan kami mahu bermalam bersama keluargamu malam ini. Aku berdoa agar kamu boleh bertemu dengan Ellen Harmon, dan Tuhan sudah menjawab doaku. - Ayuh, masuk. - Harmon akan gadis itu? ..ada di sini? Dia tiba beberapa hari yang lalu untuk berbicara. Uh, En. Robbins, um... ..kita terlupa untuk...melawat teman mu yang sedang sakit. Oh, uh, benar! Aku ada seorang teman dan dia sedang sakit. Kami telah berjanji untuk melawat dia. Kamu tidak dapat masuk sebentar untuk memperkenalkan diri? - Tidak boleh. - Tidak. Mohon dimaafkan. Kalau begitu, aku akan menjemput Cik Harmon untuk berbakti bersama. Ahad ini. Kami akan bawa mereka ke Boston untuk bertemu dengan kamu. - Kami tidak akan izinkan... - Uh, uh... Ya, sudah tentu! Rancangan yang bagus. (KETAWA KECIL) Ya, ya. Jemputlah Cik Harmon ke Boston. Kami akan bertemu dengannya hari Ahad ini! Semoga Tuhan beserta kamu, saudaraku. Kita...doakan kesembuhan untuk teman kamu itu. (SUARA): Akulah utusan Tuhan... Pergilah ke Randolph... Ikutlah terang itu. Selamat pagi, Ellen. Adakah engkau tidur nyenyak malam tadi? Aku.. Sebenarnya... Apa yang berlaku? Katakanlah kepada kami. Kami sangat berterima kasih atas layanan yang diberikan. Aku tahu yang kamu benar-benar ingin ke Boston. Tapi aku telah diarahkan untuk ke Randolph. Kenapa...tidak ada apa-apa di Randolph untukmu, kecuali kau inginkan kasut kulit yang baharu. Engkau perlukan kasut baharu? Aku inginkan kasut baharu. Tuhan telah mengarahkan aku dalam penglihatanku. Kita harus ke rumah keluarga Thayer di Randolph. Apakah tujuannya? Katakanlah, Ellen. Kami tidak mengerti. Aku juga tidak mengerti. Aku hanya mendapat terang yang cukup untuk melihat arah tujuanku, dan arah tujuan itu ialah Randolph. Tuhan sudah berjanji untuk menyatakan kepadaku tujuanNya apabila aku tiba di sana. Kenapa? Keluarga Nichols! Apa hajat kamu ke Randolph? - Firman Tuhan - Oh! Ellen Harmon dan kakaknya, Sarah, dari Maine, ada bersama kami. Aku... Sebenarnya... Kami... Tidak tahu apa yang perlu kukatakan? "Selamat datang" adalah permulaan yang bagus. Oh... SARGENT: Saudaraku, Tuhan Yesus sudah memberikan amaran, "Berjaga-jagalah terhadap nabi-nabi palsu yang akan datang seperti domba, "tapi sebenarnya adalah sarigala," Saudaraku, Otis Nichols dan isterinya, Mary, datang bersama tetamu. Ellen Harmon dan kakaknya, Sarah. Bukankah kau katakan yang mereka ingin berjumpa kita di Boston? Nampaknya mereka memang tidak mahu berjumpa dengan kita. Baiklah, uh, saudaraku, seperti yang ku katakan tadi, Tuhan menyentuh hatiku, bahawa kita harus saling menguatkan. Kita akan menyambung firman Tuhan selepas makan tengah hari. EN. THAYER: Sebelum kamu tiba, Mereka asyik berbicara mengenai Cik Harmon. Mereka katakan bahawa penglihatannya berasal dari Syaitan. Biarkan Ellen Harmon sendiri buktikan siapakah dia. Sungguh mengelirukan. Aku tidak tahu kepada siapa harus ku percaya. En. Sargent berkata, Ellen tidak akan mendapat penglihatan jika dia berada disini kerana dia orang benar. Dan En. Sargent katakan kepadaku beberapa hari yang lalu untuk membawa Ellen untuk bertemu dia dan En. Robbins di Boston hari ini. Jadi mengapakah kau datang ke Randolph? Ellen menerima arahan dari Tuhan malam tadi. Oh... ♪ O, when shall I see Jesus ♪ And reign with Him above ♪ And shall hear the trumpet sound in that morning? ♪ And from the flowing fountain drink everlasting love ♪ And shall hear the trumpet sound in that morning? ♪ O, shout, glory! ♪ For I shall mount above the skies... ♪ Kemuliaan... (LAGU BERKURANGAN) ELLEN: Kemuliaan. Adakah dia...? Kemuliaan. Ayuh teruskan menyanyi! ♪ O, shout glory! For I shall... ♪ Jauhi dia! Ayuh membaca firman Tuhan! "Janganlah...ada tuhan lain dihadapanku. "Jangan membuat patung bagimu, "atau apapun yang menyerupai apapun yang di langit, "atau pun yang didalam bumi, "atau yang di dalam air dibawah bumi. "Jangan menyembah kepadanya kerana