Beginilah caranya roket berfungsi.
Jumpa anda nanti.
Mereka akan mengeluarkan sesuatu yang mungkin mempunyai kurang jisim,
Sebenarnya, ia mungkin lebih baik untuk kita habiskan di sini dan
Walaubagaimanapun, mari kita lihat jika kita boleh lakukan soalan lain.
ini membuatkan roket itu bergerak ke arah yang bertentangan.
kemudian saya akan ada lebih masa untuk lakukan soalan seterusnya,
tapi sangat laju. Dan sebab kita mempunyai momentum terpelihara,
yang mana adalah lebih sukar sedikit.
Selamat kembali.
Sekarang saya akan lakukan beberapa soalan berkenaan dengan momentum.
Jadi, soalan yang pertama ini, saya mempunyai seorang peluncur ais
dan dia sedang berada di gelanggang luncur ais.
Dan apa yang dia lakukan ialah dia sedang memegang sebiji bola.
Dan bola ini -- biar saya lukiskannya -- ianya adalah
bola yang mempunyai berat 0.15 kilogram.
Dan dia membaling bola itu.
Mari kita katakan yang dia membaling bola itu ke arah hadapannya,
walaupun dia sedang memandang kita.
Kita sedang melihat dia dari bahagian sisi.
Jadi dia membaling bola terus ke hadapan.
Dan saya faham yang ianya adalah sukar untuk membaling sesuatu benda secara lurus,
tapi mari kita anggap yang dia mampu untuk lakukannya.
Jadi, dia membaling bola itu secara lurus
dengan kelajuan -- atau sejak kita akan berikannya arah,
maka ia dikira sebagai halaju, kerana kelajuan hanyalah magnitud
manakala halaju ialah magnitud dan arah --
maka. dia membaling bola pada 35 meter per saat,
dan berat bola itu ialah 0.15 kilogram.
Sekarang, menurut soalan ini, gabungan jisim, iaitu
peluncur ais dan bola, ialah 50 kilogram. Maka, mereka
berdua adalah dalam keadaan pegun sebelum dia melakukan apa-apa,
dan kemudian dia membaling bola itu, dan soalannya ialah,
setelah bola itu dibaling, apakah halaju mundur peluncur ais?
Ataupun, dengan membaling bola tersebut, adakah dia menolak
dirinya sendiri ke belakang, dan berapa banyak?
Jadi apakah halajunya dalam arah ke belakang?
Dan jika anda tidak biasa dengan istilah mundur, ianya sering
diaplikasikan apabila seseorang, saya rasa, bukannya kita mahu berfikir
tentang perkara yang ganas, tapi jika anda menembak menggunakan pistol,
bahu anda akan mundur ke belakang, kerana
sekali lagi momentum akan terpelihara.
Maka, terdapat sejumlah momentum yang bergerak ke dalam
peluru itu, di mana ianya begitu ringan dan laju ke hadapan.
Tapi disebabkan momentum dipelihara, bahu anda
mempunyai halaju ke belakang.
Tapi kita akan lakukan soalan lain tentang itu.
Jadi mari kita kembali semula ke soalan tadi.
Seperti yang saya katakan, momentum akan dipelihara.
Jadi apakah momentum di permulaan soalan ini,
iaitu momentum permulaan?
Mari saya gunakan warna yang lain.
Jadi ini ialah momentum permulaan.
Pada awalnya, jisim ialah sebanyak 50 kilogram, kerana
gabungan jisim peluncur ais dan bola ialah 50 kilogram, darab dengan halaju.
Maka, halaju ialah 0.
Jadi pada awalnya, terdapat 0 halaju di dalam sistem.
Maka, momentumnya ialah 0.
Huruf P adalah bersamaan dengan 0.
Dan sebab kita mulakan dengan momentum bersih 0, kita perlu
akhiri dengan momentum bersih 0.
Jadi apakah momentum kemudiannya?
Jadi kita ada sebiji bola yang bergerak pada 35 meter per saat dan
bola itu mempunyai jisim 0.15 kilogram.
Saya akan tinggalkan dulu unit-unitnya untuk jimatkan ruang.
Darabkan dengan halaju bola.
Darab 35 meter per saat.
Jadi ini ialah momentum bola tersebut ditambah dengan
momentum baru dari peluncur ais.
Jadi apakah jisim peluncur ais itu?
Jadi, jisimnya adalah 50 tolak dengan ini.
Sebenarnya ia tidak begitu penting, jadi mari kita katakan
ianya adalah 49.85 kilogram,
darabkan dengan halaju baru peluncur ais.
Darab halaju.
Mari kita panggil itu halaju peluncur ais.
Hmmm...mari saya keluarkan kalkulator kesayangan saya.
OK, mari kita lihat.
0.15 darab 35 adalah bersamaan dengan 5.25.
Jadi itu adalah bersamaan dengan 5.25.
Tambah 49.85, darab dengan halaju peluncur, iaitu halaju akhir.
Dan sudah tentu, ini bersamaan dengan 0 kerana
halaju awal adalah 0.
Jadi, mari kita tolakkan kedua-dua belah dengan 5.25
dan kemudian persamaan ini akan menjadi -5.25 bersamaan dengan 49.85
darab dengan halaju peluncur.
Maka kita katakan yang momentum bola itu sahaja
ialah 5.25.
Dan disebabkan gabungan sistem perlu mempunyai momentum bersih 0.
kita katakan yang momntum peluncur mestilah menjadi 5.25
dalam arah bertentangan, menuju ke belakang, ataupun
mempunyai momentum -5.25.
Dan untuk menentukan halaju, kita cuma bahagikan
momentum peluncur dengan jisimnya.
Dan kita bahagikan kedua-dua belah dengan 49.85
dan anda akan dapat halaju peluncur.
Jadi mari kita tengok.
Mari kita jadikan ini nombor negatif, dibahagikan dengan 49.85
bersamaan -0.105.
Maka, -0.105 meter per saat.
Hmmm...itu menarik.
Apabila dia membaling bola ini pada 35 meter per saat,
yang mana ianya agak laju, dia akan mundur ke belakang sebanyak
10 cm, ya, lebih kurang 10 cm per saat.
Jadi dia akan mundur sedikit perlahan,
walaupun dia akan bergerak ke belakang.
Dan jika anda fikirkan tentangnya, ini ialah satu bentuk dorongan.