Hai semua. Nama saya Matt Cutts, dan saya bekerja di Google selama hampir 17 tahun. Sebagai jurutera yang mahir di sana, Saya berada ditahap agak tinggi di ekosistem Lembah Silikon. Lalu saya putuskan mengikut beberapa orang yang berinspirasi dan melakukan lawatan singkat di Perkhidmatan Digital AS. Mereka adalah pakar komputer yang membantu selamatkan HealthCare.gov apabila laman web itu tidak berfungsi dengan teruknya pada tahun 2013. Ya. Jadi saya mendaftar untuk lawatan tiga ke enam bulan, dan hampir tiga tahun kemudian, saya masih di Washington DC, bekerja untuk kerajaan persekutuan, kerana kerajaan benar-benar memerlukan ahli teknologi pada masa ini. Di tempat kerja lama saya, setiap bilik mempunyai alat persidangan video diintegrasi dengan kalendar, kabel kuasa telah terbina ke dalam perabot. Apabila saya berpindah ke agensi kerajaan, saya terpaksa panggil seseorang memasang persidangan telefon. Dan bila berpindah ke pejabat baru, kami tidak mempunyai perabot seketika, jadi kami memasang telefon di atas tong sampah. Salah satu perkara yang mengejutkan saya, bila berpindah ke DC, adalah bagaimana kerajaan masih perlu berurusan menggunakan kertas. Ini adalah satu bangunan di Winston-Salem, North Carolina, di mana orang ramai bimbang bahawa bangunan itu mempunyai struktur tidak kukuh daripada menampung berat semua kertas itu. Ya. Kertas punyai kelemahan. Berikut adalah kuiz pop: Jika nama akhir anda bermula dengan H atau selepasnya, H atau selepasnya, bolehkah anda angkat tangan? Wau. Saya ada berita buruk: Rekod veteran anda mungkin telah termusnah dalam kebakaran tahun 1973. (Ketawa) Ya. Proses kertas juga perlahan dan lebih terdedah kepada kesilapan. Jika anda seorang veteran dan anda memohon mendapatkan faedah kesihatan menggunakan borang kertas, anda mungkin perlu menunggu berbulan-bulan untuk borang itu diproses. Kami menggantikannya dengan borang web, dan kini kebanyakan veteran tahu samada mereka dapat akses kepada faedah kesihatan dalam masa 10 minit. (Tepukan) Satu lagi pelancaran yang saya bangga. Kami bekerja dengan Pentadbiran Peniaga Kecil untuk memindah salah satu sistem mereka dari kertas ke digital. Jadi ini adalah gambar sebelumnya, dan ini adalah selepas. Kubikel yang sama, orang yang sama, hanya sistem yang lebih baik untuk semua. Pada satu ketika, kami mahu meraikan pemodenan sistem yang berbeza, dan jadi kami pergi ke kedai runcit dan berkata, "Boleh anda buat kek dan hiasnya dengan borang yang telah kami digitkan?" Dan pekedai runcit itu berasa sungguh pelik di atas permintaan kami. Mereka mahu satu surat yang mempunyai kepala surat rasmi kerajaan, Baik, kami memang kerja kerajaan, jadi kami tulis surat mengatakan, "Anda boleh menggunakan borang domain awam ini di atas kek untuk tujuan sambutan perayaan." (Ketawa) Menjadi bahan lawak tidak lucu isi borang tiga kali ganda kek. Ya, lawak bodoh dalam kerajaan. Setelah bercakap banyak mengenai kertas, kami juga boleh memperbaiki sistem komputer yang tidak berfungsi. Kami membawa amalan teknologi moden, seperti reka bentuk terpusat pengguna dan penyimpanan data awan, dan kami juga menolong memperbaiki sistem perolehan. Ternyata kerajaan membeli perisian dengan cara yang sama seperti membeli kerusi dan kek dan kereta kebal: daripada peraturan kerajaan yang lebih daripada 1,000 muka surat panjangnya. Jadi ya, ada beberapa perkara tidak terurus dalam kerajaan pada masa ini. Tapi jika fikir Lembah Silikon adalah penyelamat dalam cerita ini, (Ketawa) andaian anda adalah salah. Mereka mempunyai minda terbaik dan bijak dalam teknologi mengerjakan syarikat pemula hantar makanan dan skuter dan bagaimana menghantar marijuana kepada orang dengan cara lebih baik lagi. Adakah itu perkara yang paling penting untuk dilakukan sekarang? Mereka di Lembah Silikon suka bercakap membuat dunia tempat yang lebih baik. Tetapi anda boleh rasakan impak anda dengan keyakinan yang lebih mendalam dengan kerajaan. Dia merupakan seorang yang bapanya telah meninggal dunia. Dia mencari saya di Twitter untuk mengatakan sistem yang kami perbaiki berfungsi baik untuknya dimasa sukar. Masa yang sukar itulah masa kerajaan perlu berfungsi lancar dan sebab mengapa kita perlu pembaharuan dalam kerajaan. Saya ada pengakuan untuk dibuat. Semasa saya datang ke DC, saya kadang kala guna perkataan seperti birokrat. Baru-baru ini, saya lebih cenderung untuk guna perkataan penjawat awam. Seperti Francine, yang boleh membuat anda menangis. Paling tidak, dia buat saya menangis, kerana dia sangat berinspirasi. Saya juga sangat bangga dengan rakan sekerja saya. Mereka akan bekerja melalui situasi tidak logik dan bekerja sampai malam untuk mendapat hasil yang betul. Kerajaan tidak boleh membayar bonus gaji yang besar, jadi kami akhirnya membuat anugerah kami sendiri. Maskot kami adalah seekor ketam yang bernama Molly. Dan sebenarnya anugerah itu ialah dompet bentuk ketam, diskrukan ke atas sekeping logam. Kini, saya kurang percaya dengan penyelesaian mudah. yang boleh membetulkan segala-galanya. Saya lebih banyak percaya terhadap orang yang datang membantu. Jika anda sedang mencari sesuatu yang sangat bermakna -- dan pendedahan penuh, kadang kala mengecewakan -- ini yang perlu anda tahu. Terdapat sesuatu perkara yang sukar dan tidak kemas dan penting dan magik sedang berlaku apabila penjawat awam menjadi rakan kongsi ahli teknologi di peringkat bandar dan negeri dan kebangsaan. Anda tidak perlu melakukan selama-lamanya. Tetapi anda boleh memperbaiki perkhidmatan awam sekarang. Terima kasih. (Tepukan)