Aku, Tuhan..." - Oh, diam, bodoh! - Kamu sedang menyembah berhala! Tidakkah kamu sedar? Kamu sedang menyembah patung anak lembu emas! Kata orang, penglihatan dari Syaitan boleh dihentikan dengan meletakkan Alkitab pada orang itu... Ini dia. Letakkan ke atas dia. Tidak. Tidak. Baiklah. Biar aku yang lakukan. Inilah kesaksian tentang Tuhan yang telah diilhamkan. "Aku yang meratap telah Kauubah menjadi orang yang menari-nari." "kain kabungku telah Kaubuka, pinggangku Kauikat dengan sukacita," Oh! "Ada jalan yang disangka orang lurus, "tapi hujungnya menuju maut." Dia membacakan ayat yang ada di bawah jarinya. (BERBISIK DENGAN TERUJA) Halleluyah. Aku tidak mengerti apa yang dituliskan dalam surat-surat ini. Izinkan aku membacanya untuk mu, sayang. "Saudara Miller, "walaupun engkau tidak mengenaliku, aku tetap ingin menuliskan surat ini "Aku percaya bahawa Tuhan sudah memanggilmu "untuk memberitakan kedatangan Tuhan pada tahun 1844, "dan pastinya itulah yang akan terjadi. "Dan jika masa itu tidak disebutkan, "gereja dan dunia ini tidak akan pernah berjaga-jaga. "Aku sertakan bersama sebahagian dari penglihatan Ellen Harmon, dari Portland. "Aku yakin bahawa penglihatannya berasal dari Syurga. "Cik Harmon tinggal di rumahku sejak lapan bulan yang lalu. "Roh Tuhan bersama dengan dia dengan giatnya "Aku memohon agar engkau dapat bersikap terbuka "sehinggalah kau membaca dan membandingkan nya dengan Alkitab dan kebenaran. "Yang benar, menantikan kedatangan Tuhan, Otis Nichols." Hmm. Nampaknya Saudara Nichols benar-benar ikhlas. Tapi itu semua pasti tidak benar. Alkitab mengatakan, pada akhir zaman nanti, ada yang akan mendapat penglihatan dari Tuhan. Apa yang aku pasti adalah, tidak lama lagi kita akan bertemu dengan Juruselamat. PRUDENCE: Engkau menerima surat lagi? Fanatik di luar sana berkata mengenai perkara yang tidak masuk akal. Maksudmu, Ellen Harmon? Aku tahu dia adalah orang yang jujur dan setia. Tapi aku risau mengenai penglihatannya. Ada yang berkata penglihatannya yang terpanjang mencecah empat jam lamanya. Penglihatan? Bagiku penjelasan yang tepat adalah kerana dia tidak sihat. Mahukah kau bertemu dengan dia? Dia semakin kerap dijemput untuk berbicara. Kami pasti akan bertembung nanti. Joseph, kita sudah kehabisan tepung untuk membuat roti. Berapa banyak yang kau perlukan? Sekurang-kurangnya dua cawan. Engkau keluar untuk mencari Yesus lagi, En. Bates? - (LELAKI KETAWA) - Rasanya Dia ke sana tadi. Bukan, mugkin Dia ke sana... (LELAKI TERUS KETAWA) Apa yang kau perlukan, Joseph? Sedikit tepung. Berapa banyak tepung untuk wang ini? Inikah makan malam kita? Ini sahaja yang ada. Masih adakah jem atau mentega epal? Tidak ada jika tidak dibeli sementara kau keluar tadi. Prudy... Aku telah gunakan wang terakhir yang aku ada untuk membeli tepung itu tadi. Kita sudah kehilangan ladang untuk membiayai pergerekan Miller. Kemudian kita dihina oleh teman-teman dan keluarga kita. Anak kita lari ke lautan. Sekarang ini semua wang kita sudah habis? Bagaimanakah kita akan menghadapi situasi ini? Kita harus berdoa. Tuhan akan menyediakan. Joseph, tolonglah... ..benarkah kau tidak ada apa-apa lagi? Mungkin lebih baik aku mati. Itukah doa yang harus ku layangkan? Adakah surat untukku, En. Drew? Oh, ya, En. Bates. Ya, memang ada. Uh, semuanya lima sen. Aku... ..Aku tidak ada wang. Bayar kemudian apabila engkau ada wang nanti. Itu tidak baik. Selama ini aku tidak pernah berhutang. Jospeh, aku percaya yang kau akan bayar hutangmu itu. Matthew, boleh kah... tolong bukakan surat ini... ..Aku fikir itu lebih baik. (KETAWA KECIL) "Aku kirimkan ini kepadamu dalam nama Tuhan..." Apabila barang-barang ini tiba di rumah nanti, pasti isteriku bingung, tapi usah pedulikan kata-katanya. Tentu sekali, Kapten Bates. Prudy! (KETAWA) - Joseph, ini satu mukjizat - Benar. LELAKI: Aku mengistiharkan kamu, suami dan isteri. Mr. dan Mrs. James White. Tahniah. Terima kasih. Ellen White. Sangat bagus nama itu kan? Betul. Sangat bagus. Nama itu sangat sesuai untuk mu... Pn. White. (KETAWA KECIL) Apa yang berlaku? Aku selalu mengharapkan perkahwinan di gereja. Tapi sekarang ini kita tidak ada gereja sendiri. Tulisan Saudara Bates ini menyentuh hatiku. Benar. Pendiriannya selari dengan Alkitab. Kajiannya mengenai Sabat telah menjumpai permulaan Sabat dan kemudian mengingatkan bahawa Sabat adalah hukum yang penting. Jika gereja awal memelihara Sabat, hari ketujuh, Maka kita juga harus mengikuti mereka. JOSEPH: Jelas bahawa, pada akhir zaman, sebelum kedatangan Yesus, Pemeliharaan Hukum akan menjadi satu isu yang besar. Yohanes, dalam Buku Wahyu, fasal 12, ayat 17, menyatakan kelompok orang, "yang memelihara Hukum Tuhan dan memiliki kesaksian Yesus. Pada akhir zaman nanti, orang-orang ini akan menjadi sasaran Syaitan. Kemudian fasal 14, ayat 6 hingga 11, Yohanes menyatakan amaran terakhir dari Tuhan untuk disampaikan kepada dunia sebelum kedatangan Yesus, yang dilambangkan dengan perkhabaran tiga malaikat. Ayat 12 menyatakan mengenai mereka yang akan menyampaikan khabar itu kepada dunia. Inilah "yang menuruti perintah Allah "dan iman kepada Yesus." Harus ada kedua-duanya. Yesus sendiri berkata, "Jika kamu mengasihiku, turutilah segala Perintah-Perintahku." Terima kasih, dan Tuhan memberkati. Terima kasih, En. Bates. Kata-kata yang sangat mengangkat, Saudara Curtis. Kami sangat gembira engkau dapat hadir bersama dengan suamimu, Pn. White. Tuhan telah menunjukkan kebenaran dalam mesej Saudara Bates mengenai hari Sabat. Kemuliaan bagi Tuhan. Ellen... EN. CURTIS: Berikan ruang kepada Pn. White. ELLEN: Cahaya berkelipan. Bintang-bintang. Seperti pasir di pantai. SUARA: Lihatlah kemuliaan ciptaan Tuhan. - Bagaimana keadaannya? - Baik. Penglihatan itu tidak pernah melemahkan dia. Sebenarnya, itu menyembuhkan dia. Apa yang dia katakan tadi, walau tidak pernah meninggalkan New England. Aku...Aku berlayar selama 20 tahun dan hanya tahu setengah dari apa yang dia katakan. Bukankah kau pengkritiknya yang kuat. Sehinggalah hari ini, Saudara White. Adalah mustahil untuk dia tahu semua yang dia katakan tadi, jika bukan Tuhan yang perlihatkan itu kepadanya. Percayalah. Kini aku telah menjadi penyokongnya yang terkuat. BATES: Aku telah mempelajari mengenai Sabat bersama dengan Saudara Edson dan Saudara Crosier di Port Gibson, Kemudian pergi ke rumah keluarga Curtis di Topsham dan bertemu dengan White. Adakah kau melihat Pn. White pengsan? Aku salah untuk meragukan dia, Prudy. Dia mendapat khayal di hadapanku. Aku percaya Tuhan menggunakan dia untuk menyatakan kebenaran yang Dia ingin sampaikan dari Alkitab. Aku masih ragu-ragu. Mungkin dengan membaca tulisanku akan membantumu untuk mengerti. Engkau akan menulis mengenai penglihatannya? Benar, dan mengenai Sabat, hari ketujuh. Miller yang bersalah. Pernahkah kamu bertemu dengannya? Dialah yang telah memulakan kegilaan ini. Ah! Sejak dahulu lagi sudah ada orang gila. Dan ramai lagi selepas dia. Aku dengar yang dia sedang sakit, hanya terperap di ladangnya. Mungkin aku perlu beroda, tapi mungin tidak perlu. Mengapakah pengikut Miller yang kecewa ini tidak kembali ke gereja asal mereka? Sebahagain dari mereka sudah berbuat demikan. Tapi ada yang tidak mahu. Kebanyakan mereka masih percaya bahawa Yesus akan datang pada bila-bila masa. Aku dengar mereka masih mencari tarikh baharu dan mencari tanda di langit. Kasihan William. Kasihan sekali usaha kerasnya tidak berhasil. Sekurang-kurang dia dan Saudara Himes berjaya memulakan pergerakan. - Maksudku, semuanya... - Sia-sia. Tidak ada kepimpinan, tidak ada gereja. Aku terdengar tentang seorang perempuan yang mendapat penglihatan di Maine, dan seorang kapten yang mengadakan kebaktian pada hari Sabtu. Sabtu? Itu satu kumpulan yang aku tidak akan sertai. (SEMUA KETAWA) (SUARA BAYI) Bates mencetak mengenai Sabat lagi. Tapi dari manakah dia mendapat wang untuk itu? JAMES: Aku...Belum ada. Kita perlu mencari dana untuk membayar kosnya. Dari mana kita akan dapat $7.50? Hari penghakiman telah tiba. Tahun untuk menuai... (MUZIK YANG MENGGEMBIRAKAN BERMAIN DIATAS DIALOG) - Amen. - Amen. Amen. ELLEN: Kita telah berusaha keras untuk mempelajari firman Tuhan, tetapi aku masih tidak dapat mengerti apa yang kamu semua bincangkan. Aku cuma mampu melihat dari jauh. Ellen, apabila kami buntu, Tuhan memberikan penjelasan melalui penglihatanmu. Tetapi bila aku tidak mendapat penglihatan, Aku tidak dapat berfikir untuk memahami Alkitab (BAYI MENANGIS) JAMES: Mungkin ini adalah berkat. Mungkin Tuhan melindungimu agar orang ramai tidak dapat mengecam mesej kita dengan berkata, "itu adalah penglihatannya, bukan dari Alkitab." (BAYI MENANGIS) Kita sudah menghadiri tiga pertemuan untuk mencari kebenaran Alkitab. Perlukah kita ke Connecticut untuk pertemuan di rumah keluarga Beldens? Aku fikir, adalah baik untuk kita hadir. Tapi kita tidak ada wang untuk itu, James. Aku akan mendapat upahku memotong kayu pada minggu hadapan. Aku sepatutnya mendapat $10 untuk pekerjaanku. Bagaimana dengan anak kita, mengembara, James. Aku tidak boleh. Bapa kita telah memanggil kita untuk melayani. Dia tidak akan tinggalkan atau lupakan kita. (BAYI TERUS MENANGIS) Satu perbincangan yang sangat bersemangat pagi tadi. Kita mesti terus fokus. Kebanyakan tanda yang Yesus berikan kepada muridnya dalam Buku Matius sedang digenapi di sekeliling kita sekarang ini. Benar. Dan kita sudah banyak berkembang. Empat tahun lalu, siapa yang menyangka kita akan berbakti pada hari Sabtu? Benar. Kesepakatan terjadi apabila kita bersatu. Kita memelihara Hukum bukan untuk diselamatkan, tetapi kerana kita sudah selamat. Benar. Yesus berkata, "Jika kamu mengasihi aku, turutilah..." Jika engkau mengasihiku, tunggu dahulu hingga semua orang sudah sedia untuk makan. (SEMUA KETAWA KECIL) Bates. (KETAWA) OTIS: Engkau dan Ellen selalu mengembara untuk menyebarkan firman Tuhan tapi kamu tidak boleh berada di semua tempat. Kami juga tidak mahu seperti itu. Meninggalkan anak kami di rumah tidak membuatkan kami senang hati. Tuhan memberikan aku penglihatan mengenai cara untuk menjangkau tanpa perlu banyak mengembara. Kita mulakan penerbitan surat khabar. Tapi kata Saudara Bates kita harus memberikan perhatian kepada risalah dan buku-buku. bukan melalui surat khabar. Saudara Nichols, dua cara berbeza, dengan satu tujuan. Kami tidak bertengkar mengenai hal ini. Suamiku telah bersedia untuk memulakan tulisan berkala, kerana ada kalanya buku hanya disimpan di rak buku. Dari manakah wang untuk membiayainya? Kita mulakan dengan saiz yang kecil. Pembaca kita nanti akan membantu kita. Tuhan telah menunjukkan kepadaku, dari permulaan yang kecil ini, suatu hari nanti ia akan dapat menjangku seluruh dunia. ANNIE: Berapakah kosnya? $652, Annie. 600... Oh, Tuhan kasihilah kami. Hiram Edson yang membayarnya? Ya. Tapi tulisan itu sudah diterbitkan di "Review", bantuan akan datang untuk membayar pinjaman kita. Ini satu keajaiban. JAMES: Benar. Dan berita mengenai keajaiban akan tersebar dengan pantas. Bersedilah... ..kerana pelayanan kita sudah bermula. ELLEN: Ini harus dipanggil "Utusan yang Menyesatkan." Tulisan ini penuh dengan pembohongan mengenai pekerjaan Tuhan! Mereka meracuni banyak jiwa, James. Penulis yang kita terbitkan dahulu, salah mentafsir Alkitab, menyebarkan kesalahan. Ada lagi berita buruk. Di Wisconsin, khemah untuk pertemuan telah hilang. - Kita tidak boleh izinkan ini berlaku! - Kita tidak mampu. Kita tidak teratur. kita tidak ada ketua. (BATUK) Kita harus mengubati paru-parumu. Masih ada surat dari John Andrews dan John Loughborough. - Moga-mogahan bukan berita buruk. - Bacakanlah. Mereka berdua keletihan. Saudara Andrews bekerja sepanjang minggu untuk mencari nafkah. Penglihatanya semakin kabur. Suaranya hampir hilang akibat berkhutbah pada hujung minggu. Betapa baiknya jika itu sahaja masalah kita. Apa maksudmu? Tuan tanah telah memberikan kita notis mengenai sewa untuk tahun depan. $14.50 sebulan. Apa yang harus kita lakukan? Kita boleh berpindah. Ke Vermont? Ada yang mencadangkan Michigan. Kita berkemas dan berpindah ke arah Barat? Kita pernah ke sana sebelum ini. Engkau sendiri berkata orang-orang di situ baik hati. Saudara di Battle Creek mahu membantu dalam penerbitan. Battle Creek. Seperti tidak menarik. (KETAWA KECIL) Bukankah kau "berjuang" sepanjang hidupmu? Sangat sesuai untuk kau tinggal di tempat itu. Benarkah? Para wanita akan menyediakan tempat tidur, dan meja bersama dua kerusi. Bangunan di hujung sana ada ruangan yang besar untuk anak-anak bermain. Gereja kita yang pertama akan sedia untuk digunakan tidak lama lagi. Terima kasih, Uriah. Engkau adalah berkat untuk kami. Sebelum aku pergi, aku ada meminjam wang untuk membeli makanan. Kami akan membayarnya nanti. (BATUK) Ayuh. Tunjukkan tingkap itu kepada Ayah. ELLEN: "Tidak ramai yang mempedulikan Alkitab, "Tuhan telah memberikan terang kecil untuk memimpin semua orang "kepada terang yang lebih besar - Alkitab. "Aku tidak meminta agar kamu percaya kepada kata-kataku. "Ketepikan Ellen White. "Jangan gunakan tulisanku sebelum kamu menjadi penurut Alkitab. "Aku mengangkat Firman Tuhan dihadapan kamu. "Pendirian dan iman kita adalah dari Alkitab." JAMES: Aku mahu kau tahu, Rumah ini telah aku wariskan kepadamu. Aku tidak mahu dengar itu. Hmm. Kau tidak ada pilihan lain. (BATUK) Jika kau berehat, kesihatanmu akan beransur baik. Engkaulah pewaris rumah ini. Jika Tuhan harus merehatkan aku, Aku tidak ingin meninggalkan seorang balu beranak tiga, tanpa rumah. Tidak. Aku percaya yang Tuhan tidak akan mengambil engkau dari kami. Masih banyak kerja yang kau harus lakukan En. White. Sekarang ini kita sudah ada lebih dari 2,000 orang yang percaya. Ellen, aku sudah berusaha... Tidak, engkau sudah pun berjaya. Kita harus terus menunggu hingga kedatangan Tuhan. (BATUK) Pemilikan seharusnya bukan hak individu. Aku adalah pemilik mesin cetak, dan itu tidak baik, Saudara Bell. Aku yang memiliki tanah dimana gereja kita dibina. Atas nama siapakah ia harus didaftarkan? Aku fikir, tiada sesiapa yang layak. Saudara Andrew sudah mencadangkan agar tidak perlu untuk menjadi gereja yang sah. Tetapi dibawah undang-undang Michigan kita boleh menubuhkan persatuan. Persatuan? Gereja yang terawal juga begitu. Kita harus mengadakan perbincangan. Kita adakan pertemuan di sini, di Battle Creek. Kita mesti mencari persetujuan, tidak kisahlah berapa lama masa yang diperlukan (LELAKI BERBUAL) (PERBUALAN BERHENTI) Ada sesiapa mencadangkan untuk menubuhkan persatuan penerbitan? LELAKI: Ada. Ada. Ada. ANDREWS: Saudara sekalian, dibawah undang-undang Michigan, kita tidak boleh mendaftarkan jabatan penerbitan sehinggalah kita didaftarkan. - (BERBISIK) - LELAKI: Benar Saudara Andrews! LELAKI: Aku setuju dengan Saudara Andrews. Saudara, mari kita terus fokus kepada apa yang sudah kita bincangkan selama dua hari ini. Pergerakan kita kini sudah ditubuhkan, ia semakin berkembang, dan bukankah sangat aneh jika kita tidak mempunyai nama sendiri? Kita telah dipanngil orang sebagai pintu tertutup... ..kerana kita percaya bahawa pintu Bilik Suci telah tertutup, dan pintu Bilik Yang Maha Suci di dalam Tempat Kudus di Syurga sudah dibuka. Haruskah itu menjadi nama kita? (BERBISIK) Apapun nama yang kita pilih... ..ia harus boleh diterima oleh semua orang. Sudah dua hari kami berbincang. Dan masih belum mendapat keputusan? Sudah ada perkembangan. Tapi masih ada yang membantah. Kita harus mendengar pendapat semua orang, James. (SUARA BAYI) Baiklah, John Herbert, kami akan mendengar pendapatmu. Anak kita yang keempat inilah yang paling lantang. Entah, siapakah yang mewariskan itu? (MENGELUH) (PERBUALAN) BATES: Saudara-saudara... Bertenang. Kita namakan persatuan kita sebagai "The Church of God." Sudah ada yang menggunakan nama itu. Dan nama itu seperti meninggi diri. Benarkah? (BERBISIK-BISIK) (MEMUKUL MEJA) Mungkin kita harus melihat kepada dua dasar iman kita - Hari Sabat dan Kedatangan Yesus kedua kali. Bagaimana jika kita dipanggil sebagai, "Seventh-day Adventist?" (BERBISIK DAN SETUJU) Ada sesiapa yang mencadang? Aku mencadangkan agar kita dipanggil sebagai "Seventh-day Adventist." SEMUA: Setuju! (MUZIK YANG GEMBIRA) Hari yang luar biasa. Akhirnya... (BAYI MENANGIS KERAS) Jangkitan sudah merebak, tidak apa yang dapat kulakukan. Berdoa sahaja. - (TANGISAN BERTERUSAN) - Anak kita sangat panas. (BAYI BATUK) (TANGISAN) Shhh... ELLEN: James... (NANGIS) Anak kita! James... ELLEN: 29 hari yang lalu... ..anak kami, John, telah meninggal. Sekarang kau mengerti kesedihan Raja Daud apabila dia kehilangan anaknya. "Anakku...Anakku, kalau aku mati menggantikan engkau." Aku akan terus berpegang kepada janji Bapa kita. bahawa, "Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia." Pada hari ni, Januari 12, 1861... ..bahawa Tuhan sudah berikan aku penglihatan bahawa lebih banyak negeri akan menyertai South Carolina untuk menarik diri dan peperangan yang dahsyat akan berlaku. Aku melihat tentera yang banyak akan datang dari Utara dan Selatan. Aku melihat perang meletus, aku terdengar letupan merian. Ramai yang mati dan cedera. Dan aku dibawa ke rumah-rumah mereka yang sudah kehilangan saudara mereka akibat peperangan. Dan pemilik rumah itu... ada dikalangan kita pada hari ini, mereka yang akan kehilangan orang yang tersayang. Peperangan ini tercetus kerana isu perhambaan dan kerana kedegilan orang-orang untuk melihat kepada kebenaran Tuhan. Undang-undang yang mengarahkan kita untuk memulangkan hamba kepada tuannya, seharusnya jangan kita turuti. "Oleh itu, aku, Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat, "dengan kuasa yang ada padaku "yang telah diberikan oleh Konstitiusi dan undang-undang, "memikirkan bahawa adalah baik untuk, "aku mengarahkan agar... "..semua militan dari beberapa negeri dalam Kesatuan ini, "yang berjumlah sekitar 75,000 orang... "..untuk menghentikan perselisihan, "agar undang-undang dapat dijalankan." JAMES: Peperangan itu merupakan tragedi kepada negara kita. JOSEPH: Benar. Alangkah baiknya jika manusia ingin mendengarkan Tuhan. Bagaimana dengan kesihatanmu, White? Engkau perlukan lebih banyak rehat. Hari ini, enam conference mengundi untuk membentuk General Conference dengan John Byington sebagai presiden kita yang pertama. Berita itu membuatkan kau semakin sihat. Pekerjaan Tuhan kini dapat diteruskan tanpa halangan. Tuhan memimpin dan kita hanya ikut Dia. Bukankah dia sihat apabila kami keluar beberapa hari yang lalu? - Memang Dia sihat. Benar. Dia.. - Doktor katakan dia menghidap radang paru-paru. Benarkah begitu? Ibu! Akhirnya ayah dan ibu sudah kembali. Henry? Henry, bolehkah kau dengarkan ibu? Berjanjilah...ibu... kalau aku mati...kebumikan aku disamping adikku, John Herbert... ..agar kami akan diangkat bersama... ..sewaktu Kebangkitan nanti. Tuhan akan berikan yang terbaik, anakku. Aku tidak dapat menanggungnya. Kehilangan John yang berumur tiga bulan... Seperti kita hanya meminjamnya dari Tuhan. Tapi ini! Ibu... ..Kita akan bertemu nanti di Syurga, kerana aku tahu ibu juga akan ada di sana... (MENANGIS) Tidak, Henry! Henry! Henry! (MENANGIS) (TANGISAN BERTERUSAN) Masih menulis lagi. Sudah berbulan-bulan engkau asyik menulis di meja itu. Aku lebih memahaminya apabila aku menuliskannya. Penglihatan mengenai kesihatan. Bolehkah kau bacakan sedikit untukku? Perkara yang paling penting ialah mengenai hubungan antara jiwa dan tubuh kita. Ramai antara kita yang bekerja keras dalam pelayanan Tuhan. Aku melihat tembakau sebagai racun yang perlahan dan membahayakan. Tapi ada yang mengatakan tembakau boleh menyembuhkan... Aku hanya mengatakan apa yang ku lihat (KETAWA KECIL) Alkohol, teh dan kopi haruslah dielakkan. Ah. Teruskan. Kita harus mengelakkan pengambilan daging, sebaliknya kembali kepada diet di taman Eden - biji-bijian, sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan. JAMES: Benarkah Tuhan sudah tunjukkan itu kepadamu? (KETAWA KECIL) Bagaimakah kita boleh hidup tanpa makan daging? - Ada yang lebih teruk lagi. - Ah. Kek dan pie yang manis harus dielakkan juga. (KETAWA BERSAMA) Penjual daging, penjual rokok dan bar...semua mereka akan marah dengan kita. - Oh, tukang roti juga - Ada lagi. Tubuh kita perlukan air, senaman dan udara yang segar. Kesihatan berkait rapat dengan kerohanian kita. Aku telah melihat bahawa adalah satu tugas yang suci untuk bukan hanya menjaga diri sendiri tetapi juga untuk mengajarkan ini kepada orang lain. ELLEN: Edson! Tangan. Bapa Syurgawi, kamu bersyukur kepadaMu atas makanan yang sedap ini. Dalam namaMu, kami mengucap syukur. Amen. DUA ORANG: Amen. Edson, kenapakah kau tidak makan? Kerana dia kenyang dengan makanan yang dia tidak boleh makan. Willie, jangan susahkan saudaramu. Kita jangan fikirkan mengenai makanan yang tidak baik. Penting untuk kamu mengerti bahawa tubuhmu adalah kaabah Tuhan, dan engkau harus menjaganya. Kamu mengerti? - Ya. - ELLEN: Bagus. Ayah, boleh berikan bawang? (JATUH) ELLEN: James. James! - James! - Ayah! Anakku, panggil doktor. James! James... Hey, hey. Aku ada di sini. Aku ada di sini. James, pandang aku. Suamimu diserang strok lagi. - Dia sudah bertambah sihat... - (JAMES CUBA BERCAKAP) Jangan cuba bercakap. Engkau menghidap lumpuh muka. Ini perkara biasa selepas kejadian seperti ini. Apakah yang harus kami lakukan? Rehat adalah perkara yang paling penting. Rehat yang banyak. Selain itu, aku mencadangkan membuang darah. Membuang darah? Aku fikir itu bukan pilihan yang baik. Aku akan memberikan arahan kepada tukang gunting rambut di Main Street. Dia ada peralatan untuk pembedehan ini. Mengurangkan darah dikenali sebagai cara yang paling berkesan selepas strok. Kita perlu pertimbangkan cara ini apabila James cukup sihat untuk dibedah. Engkau bukan seorang doktor, Pn. White. Aku akan kembali lagi pagi besok. Strok sebenarnya sangat bahaya. Engkau bernasib baik En. White. ELLEN: Terima kasih. Anakku, tunjukkan jalan keluar kepada doktor ini. Dua orang dari anak kita sudah meninggal, En. White. Engkau tidak akan kemana-mana. Tuhan sedang menggunakan engkau untuk dijadikan sebagai bukti Dia akan menyatakan cara terbaik untuk menyembuhkan mu. (MUZIK DIATAS DIALOG BERMAIN) Hari ini kita merasmikan "Western Health Reform Institute." Inispirasi kita untuk projek ini ialah atas perkembangan kesihatan saudara James yang kita kasihi. Pn. White menggunakan kaedah yang telah diperlihatkan Tuhan kepadanya, ternyata, kita masih ada banyak tugasan. Ke depan, penjagaan kesihatan akan menjadi perkara asas untuk gereja kita. Aku telah melihat bahawa rehat sahaja tidak mendatangkan kesembuhan. Kita perlukan juga senaman, diet dan iman kepada Tuhan. Ramai antara kamu yang sudah mengerti mengenai kepentingan air, dan mengambil buah-buahan, bijian, kacang-kacangan dan sayur-sayuran. Pemakanan kita adalah sangat penting. Kaedah ini bukan hanya untuk mengubati tetapi juga untuk mencegah. Semoga Tuhan memberkati penurutan kita, dan terus memberikan kekuatan untuk terus melayaniNya dalam menyebarkan mesej mengenai KedatanganNya yang kedua kali ke dunia. (TEPUKAN) (TEPUKAN) Ini Bourdeau. B-O-U-R-D-E-A-U. Loughborough dan Bourdeau telah pergi ke Calfornia, tapi dimakan yang lain yang berkata, "Tuhan, ini aku, kirimlah aku"? Kita tidak boleh melupakan semua orang yang memerlukan. Pendidikan dan penyembuhan harus bergerak bersama. Tidak baik jika tubuh disembuhkan namun fikiran tidak diisi. Yesus meluangkan lebih banyak masa menyembuhkan, berbanding berkhutbah. Itu benar. Kita perlukan lebih ramai pekerja. (MENGELUH) Benar. Kita perlu melatih lebih ramai anak muda untuk melayani. Anak-anak muda kita mula bekerja selepas kelas Grammar. Adalah perlu untuk memberikan mereka pendidikan yang lebih baik. Bolehkah kamu berdua membantuku menyusun kayu ini? Terima kasih. Aku Bell. Goodloe Bell. Bagaimanakah engkau boleh menjadi tukang potong kayu? - Ini bukan pekerjaanku... - States. Namanya George States. Aku Edson White. Memotong kayu bagus untuk kesihatan ku. Isteriku baru meninggal tahun lepas. Dan aku mula tidak menghiraukan kesihatanku. Takziah. Tapi...bagaimanakah memotong kayu boleh membantu? Aku belajar untuk menggunakan tubuhku, dan tidak bergantung kepada ubat-ubatan. Dan sekarang ini engkau sedang bersenam? Minda yang tajam sama pentingnya dengan kapak yang tajam. Apakah pekerjaanmu sebelum engkau mula memotong kayu? Aku pernah menjadi guru dalam tempoh masa yang lama. Kemudian sebagai pemeriksa sekolah. Aku bertemu dengan seorang lelaki di "Health Institute" minggu ini. - Mm. - Namanya Goodloe Bell. - Aku fikir aku pernah bertemu dengannya - Ya. Dia datang dalam keadaan yang tidak sihat. Sekarang ini dia lebih suka memotong kayu. Mm, benar - bersenam dan berada di luar adalah baik untuk kesihatan. Selepas kami berbicara dengan dia, Aku dan George terfikir mengenai sesuatu... ELLEN: Mm-hm? Memotong kayu? Bukan, Willie - mengenai pergi ke sekolah. ELLEN: "Mengajar adalah satu pekerjaan yang tepat untuk semua orang "untuk mendidik minda orang-orang muda. "Kita harus mendidik orang muda dengan cermat - "ada pelbagai cara untuk mengajar "untuk menjemput kuasa Tuhan ke dalam fikiran anak-anak." John Harvey Kellogg. William K. Kellog. George States. Edson White. William White. SUARA: Dunia ini adalah rumahmu. (MUZIK YANG MENGANGKAT) Sudah dua tahun berlalu sejak Joseph Bates direhatkan oleh Tuhan... ..dan sudah 30 tahun sejak Tuhan memanggil para pelopor ini. Dalam penglihatan ku yang terkini, malaikat berkata kepadaku, "Engkau terlalu memikirkan mengenai ajaran yang engkau tidak mengerti pada saat ini." "Dunia ini adalah rumahmu." Kita telah membelanjakan sumber yang banyak ke dalam penerbitan "Signs of the Times." LELAKI: Apakah rancangan kita untuk "Pacific Press"? Kita sudah mengirim Saudara Loughborough dan Bourdeau ke California - dengan bersusah payah - hanya untuk menjangkau ke seberang lautan? - (BERBISIK) - Kita tidak ada wang. (ORANG BERBISIK BERTERUSAN) Kita gunakan sahaja semua sumber yang kita ada di sini - di "rumah" kita. "Dunia ini adalah rumahmu." Kita harus keluar agar semua orang berpeluang untuk menerima kebenaran. Mesej yang kita pikul ini adalah untuk seluruh dunia. Mesej ini akan sangat berkuasa hingga ke Oregon, Eropah, Australia, ke kepulauan di tengah lautan, kepada semua negara, bahasa dan bangsa. (BERBISIK) Bertenang! ANDREW: Tugas ini tidak dapat dipertikaikan. Jiwa yang tersesat harus diselamatkan. Saudara Andrews, aku mencadangkan agar kita bincangkan isu ini ketika general conference Ogos ini. Kita harus mengundi mengenai penjangkauan ke luar negara. Kita semua pasti akan terkesan dengan usaha ini. Mereka mengirim Saudara Andrews ke Switzerland! (GEMBIRA DAN BERTEPUK TANGAN) (MENGHELA NAFAS) Mengembara merentas lautan - Saudara Bates mesti sukakan ini. Benar. Kita yakin bahawa Tuhanlah yang memimpin kita. JAMES: Jaga diri, Saudara Andrews. Kami sekeluarga akan terus mendoakanmu. Hati-hati Selamat jalan. Dia akan menyebarkan khabar baik mengenai Kedatangan Kristius yang tidak lama lagi di Eropah. Lebih dari itu, kita harus beritakan kepada dunia. ELLEN: "Tidak ada yang harus kita takutkan di masa akan datang "kecuali kalau kita melupakan bagaimana Tuhan sudah memimpin kita, "dan pengajaranNya sepanjang sejarah kita. (MUZIK YANG MENGGEMBIRAKAN) ("ANGKAT NAFIRI" BERMAIN)